Nota Cinta

Monday, September 1, 2003

Zuhud 2003


Syarahan kitab Bahrulmazi jilid 16 bab Zuhud 2003 oleh Ust Shamsuri

MENGAKU & MENYESALI SALAH ITU IKHLAS

14-01-03 Sahih Muslim dari Omar Al-Khattab ra sabda Nabi saw. Pahala penzina yang mengaku dihukum rejam sampai mati boleh membawa penduduk Madinah masuk syurga. 

Sahih Muttafakun Alai dari Abi hurairah ra sabda Nabi saw. Allah tertawa kerana seorang kafir yang menyesal kerana membunuh seorang pejuang syahid kemudiannya memeluk Islam lalu berjihad sehingga syahid dan akhirnya membawa kepada pertemuan mereka berdua di syurga. 

JAGA LIDAH KERANA LIDAH BAWA KE NERAKA

Hasan Sahih AtTirmizi dari Sufian Abdillah As-Saqafi sabda Nabi saw. Dimana jua tidak mengira masa tetaplah hati dengan Allah dan awasi lidah. Beriman itu apabila betul hatinya. Tidak betul hatinya sekiranya lidahnya tidak betul. Tidak akan masuk syurga apabila menyakiti jirannya. Siapa nak selamat dunia akhirat maka diam dari banyak berbual.  

HR AtTirmizi dari Muaz bin Jabbal ra pesan Nabi saw. Beribadah seolah-olah nampak Allah, menyesal setelah mati dan jaga lidah. Dari Sufian bin Salim ra dan Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Sekiranya betul beriman maka diam dan baik perangai.

11-03-03 Sahih Muttafakun Alai dari Utbah Al-Ansari ra. Ketika turun ayat Al-Quran supaya bersedekah. Para sahabat berlumba bekerja keras mencari harta untuk bersedekah. Surat At-Taubah ayat 79. Allah hina orang yang menghina orang lain. 

UTAMAKAN WAJIB NAFKAH KEMUDIAN BARU IBADAH SUNAT

Sahih AtTirmizi dari Abi Safwan ra sabda Nabi saw. Paling terbaik ialah amalan baik sepanjang usia awal muda sehingga habis hayat tuanya. Syarak menyuruh buat ibadah seperti tidur, bekerja mencari nafkah wajib dan menuntut ilmu kecuali ilmu sihir dan syirik.  

Hasan AtTirmizi dari Umu Habibah ra sabda Nabi saw. Kebanyakan manusia bila bercakap akan berdosa melainkan menyuruh buat baik, menegur buat jahat dan zikrullah.

JANGAN BUANG REZEKI & HABISKAN KESEMUANYA

07-04-03 Sahih Muslim dari Jabir ra sabda Nabi saw. Kutip makanan yang jatuh dan bersihkan kembali kemudian makan kerana jangan tinggal sedikitpun walaupun sisa kepada syaitan.  

HATI-HATI JANGAN LANGGAR HUKUM YANG BOLEH MURTAD

Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi saw. Di padang mahsyar manusia dibangkitkan dalam keadaan tiada pakaian dan tidak berkhatan seperti asal kejadian menurut janji Allah. Di kalangan umatku, sebahagian yang murtad dilempar ke neraka walaupun aku telah cuba sedaya upaya memberi syafaat kepada mereka.   

JANGAN TANGGUH IBADAH

HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan menunggu atau menangguhkan beribadah kerana bala Allah dan maut tidak mengenal waktu.  

BUAT SEMUA PERKARA KERANA ALLAH

13-05-03 Sahih AtTirmizi dari Abu Idris seorang Tabe’in yang berjumpa Muaz bin Jabal ra. Hadis Qudsi sabda Nabi saw menurut firman Allah, Allah sayang kepada mereka yang sayang seseorang kerana Allah, ziarah seseorang kerana Allah dan hadiahkan sesuatu kepada seseorang kerana Allah.

JANGAN MELAMPAU DAN BERLEBIHAN

HR AtTirmizi dari Abdullah bin Amru Al-Az sabda Nabi saw, jangan melampaui ibadat sunat sehingga memudaratkan tanggungjawab seperti tidur, bekerja mencari nafkah, kewajipan berumahtangga, bermasyarakat dan hak fardu yang lain. Buat apa yang disuruh dan menjauhkan dari yang dilarang Allah akan mendapat keredhaan Allah.

JANGAN SAKITI ATAU HINA SAHABAT NABI

10-06-03 Sahih Muslim sabda Nabi saw. Jangan hina atau sakiti para sahabatku kerana generasi paling baik ialah dikalangan sahabatku kemudian generasi akan datang akan lebih teruk dan lebih teruk sehingga akhir zaman. 

AKHIRAT ADALAH DUNIA KITA YANG SEBENAR

Sahih Muslim dari Jabir Abdillah ra sabda Nabi saw. Tidak ada hidup yang benar melainkan hidup di akhirat. 

IKUT NAFSU, KITA BINASA

Sahih Muslim dari Aisyah ra sabda Nabi saw. Allah pelihara mereka yang mengikut perintah Allah walaupun dimarahi manusia dan Allah binasakan mereka yang mengikut kehendak manusia walaupun dimarahi Allah.  

07-07-03 Sahih Muttafakun Alai dari Abu Musa Al-Ash’ari. Nabi saw suka menolong mereka yang kesusahan dan baginda mahu umatnya turut sama membuat kebaikan tersebut.  

SELALULAH MENANGIS TAKUTKAN ALLAH

Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Tidak masuk neraka kerana menangis takutkan Allah.


SENGSARA AKHIRAT TIADA BANDINGAN SEKSA CEDERA PARAH DUNIA


Hasan gharib AtTirmizi dari Abi Zar, Siti Aisyah, Abi Hurairah, Anaz bin Malek dan Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw. Seluruh malaikat sujud pada Allah memenuhi segenap lapisan ruang langit. Demi Allah, sekiranya manusia dapat melihat neraka seperti Allah beri lihat padaku nescaya semuanya gentar takut kepada Allah.

SAYANGI AKHIRAT

01-09-03 Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi saw. Setiap manusia berpeluang bersama orang yang dikasihi di akhirat nanti walaupun tidak pernah berjumpa di dunia. 

HR AtTirmizi. Ziarah-menziarahi kerana Allah akan mendapat tempat di syurga. Allah memandang dunia ini lebih hina dari manusia yang memandang hina terhadap bangkai anak kambing cacat.

No comments:

Post a Comment