Nota Cinta

Tuesday, September 17, 2002

JANGAN ZALIM

ZALIM DAN KEDEKUT PUNCA BINASA DIRI DAN MASYARAKAT

17-9-02 syarah Ustaz Shamsuri

Sahih Bukhari Muslim ibnu Omar ra sabda Nabi saw. 

Tuhan kamu tidak buta, dajal buta sebelah dan sebelah matanya lagi timbul keluar seperti biji buah anggur keluar. Sesama muslim diharamkan berbunuhan. 

Sahih Muslim sabda Nabi saw. 

Jangan zalim pada sesiapa kerana ia menyebabkan kegelapan dirinya di akhirat. Jauhi sifat kedekut kerana ia membinasakan kamu. Zalim dan kedekut menyebabkan pertumpahan darah masyarakat. 

Ingat akan kematian

Bahrulmazi jilid 17 Daripada Ubai b Kaap ra, Rasulullah saw tidur 2/3 malam lebih kurang 4-4:30 pagi bangun mengejutkan para sahabat untuk beribadah menyediakan bekalan akhirat. Allah SWT akan berselawat ke atas hambaNya yang berselawat ke atas RasulNya. Selawat 100 kali sehari ke atas Rasul akan melepaskan diri dari neraka. Sekali berselawat ibarat pahala memerdekakan 10 hamba Abdillah ibni Mas'Ud ra, manusia patut malu kepada Allah dan ingat kematian kerana ia mendorong melakukan kebaikan.

Zalim dan Kedekut Punca Kejahatan

gambar hiasan
ZALIM DAN KEDEKUT PUNCA BINASA DIRI DAN MASYARAKAT


17-9-02 Sahih Bukhari Muslim ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Tuhan kamu tidak buta, dajal buta sebelah dan sebelah matanya lagi timbul keluar seperti buah anggur keluar. Sesama muslim diharamkan bunuh. 

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Jangan zalim pada sesiapa kerana ia menyebabkan kegelapan dirinya di akhirat. Jauhi sifat kedekut kerana ia membinasakan kamu. Zalim dan kedekut menyebabkan pertumpahan darah masyarakat. 

Thursday, August 29, 2002

BOHONG BATAL PUASA

BOHONG BATAL PUASA, CURI DENGAR RAHSIA, MELUKIS & BUAT PATUNG

29-8-02 Muqaddimah Ustaz Shamsuri 

Sahih Bukhari Ibni Abbas r anhuma sabda Nabi saw. 

GAMBAR HIASAN
Membohongi mimpi akan diseksa berat di neraka. 

Curi dengar rahsia seseorang akan dicurahkan pada telinganya dengan leburan tembaga panas di akhirat. 

Lukis benda bernyawa atau memahat benda bernyawa di dunia akan diazab Allah dengan paksaan masukkan roh ke dalam lukisan atau patung yang dibuat. 

Sekiranya tidak mampu menghidupkan roh dalam patung dan lukisan maka diseksa keras di neraka. 

Sahih Muttafakhun Alaigh Ibnu Mas'ud ra sabda Nabi saw. 

Perbuatan benar dan cakap benar akan membawa ke syurga manakala bohong, perbuatan jahat dan cakap jahat bawa ke neraka. 

Sahih Bukhari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw.

Bohong batalkan pahala puasa.

Haram Bohong, curi dengar rahsia, melukis dan buat patung

HARAM BOHONG, CURI DENGAR RAHSIA, MELUKIS & BUAT PATUNG


29-8-02 Sahih Bukhari Ibni Abbas r anhuma sabda Nabi saw. Membohongi mimpi akan diseksa berat di neraka. Curi dengar rahsia seseorang akan dicurahkan pada telinganya dengan leburan tembaga panas di akhirat. Lukis benda bernyawa atau memahat benda bernyawa di dunia akan diazab Allah dengan paksaan masukkan roh ke dalam lukisan atau patung yang dibuat. Sekiranya tidak mampu maka diseksa keras di neraka. 

Sahih Muttafakhun Alaigh Ibnu Mas'ud ra sabda Nabi saw. Perbuatan benar dan cakap benar akan membawa ke syurga manakala bohong, perbuatan jahat dan cakap jahat bawa ke neraka. 

Sahih Bukhari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. bohong batalkan pahala puasa.

Tuesday, August 20, 2002

MERAUNG VS SEDIH

TANGIS MERAUNG VS TANGIS SEDIH

20-8-02 Muqaddimah oleh Ustaz Shamsuri

Sahih Muttafakuhn Alaigh Abu Burdah ra dari Abu Musa Al-Ash'ari sabda Nabi saw. 

Haram meraung tangis tidak dapat terima takdir. 

Sahih Muttafakhn Aligh Omar ibnu Khatab ra sabda Nabi saw. 

Mayat diseksa apabila ahli keluarga menangis merungut menolak takdir. Si mati diseksa kerana tidak mengajar ahli keluarganya agar jangan berbuat demikian.

Sahih Muttafakuhn Alaigh ibnu Omar ra sabda Nabi saw. 

Menangis sedih itu rahmat Allah tetapi meraung tangis tidak terima takdir itu diharamkan oleh Allah. 

Menangis Meraung vs Sedih

TANGIS MERAUNG VS TANGIS SEDIH


20-8-02 Sahih Muttafakuhn Alaigh dari Abu Burdah ra dari Abu Musa Al-Ash'ari sabda Nabi saw. Haram meraung tangis seolah-olah tidak dapat menerima takdir. 

Sahih Muttafakhn Aligh dari Omar ibnu Khatab ra sabda Nabi saw. Mayat diseksa apabila ahli keluarga menangis merungut menolak takdir. Si mati diseksa kerana tidak mengajar ahli keluarganya jangan berbuat demikian.

Sahih Muttafakuhn Alaigh ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Menangis sedih itu rahmat Allah tetapi meraung tangis tidak terima takdir itu diharamkan oleh Allah. 

Friday, August 2, 2002

Fusilat 41:51-54

02-08-02 Sahih Muttafakun Alaigh Jabir b Samurah. Khalifah Omar telah memecat Saad Abi Waqaz kerana berita palsu rakyatnya. Usamah b Qatadah kemudian hidup dalam kesengsaraan akibat menyebarkan berita palsu tentang Saad Abi Waqaz.

Fusilat 41

41:51 Manusia ini pelik, bila senang tidak syukur bila susah banyak doa. 
41:52 Yang paling sesat ialah Quran Hadis terang-terang depan mata tetapi sengaja tidak mahu ikut. 
41:53 Selain dari lihat alam semulajadi, lihat diri sendiri memadai memahami kekuasaan Tuhan. Sayangnya mereka ini alim Taurat alim Yahudi tetapi masih menolak kedatangan Nabi Muhammad saw. 
41:54 Puncanya, mereka masih ragu-ragu akan seksaan Allah di akhirat. 

Tuesday, June 18, 2002

DAKWAH CARA SEDEKAH

SEDEKAH RASULULLAH SAW

18-6-02 Muqaddimah oleh Ustaz Shamsuri

Sahih Muslim Ketua kaum sebuah kampung miskin beragama Nasrani meminta bantuan sedikit sedekah dari Rasulullah saw. Baginda Nabi Muhammad saw pun bersedekah sekandang kambing sehingga habis kepada ketua kampung tersebut. Perbuatan Rasulullah s.a.w. itu menyentuh qalbu para penduduk miskin yang beragama Nasrani di kampung tersebut sehingga seluruh penduduk akhirnya memeluk Islam. 

SAMBUNG SILATURAHIM IBUBAPA YANG TELAH TIADA 

Sahih Abu Daud sabda Nabi saw. Minta doa pada Allah ampunkan dosa ibubapa, tunaikan hasrat yang tidak kesampaian dan muliakan kawan serta saudara mara yang baik dengan mereka semasa mereka hidup di dunia.

Sambung Silaturahim Ibubapa Yang Telah Tiada


SAMBUNG SILATURAHIM IBUBAPA YANG TELAH TIADA
 


Sahih Abu Daud sabda Nabi saw. Mintalah doa pada Allah untuk ampunkan dosa ibubapa, tunaikan hasrat mereka yang tidak kesampaian dan muliakanlah kawan serta saudara mara yang baik dengan mereka semasa mereka masih hidup di dunia.

Sedekah cara Rasulullah saw

SEDEKAH RASULULLAH SAW


18-6-02 Sahih Muslim Ketua kaum sebuah kampung miskin beragama Nasrani meminta bantuan sedikit sedekah dari Rasulullah saw tetapi Nabi Muhammad saw sedekah sekandang kambing sehingga habis. Kesan dari sedekah tersebut melembutkan hati seluruh penduduk kampung beragama Nasrani tersebut sehingga akhirnya mereka memeluk Islam. 

Tuesday, May 21, 2002

BAHAGI MASA

BAHAGI MASA PELAJARI QURAN HADIS

21-5-02 Syarah Ustaz Shamsuri tafsir Quran kitab Nurul Ihsan

Sahih Bukhari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw. 

Jangan nazar memudaratkan diri melainkan perkara ibadah. 

Sahih Muslim sabda Nabi saw. 

Demi Allah nyawaku yang berada di tanganNya, sekiranya kamu sentiasa ingat Allah setiap saat, malaikat pasti berjabat tanganmu. Tetapi, manusia mesti imbang masa mencari rezeki sebagai tanggungjawab keluarga dan masa untuk pengajian Quran Hadis. 

Bahagi masa dunia dan akhirat

BAHAGI MASA ANTARA mencari Rezeki dan Pengajian QURAN HADIS


21-5-02 Sahih Bukhari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw. Jangan nazar memudaratkan diri melainkan perkara ibadah. 

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Demi Allah nyawaku yang berada di tanganNya, sekiranya kamu sentiasa ingat Allah setiap saat, malaikat pasti berjabat tanganmu. Tetapi, manusia mesti imbang masa mencari rezeki sebagai tanggungjawab keluarga dan mesti memperuntukkan masa untuk pengajian Quran dan Hadis. 

Sunday, May 5, 2002

Air Mata Sedih RAHMAT ALLAH

Air mata kesedihan itu Rahmat dari Allah

Muqaddimah BM17 sifat kiamat 5/2/02 UsShamsuri

(Sepakat ulama mengatakan sahih) Muttafakun Alai dari Usamah bin Zaid Ibn Haritsah RA sabda NabiSAW pada anak angkat kesayangannya. Wahai anakku, redha lah pada ketentuanNya kerana semua ini Dialah pemiliknya. Di ketika NabiSAW meribakan cucunya yang nazak sambil mengalirkan air mata Baginda bersabda Air mata kesedihan yang mengalir itu Rahmat dari Allah kepada sebahagian hambaNya.

Wednesday, April 17, 2002

KENDURI UNTUK ORANG MISKIN

Kenduri untuk jamu orang miskin
16-4-02 Sahih Muslim Saad b Abi Waqaz ra sabda Nabi saw

JANGAN SOMBONG & PANDANG RENDAH dengan PEKERJA BAWAHAN / GOLONGAN MISKIN. 

Sahih Bukhari Muslim sabda Nabi saw. 

Seburuk-buruk hidangan ialah majlis jamuan yang tidak jemput orang miskin. 



Sahih Bukhari sabda Nabi saw pada Saad Abi Waqaz. 

Apa yang kita nikmati hari ini adalah hasil pekerja bawahan yang dipandang hina.