17-9-02 Sahih Bukhari Muslim ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Tuhan kamu tidak buta, dajal buta sebelah dan sebelah matanya lagi timbul keluar seperti buah anggur keluar. Sesama muslim diharamkan bunuh.
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Jangan zalim pada sesiapa kerana ia menyebabkan kegelapan dirinya di akhirat. Jauhi sifat kedekut kerana ia membinasakan kamu. Zalim dan kedekut menyebabkan pertumpahan darah masyarakat.
Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Tuesday, September 17, 2002
Zalim dan Kedekut Punca Kejahatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment