Nota Cinta

Monday, June 19, 2023

Istigfar dimurahkan rezeki

gambar sekadar hiasan
https://www.youtube.com/watch?v=97Oi3jRSJcA

Kuliah Ustaz Dato' Shamsuri Hj Ahmad menggunakan Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang pada 19 Jun 2023 

Sahih Bukhari, dari tabi'in Amir dari Nuqman b Bashir ra, sabda Nabi saw. Dalam badan manusia, ada seketul daging iaitu hati, sekiranya rosak seketul daging tersebut maka rosak keseleluruhan akhlak.

Manusia apabila tua akan merasa muda dengan 2 perkara iaitu wang dan angan-angan.

Nurul Ihsan kitab tafsir Al-Quran Jilid 4 surah Nuh ayat 71:7 ms224(jawi) teks ringkasan 71:7-13

Nabi Nuh as berdakwah menggunakan pelbagai teknik samada kaedah tegasan dengan intonasi kuat mahupun teknik pujukan lembut nada perlahan tetapi tetap ditolak oleh kaumnya. Baginda menyeru umatnya beristighfar (memohon keampunan kepada Allah SWT) agar dimurahkan rezeki. 

Sahih Imam Ahmad, Nabi saw beristighfar 100 kali. Sahih Muslim, Nabi saw menyeru solat jenazah yang ikhlas

Wednesday, June 14, 2023

4 Ketua Wanita di Syurga

https://www.youtube.com/watch?v=UoYl99XhAF8   Kuliah Maghrib Ustaz Dato Ustaz Shamsuri Haji Ahmad di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

Muqaddimah 

Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Firman Allah swt kepada Nabi Ibrahim as yang mempersoalkan kenapa ayahnya di neraka, "JanjiKu, Syurga haram kepada mereka yang mati kafir". 

At Tahrim ayat 10, isteri Nabi Nuh as dan isteri Nabi Lut as yang dicampak ke neraka itu tidak dapat dibantu oleh suami mereka walaupun suami mereka itu berpangkat Nabi.  

At Tahrim ayat 11, isteri FirAun berdoa agar tidak terjerumus ke dalam kesesatan suaminya dan memohon dianugerahkan sebuah istana di syurga dan Allah memakbulkan permintaan tersebut 

gambar sekadar hiasan,,
Sahih Sunan Imam Ahmad, sabda Nabi saw,  4 pemimpin wanita di syurga terdiri daripada 1) Khatijah bt Khuwailid r anha, 2) Fatimah bt Muhammad saw, 3) Mariam bt Imran@ibu nabi Isa as dan akhir sekali 4) Asiah @isteri FirAun

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra, sabda Nabi saw. Segera beramal kebaikan jika mahukan Islam.

Riwayat Abu Musa Al-Ash'ary ra sabda Nabi saw. Fitnah akhir zaman bermula dari perselisihan faham sesama muslim sehingga berlaku pembunuhan. Sekiranya bermula keadaan tersebut, binasakan segala senjata yang boleh mencederakan saudara sesama muslim. Sekiranya terpaksa, pilih mengalah menjadi Habil iaitu anak Adam yang baik yang dibunuh Qabil. 

Pengajian kitab BahrulMazi jilid 21, kitab jawi mukasurat 153 

Riwayat At Tirmizi dari Jabir ra. Rasulullah saw mempersoalkan tindakan Jabir menikahi janda, kata Jabir yang tindakannya itu demi menjaga adik-adik perempuannya. sabda Nabi saw kepada Jabir, Allah berkati kamu wahai Jabir ra. 

Sahih Bukhari, bapa Jabir ra mengadu pada Nabi saw tentang hutang arwah bapanya yang banyak. Keesokan pagi, Rasulullah saw datang ke rumah Jabir lalu mengenakan mukjizat baginda terhadap sepohon kurma sehingga hasil buah-buahannya mampu melangsaikan hutang arwah.