Nota Cinta

Monday, October 15, 2018

Peristiwa Mahsyar

Dato' Ust Shamsuri, Masjid Tmn Brown P.Pinang 151018 TN1

Sahih Muslim, Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw, Manusia bermula Nabi Adam as hingga manusia terakhir mati di dunia akan dibangkitkan di padang mahsyar tanpa pakaian, tidak berkhatan dan tiada kasut. Yang pertama mendapat pakaian ialah Nabi Ibrahim as.

Sahih Imam Ahmad ra dari Abu Bakar As Siddiq ra. sabda Nabi saw

gambar hiasan
Manusia yang sedang dalam ketakutan di mahsyar mencari penyelamat mereka bermula dengan berjumpa bapa segala manusia iaitu Nabi Adam as. Adam tidak dapat membantu dan baginda mencadangkan mencari Nuh as tetapi setelah berjumpa Nuh, Nuh mencadangkan Ibrahim dan Ibrahim mencadangkan Musa as. Musa pula mencadangkan Isa as kerana Isa mempunyai pelbagai kelebihan istimewa. Setelah manusia berjaya mencari Nabi Isa as, baginda mengakui baginda tidak dapat berbuat apa-apa lalu mencadangkan manusia berjumpa kepada penghulu segala manusia iaitu Nabi Muhammad saw. Allah mengizinkan Nabi saw sebagai pemberi syafaat kepada manusia. Rasulullah saw sujud syukur selama seminggu kerana terharu dianugerahkan oleh Allah SWT sebagai penyelamat manusia terutama umat baginda yang sedang kesusahan di mahsyar pada waktu itu.

Semasa di padang mahsyar, Rasulullah saw bersuara, Wahat Tuhanku, yang Kau asingkan ke kumpulan kiri itu umatku, Ya Allah, selamatkan mereka kerana Engkau Maha Bijaksana lagi Maha Perkasa. Jawab Allah, Wahai Muhammad, mereka murtad selepas kamu wafat.

Allah berfirman muslim yang tidak syirik akan KuMasukkan ke syurga walaupun pernah buat berbaki satu kebaikan.

Allah bertanya kepada muslim terakhir masuk syurga, kenapa meminta anak kamu menghancurkan tulang mayat kamu dan bakar sehingga menjadi debu. Jawabnya, aku sangat takut kepadaMu ya Allah. Allah berfirman, Lihatlah kerajaan Negara yang paling besar di dunia dahulu, akan Aku berikan kepadamu sebuah kerajaan yang 10 kali ganda lebih besar dari kerajaan tersebut. Muslim itu tertawa kerana menyangka Allah mempersendakan dirinya hakikatnya Allah Maha Kaya.

Nurul Ihsan jilid 1 ms 247 Kisah Allah Persoal RasulNya

5) Al Ma'idah 109-110
5:109 Pada hari Kiamat, seluruh para Nabi dihimpunkan dan dipersoal oleh Allah. Mereka yang masih ketakutan dan terkejut menjawab, kamu lebih Mengetahui ya Allah.
5:110 Wahai Nabi Isa bin Maryam as. Ingatlah nikmat pemberianKu kepadamu dan kepada ibu kamu. Kamu boleh bercakap ketika kamu baru dilahirkan. Kamu diajar kefahaman kitab Injil. Kami izinkan kamu meniup tanah yang kamu gumpal menjadi burung hidup yang berterbangan. Kami izinkan kamu menyembuhkan orang buta dan menghidupkan orang mati. Kami selamatkan kamu dari dibunuh Bani Israel, bahkan bani Israel tetap mengatakan semua mukjizat pemberianKu itu sihir.

Tuesday, October 2, 2018

Kewajipan Berselawat

021018 Ust Shamsuri, Masjid Sultanah Bahyah, Alor Setar, Kedah. Bahrulmazi jilid 14 ms 78 Ruqyah AIN
Sahih An Nasa'i dari Musa b Talhah. Selawat, Allahumma Salli ala Muhammad, wa ala Ali Muhammad.
Sahih An Ansa'i dari Anaz b Malek ra, sabda Nabi saw. Allah akan berselawat ke atas nya 10x ganda kepada siapa yang berselawat ke atasku, 10 dosanya dihapuskan dan di angkat darjatnya 10x ganda.
Sahih At Tirmizi, sabda Nabi saw. manusia bakhil ialah dengar namaku tetapi tidak berselawat ke atasku.

Monday, October 1, 2018

(Al-Isra'@17:9-15) Dosa Berganda Media Sosial

011018 Dato' Ust Shamsuri, Masjid Simpang 4 Permatang Buluh P. PINANG. TAFSIR NURUL IHSAN JILID 2 ms328
Sahih At Tirmizi dari Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Matikanku dalam miskin dan bangkitkanku bersama golongan miskin kerana mereka masuk syurga 40tahun lebih awal dari golongan kaya harta.
Al-Is ra' 17: 9-15
17:9)   Quran itu hidayah bagi Mukmin yang beramal soleh dan baginya dijanjikan syurga.
17:10) Bagi yang INGKAR disediakan neraka.
17:11) Manusia yang selalu berdoa kebaikan apabila diuji, mudah hilang sabar lalu berdoa agar memudaratkan.
17:12) Diciptakan siang malam, bulan bintang menjadi kalendar kehidupan.
17:13) Setiap manusia telah ditentukan takdirnya berpandukan atas usahanya.
17:14)
Di akhirat, kitab amalan lengkap terperinci terbentang dimana tiada satu pun tidak terlepas dari catatan semasa hidup di dunia.
17:15)
Hidayah itu menguntungkan diri agar dapat melepaskan diri dari neraka. Dosa tidak ditanggung oleh orang lain melainkan dirinya. Begitu juga gandaan dosa kesesatan orang lain yang terhasil dari fitnahnya akan ditanggung olehnya.
Diutus Rasul dan pewaris Nabi sebagai pemberi ingatan. Setelah INGKAR, barulah manusia diazab.
gambar hiasan