Nota Cinta

Tuesday, May 24, 2016

Pemurah di Ramadhan & Iqamah sebelum Solat

Sahih Bukhari dari Ibnu Abbas r anhuma. Nabi s.a.w. merupakan seorang yang sangat pemurah sehingga sanggup berhutang demi membantu orang susah dan baginda lebih pemurah pada bulan Ramadhan. Dalam bulan Ramadhan, wahyu-wahyu dibaca dihadapan utusan mala'ikat Jibril as. 

Sahih Bukhari Dari Abi Hurairah ra. sabda Nabi s.a.w. Menantikan Ramadhan dengan penuh keimanan mengharapkan pahala Allah akan diampunkan dosa-dosanya.

Sahih Bukhari Apabila Rasulullah s.a.w. mengejutkan Saidina Ali ra supaya bangun solat sunat malam, Ali menjawab "bukankah nyawa dan takdir bangun pagi ini milik Allah. sabda Nabi s.a.w. sambil menepuk peha baginda. " Al-Kahfi 54, Manusia, makhluk paling banyak membantah." 

Bahrulmazi jilid 2 ms 209 Sifat Solat Nabi .s.a.w menurut Hadis AtTurmuzi. 

Dari Rifa'ah b Rafeq ra. dari Abi Qatadah ra. sabda Nabi s.a.w. Jangan duduk masjid selagi tidak solat dua rakaat.
Sahih Bukhari, Nabi s.a.w. Jangan bising atau riuh dengan urusan selain amal ibadah di masjid.
Berwuduk bermula dengan membasuh seluruh  muka dengan niat wuduk kemudian tangan ke siku, diikuti kepala dan akhiri dengan kaki sampai ke tumit. Iqamah dahulu sebelum solat,

Tuesday, May 17, 2016

Buang sifat dengki dan busuk hati, Bubur makanan orang sakit

HR Imam Ahmad dari Zubair al Awwam ra sabda Nabi s.a.w. Penyakit dengki dan busuk hati telah melanda muslim. Demi Allah yang nyawaku dipegang Allah, tidak akan masuk syurga melainkan keimanan yang sebenar dengan Allah dan Rasul. Tidak beriman dengan Allah selagi mana tiada sayang sesama muslim.

Dari Abi Dardak ra. Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat. Tergamakkah menyakiti Abu Bakar As Siddieq kerana beliau merupakan orang yang benarkan kerasulanku diwaktu semua mendustakan kerasulanku dan beliau sanggup kehilangan nyawanya demi permulaan keadatangan Islam.

Bahrulmazi jilid 14 ms55 BUBUR sunnah makanan orang sakit 

HR AtTurmuzi dari A'isyah r anha sabda Nabi s.a.w. Bubur merupakan makanan terbaik kepada pesakit untuk memudahkan pencernaan disamping menguatkan serta menyegarkan pesakit.

Hasan Gharib AtTurmuzi dari Uqbah b Amir Al-Juhani ra sabda Nabi s.a.w. Jangan paksa pesakit untuk makan dan minum kerana Allah telah memberi makan minum pada mereka.

Monday, May 16, 2016

Raja Najashi

Sahih AnNasa'e sabda Nabi s.a.w. Roh mukmin berbau wangi dan disambut para mala'ikat untuk dibawa ke langit manahala roh kafir yang berbau bangkai dicampak ke dunia dengan hinanya. 

Sahih Muslim dari Abi Dzar ra sabda Nabi s.a.w. Subhanallah wabihamdih merupakan kalimah disukai Allah. Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Sebutan SubhanAllah wabihamdih x100 akan diampunkan seluruh dosa kecilnya.

NURUL EHSAN JILID 1 RAJA NAJASHI

Wahai Muhammad / Muslim "Musuh ketat muslim ialah Yahudi dan Musyrikin/kafir Quraisyh Mekah yang menyembah berhala." 
"Sesetengah ahli ibadah Nasrani yang berhati lembut, memeluk Islam,"

Rasulullah saw mengutus Ja'afar b Abi Talib ra mengetuai rombongan 80 para sahabat berjumpa Raja Najashi di Habsyah. Raja najashi dan pengikutnya yang beragama Kristian kemudian diperdengarkan surah Maryam oleh Jaafar. Surah Maryam menceritakan tentang pertemuan wanita suci dengan mala'ikat Jibril yang membawa berita akan kelahiran Nabi Isa a.s. dengan misi membunuh Dajal. 

illustrasi gambar hiasan

70 ahli kristian termasuk Raja Najashi menangis ketika mereka memeluk Islam sambil berkata  "wahai Tuhan kami@Allah, kami beriman dengan Rasul engkau @Nabi Muhammad saw dan kami bersaksi kami memeluk Islam." 


Apabila ketibaan rombongan Puak Yahudi di istana Najashi, Yahudi segera mempertikaikan keislaman mereka tetapi jawab Raja Najashi dan 70 Nasrani membalas. "Kami beriman dengan agama yang benar, kenapa hendak mempertikai? kami memang hendak masuk syurga bersama Nabi Muhammad s.a.w. disamping para pengikut baginda."

Allah Berfirman "Kekal mereka@Raja Najashi dan 70 pengikutnya di syurga, ini janji Allah." Quran

Wednesday, May 11, 2016

HARAM SETUBUH KETIKA HAID

HR Abu Daud dari Huzaifah Al-Yamman ra, Nabi s.a.w juga marah seperti manusia biasa lain.
Hasan Abu Daud dari Said Al Musayip ra, sabda Nabi .s.a.w. Segerombolan syaitan datang menggantikan sekumpulan mala'ikat yang sedang membentuk perisai pertahanan apabila manusia hilang sabar dari dituduh dengan membalas pergaduhan.

HR AtTurmuzi ra. Abu DahDah ra menjual rumahnya demi menolong seorang penghutang. Sabda Nabi s.a.w berulang-ulang kali, "aku nampak pohon-pohon syurga sedang menanti Abu DahDah."
HUKUM HARAM BERSETUBUH KETIKA HAID MENURUT HADIS RIWAYAR ATTURMUZI menurut Rasulullah s.a.w.
Haram bersetubuh dengan isteri yang sedang haid.
Melakukan kerana tidak tahan mestilah bertaubat dan bayar kafarah.
Mengatakan ia halal sedangkan ia haram maka terkeluar dari Islam atau kafir.

ALLAH BENCI MANUSIA PEMARAH DAN PENDENDAM

Ustaz Shamsuri - BM 21 Bab Kuat Bertengkar Dan Suka Bermusuh, Masjid Abdullah Fahim 11.5.2016

Sahih Abu Daud dari Amru b Abi Quro dari Huzaifah Al-Yamman ra dan Salman Al-Farisi ra. sabda Nabi s.a.w. sebagai manusia biasa, aku juga tidak dapat lari dari sifat marah tetapi aku adalah Rasulullah s.a.w. yang diutus Allah untuk membawa rahmat pada sekelian alam. Mana-mana para sahabatku yang pernah dimarahiku mudah-mudahan akan mendapat rahmat Allah di akhirat.

Hasan Abu Daud dari Sayid Al Mussayyid ra. sabda Nabi s.a.w. pada Abu Bakar as Siddiq, Ketika kamu berdiam diri apabila sedang dimarahi orang, aku nampak seorang mala'ikat yang diarah oleh Allah sedang mempertahankan kamu. Apabila kamu bangun hendak membalas, mala'ikat tadi menarik diri dan kali ini yang datang kepadamu sekumpulan syaitan. Maka sebab itu, aku beredar dari duduk bersama kamu.

Hasan AtTurmuzi dari A'isyah r anha sabda Nabi s.a.w. Allah paling benci manusia yang suka bertengkar, pemarah dan pendendam.

Tuesday, May 3, 2016

Peluh Nabi s.a.w. Wangi & Makan Bawang

Syarah Ustaz Shamsuri masjid Sultanah Bahiyah 3/5/16
Sahih Bukhari dari Anaz b Malek ra, Abu Talhah segera sedekah kebun kurmanya untuk jihad ke jalan Allah setelah mendengar seruan derma oleh Allah dan FirmanNya melalui Quran yang dibacakan Rasulullah s.a.w. Sabda Nabi s.a.w. "Utamakan adik-beradikmu yang susah dahulu."

Al-Munaafiqun ayat 10, Setiap manusia yang hampir sangat pada kematiannya akan meminta tangguh sekejap masanya untuk bersedekah.
Sahih Bukhari, Peluh Nabi s.a.w. bau sangat wangi
BM12 ms194 makan bawang masak
Sahih At Tirmizi dari Abi Ayub Al-Ansari ra sabda Nabi s.a.w. aku tidak mahu makan bawang kerana aku mahu berjumpa mala'ikat Jibril kerana Jibril tidak suka kepada bau busuk pada bawang samada masak atau tidak.

Monday, May 2, 2016

BISIKAN SYAITAN & CARA ATASI & AN-NAHL 16:95

Sahih Bukhari dari Safiyah bt Huyai sabda Nabi s.a.w. Syaitan sentiasa berjalan melalui salur darah manusia, aku takut hasutan syaitan membuatkan kamu memandang buruk kepadaku.

Sahih Bukhari dari Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Syaitan cuba sedaya upaya menggangguku dalam solat tetapi kuasa Allah memenangku dalam menunaikan solat.

Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Syaitan melarikan diri apabila bunyi azan dan kembali seselai bunyi azan. Syaitan melarikan diri sekali lagi apabila bunyi Iqamah kemudian kembali selepas selesai Iqamah.
Syaitan masuk ke hati manusia dan membisikkan ingatan duniawi sehingga muslim lupa rakaat solat. Apabila terjadi sedemikian, lakukan sujud sahwi sebelum habis solat.

Sahih Bukhari dari Sulaiman b Surad ra. Terdapat dua orang sahabat sedang bergaduh bermaki-makian sehingga muka merah menyala. Sabda Nabi s.a.w. Sekiranya sesiapa yang marah sebut "aku berlindung dari syiatan" maka kemarahannya akan hilang. A'uzu billa himinasyhaitan." Setelah mereka menyebut, kedua-duanya berkata" gilakah kami bergaduh sesama saudara baik."

Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra. Sabda Nabi s.a.w. syaitan masuk ke dalam fikiran manusia menyruh memikirkan siapa makhluk penyebab orang gila, siapakah makhluk di dalam pelangi, siapakah, siapakah sehingga persoalan kepada siapakah yang jadikan Allah, apakah Allah ni berjirim berjisim, bagaimankah Allah bergerak, maka segera ucapkan "aku berlindung dari syaitan yang direjam." kerana ini kerja syaitan yang bakal merosakkan fikiran manusia.

Sahih Bukhari dari Ibnu Abbas ra. sabda Nabi s.a.w. Apabila suami ingin bersama isteri, minta kepada Allah jauhi syaitan sebagai "Pelindung Diri" anak yang bakal lahir.

Sahih Bukhari dari Jabir ra sabda Nabi s.a.w. Panggilkan semua kanak-kanak masuk rumah kerana waktu senja ke maghrib ialah waktu Syaitan berkeliaran sehingga waktu Isyak. Pastikan pintu ditutup sambil dengan sebutan nama Allah, pastikan bekas-bekas air atau makanan ditutup.

Nurul Ehsan jilid 2 ms 316 Surah 16) AnNahl ayat 95-100

16:95 Jangan jual agama dengan tidak menegur kemungkaran demi keuntungan dunia.
16:96 Harta pangkat serta kekayaan dunia akan binasa malah tidak dapat menandingi ibadah akhirat seperti sedekah masjid dan amal jariah sebelum mati kerana pahala itu kekal. 
16:97 Amal soleh mukmin akan mendapat kualiti hidup dengan rezeki mencukupi. 
16:98-99  Sentiasalah sebut ("a'uzubillah hi minashyaitannirojim / aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam") akan mengelakkan diri dari pengaruh syaitan. 
16:100 Tidak menyebutnya akan menjadi mangsa syaitan dan mudah melakukan perkara bertentangan Islam.