Nota Cinta

Wednesday, January 13, 2016

Cukur dalam Ihram

Ustaz Shamsuri - BM 21 Bab Hukum Bercukur Di Dalam Ihram Atau Umrah ,Masjid Abdullah Fahim 13.1.2016

Sahih Bukhari dari Thouz ra dari Ibnu Abbas r anhuma. Akibat perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah s.a.w. menyuruh para sahabat dan baginda sendiri mengubah niat haji kepada niat umrah dengan membayar dam terkandas buat haji, diikuti sembelihan seekor kambing dengan niat dam kerana terkandas dan diikuti potong rambut serta bertahalul.  


Firman Allah, Sakit mudarat di kepala ketika ihram haji umrah, maka cukurlah dan bayar fidyah. Terjemahannya Sahih AtTurmuzi, Kaap b Ujrah tafsir dari Rasulullah s.a.w. Puasa 3 hari atau  sedekah 6 cupak makanan pada orang miskin atau sembelihan dan sedekah seekor kambing biri-biri. Semua denda fidyah ini kena dilakukan semasa di tanah haram. 

Tuesday, January 5, 2016

Jangan Makan Minum Tangan Kiri

Ustaz Shamsuri - BM 12 Tegahan Makan & Minum Dengan Tangan Kiri, Masjid Sultanah Bahiyah 5.1.2016

Sahih Bukhari dari Abi jamrah ra dari Ibnu Abbs ra sabda Nabi s,a,w, demam panas adalah hembusan neraka jahanam dan boleh disejukkan dengan air zam-zam.
HR AtTirmizi dari A’isyah r anha sabda Nabi s.a.w . Air zam-zam boleh dibawa keluar dari tanah haram. Dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi s.a.w. air zam-zam yang diniatkan semasa diminum akan mendapat keberkatan makbul apa saja yang diniatkan semasa meminumnya.


Hasan lagi Sahih AtTurmuzi dari Ibnu Omar r anhuma, Nabi sa.w. sabda. Jangan makan minum dengan tangan kiri kerana syaitan melakukan demikian. Imam Ghazali Ihya Ulumudin, makan tangan kanan itu beradab.
Sahih Muslim sabda Nabi s.a.w. jangan menyuap makanan dan minuman dengan tangan kiri. Seorang lelaki yang enggan mendengar teguran Nabi s.a.w. telah dikeraskan tangannya oleh Allah s.w.t.
HR AtTurmuzi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Jilat jari selepas makan kerana ada barakah pada saki baki makanan.