Ustaz Shamsuri - TN 4
Tafsir Surah Al-Haaqqah Ayat 26-52,Surau Taman Kerian 13.4.2015
Sahih Muslim dari Zaid bin
Sabit sabda Nabi s.a.w. minta berlindunglah dari azab neraka, azab kubur, fitnah nampak dan tidak nampak dan fitnah
dajal.
Sahih Muslim dari Abi
Hurairah ra. sabda Nabi s.a.w. Bercakap sesuatu yang diri sendiri tidak faham
boleh menghumbankan diri ke neraka.
Sahih Muslim dari Ibnu Omar
r anhuma sabda Nabi s.a.w. Setiap pagi petang hingga kiamat akan dinamppakkan
tempat mayat bakal menduduki samada neraka atau syurga.
Sahih Muslim dari AnNuqman b
Basyir ra sabda Nabi s.a.w. Paling rendah azab di neraka ialah sepasang kasut
yang dipaksa pakai kepada ahli neraka sehingga mendidih otaknya sehingga dia
menyangka dialah paling teruk diazab tetapi sebenarnya dia adalah paling ringan
diazab.
Sahih Muslim dari Samurah ra
sabda Nabi s.a.w. Di neraka, ada yang diazab sehingga paras buku lali kaki atau
paras pinggang atau paras leher bergantung pada dosa mereka.
Sahih At Tirmizi dari Abdillah
b Mas’Ud ra sabda Nabi s.a.w. Neraka dibawa dengan diheret 70’000 tali
Sahih Muslim dari Abi
Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Neraka tidak akan pernah puas meminta ahlinya
masuk ke dalamnya.
Sahih Muslim sabda Nabi
s.a.w. Tubuh ahli neraka dijadikan gergasi dengan jarak bahu ke bahu sebanyak 3
hari jarak perjalanan pacuan kuda paling laju di dunia.
Sahih AtTirmizi dari Abi
Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Tebal kulit ahli neraka ialah 40 hasta untuk
menanggung sakit yang sengsara. Sebiji gigi geraham ialah sebesar bukit uhud.
Tempat untuk membakar ahli neraka sejauh Mekah dan Madinah.
Hadis riwayat dari Anaz b
Malek ra. sabda Nabi s.a.w. Muslim yang pernah berbuat pahala walaupun sebesar
beras akan dikeluarkan dari neraka setelah diazab dosanya.
Tafsir Quran kibat
Nurul Ihsan Jilid 4 surah 69 Al-Haaqqah ayat 25-52
69:25-26 Penerima rekod
tangan kiri sangat menyesal kerana bagi mereka, alangkah lebih baik sekiranya
tidak dapat buku rekod dari mengetahui nasib malang yang bakal dihadapi nanti.
69:27 Dalam hati yang penuh penyesalan
berbisik, alangkah indahnya sekiranya tiada kehidupan selepas mati di dunia.
69:28-29 Amat malang, kuasa dan
harta semasa hidup di dunia tidak dapat membantu.
69:30-32 Malaikat Zabaniah
memasukkan rantai neraka sepanjang 70 hasta dimulai dimasukkan ke dalam dubur
ahli neraka kemudian menembusi hidung untuk dijadikan bahan bakar di neraka
Jahim.
(Hadis Riwayat Ibnu Abbas r a.)
69:33-34 Itulah akibatnya
sekiranya tidak beriman dan tidak mengagihkan harta pada golongan yang berhak.
69:35 Pada hari tu, adik
beradik saudara mara dan rakan taulan tidak mampu membantu
69:36-37 Minuman manusia
berdosa ialah nanah dikalangan penghuni neraka.
69:38-41 Allah bersumpah
dengan seluruh makhluk ciptaanNya samada nyata atau ghaib bahawa Nabi Muhammad
s.a.w. dan Mala’ikat Jibril itu pesuruhNya tetapi sayang sekali, hanya sedikit
saja yang beriman.
69:42-43 Quran ini bukan
kata-kata bomoh atau penyair tetapi ia Perkataan Allah yang turun dari Tuhan Sekelian
Alam.
69:44-48 Sekiranya Quran ini
diubahsuai oleh Nabi Muhammad s.a.w. maka Aku akan matikan dia serta merta dan
tiada siapa boleh selamatkan Muhammad itu.
69:49-50. Quran itu menjadi
peringatan bagi yang takut akan pembalasan selepas mati di dunia tetapi Allah
Maha Mengetahui tetap akan ada manusia yang ragu-ragu akan Quran.
69:51-52 Quran ini sangat
benar dan sangat yakin maka bertasbihlah memuji Tuhanmu Yang Maha Besar. ........nukilan
oleh Allah SWT