Bayangkan seorang anak yang menyapu air ketika memandikan jenazah ibubapanya, aib ibubapa pasti ditutup dan jenazah dikafakankan kemas. Sebaliknya sekiranya orang selain ahli keluarga yang mengafankan jenazah seperti melipat kain cadar, tidak boleh salahkannya kerana kita minta tolong padanya dan dia sibuk dengan urusan pengurusan jenazah yang lain. Imam solat jenazah yang diminta tolong juga akan berkata sebelum solat “apa kamu semua pandang dengan ini mayat.” Tetapi sekiranya anak, “jenazah ini ayah saya atau jenazah ini ibu kesayangan saya” dan mustahil Allah akan menolak doa anak yang dalam keadaan air matanya mencurah mengalir. Ketika di kubur, bayangkan anak yang menurunkan tanah dengan cermat dan bersungguh-sungguh seolah-olah menidurkan jenazah ibunya di dalam kubur.
Sekiranya
agama anak itu Islam, dia akan pandu ibubapanya masuk syurga. Setiap ibubapa
kebiasaan menyuruh anak solat tetapi jenis manakah anak itu akan berakhir?
Menurut hadis Sabda NabiSAW ini sememangnya anaklah yang lebih afdal menguruskan jenazah. Andaikata
anak kita masih tidak tahu solat jenazah maka belum terlambat untuk mengajarnya.
Nabi SAW tidak pernah mengajar umatnya terlambat, sekiranya esok kiamat maka
hari ini tanamlah benih. Petikan Ust Don Danial
No comments:
Post a Comment