72 puak muslim ke neraka hanya 1 puak muslim ke syurga
Pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 2 surah Hud ayat 114 ms231 bab Solat 5 waktu Ustaz Shamsuri 5-01-09. Sahih Muslim sabda NabiSAW Turun ayat (Hud 114)merujuk peristiwa seorang pemuda yang hampir berzina dan seterusnya untuk seluruh umat Islam sehingga akhir zaman bahawa Allah akan menghapuskan dosa kecil melalui amalan kebaikan. (Hud 115)Sabar merangkumi ujian beribadah, kemewahan, kemiskinan, kedudukan dan dugaan kehidupan. (Hud 116)Allah merasa kesal sepatutnya orang yang Aku beri kuasa, ilmu , wang, harta dan pangkat melaksanakannya ke jalanKu sebaliknya mereka kejar dunia. Mereka menzalimi diri sendiri kerana tenggelam dengan keseronokan sedangkan mereka tidak sedar mereka golongan berdosa. (Hud 117)Balasan azab kepada mana-mana negara akibat dosa mereka.(Hud 118)Sedangkan Aku boleh jadikan seluruh manusia di dunia beragama Islam tetapi Aku tidak buat begitu kerana telahKu beri pilihan melalui anugerah akal fikiran. (Hud 119)Sabda NabiSAW "Yahudi berpecah 71 puak. Nasrani berpecah 72 puak, Islam berpecah 73 puak dan dalam kalangan setiap agama hanya 1 puak dari tiap agama yang masuk syurga iaitu mereka yang benar-benar dengan agama samawi yang tidak meminda agama Allah. Bagi Islam, muslim yang beramal dengan jalanKu dan jalan para sahabatKu iaitu Al-Quran dan Hadis akan masuk syurga dan muslim yang lain masuk neraka melainkan mereka yang dikasihi Allah dengan jalan lurus agama Islam sebenar. Aku bersumpah dengan namaku sendiri Allah! akan penuhi nerakaKu dikalangan jin dan manusia. (Hud 120)Quran berita sebenar sebagai peringatan untuk yang beriman. (Hud 121)Yang tidak beriman, kejarlah dunia, akhirat nanti sama-sama kita lihat (Hud 122)Di akhirat akan terbukti siapa yang mendapat balasan bahagia dan siapa yang mendapat balasan celaka (123)Allah mengetahui segalanya.
No comments:
Post a Comment