Nota Cinta

Wednesday, January 7, 2009

Surah Ar Rahman

Setiap ciptaan makhluk Allah ada kegunaannya
Tafsier ArRahman UsShamsuri berdasarkan kitab Nurul Ihsan 7-1-09, 9-2-09 & 9-3-09. 

Sahih AtTirmizi dari Nukhala Al AsbiRA sabda NabiSAW “Kebanyakan orang kaya sikit amal melainkan dia dipilih Allah kerana sifatnya pemurah dan dermawan kepada mereka yang memerlukan.” Sedekah jariah seperti selagi mana kipas yang dipasangnya di surau itu digunakan selagi itu pahalanya berjalan. Selagi mana ilmu yang menyebabkan hidayah mereka itu membuat kebaikan selagi itu pahalanya berjalan. 



(Ar Rahman 55:1-4) Allah mengajar manusia rahsia langit dan bumi melalui nikmat Al-Quran supaya manusia dapat berkomunikasi disamping mengenali siapa dirinya dan siapa Penciptanya. 
(5-6) Allah ciptakan sistem dan menundukkan semua makhluk termasuk matahari, pohon kayu-kayan supaya dapat dimanfaatkan manusia. 
(7-9) Diciptakan sistem 7 lapisan langit dan 1 lapisan bumi menurut syariat Al-Quran menerusi huraian Hadis RasulNya supaya manusia tidak melanggar dan melampaui batas peraturan. Hukuman dalam Al-Quran itu adil dan setimpal tanpa perlu dipersoal 
(10-13) Setiap ciptaan itu tidak sia-sia dan banyak nikmat serta kegunaannya. 
(ArRahman 55:14-15) Dijadikan Adam/Manusia dari tanah basah yang dibakar api menjadi kering dan terbahagi 4 unsur iaitu Tanah, Air, Api dan Angin. Unsur tubuh daripada tanah, unsur roh dan akal daripada air, unsur marah dan berani daripada api dan unsur pergerakan dari angin. Manakala jin dari percikan api tetapi syaitan dari api. 
(16-22)Allah bertanya sebanyak 31x dalam surah ini kenapa masih mendustakan nikmatNya? sedangkan Allah menciptakan 2 musim iaitu panas dan sejuk, pertemuan dan sempadan air tawar dan masin serta dikeluarkan mutiara sebagai tanda nikmat kebesaranNya. 
(23-27)Allah menundukkan kenderaan menurut kehendak manusia. NabiSAW mengakhiri amalan doa naik kenderaan dengan senyum ke langit. "Subhanallazi sakhralana haza wamakunnalahu mukhrinin". Semua ciptaanNya termasuk kenderaan harta benda akan binasa kecuali Allah. 
(28-33)Doa minta Ampun pada Allah yang paling utama dan Allah Maha Melihat setiap perilaku makhlukNya. Tiada daya setiap makhlukNya mampu lari dari KekuasaanNya. 
(34-41) Apabila api menambat penghuni Mahsyar yang bangun dari kubur, kesemua mereka berkumpul. Kemudian para malaikat pengawal muncul selepas langit menjadi merah. Anggota badan jin dan manusia menjadi saksi dan mulut kesemua mereka dikunci. Mereka yang kafir dan kufur mempunyai tanda tidak beriman. 
(42-45)Inilah balasan azab seksa yang amat dasyat sehingga tidak dapat ditanggung oleh mana-mana makhluk ciptaan Allah.  
(ArRahman 55:46-61)Allah hanya meminta manusia takut kepadaNya ketika di dunia kerana 2 taman syurga untuk penghuni syurga itu terdapat segala jenis pokok-pokok, buah-buahan yang ada atau tiada di dunia tetapi ada di syurga disamping dilayani bidadari dan wildan(khadam lelaki) yang sedia memberi khidmat. Kemasan permaidani syurga itu diperbuat dari sutera halus dan tenggelam lembut apabila dipijak. Penghuni syurga dapat memetik buah-buahan sambil baring di atas permaidani. Bidadari penghuni syurga menumpukan sepenuh perhatiannya dengan sehabis baik layanan. 
(62)Selain 2 syurga itu ada 2 syurga lagi nikmat untuk penghuni syurga yang infiniti iaitu Keredhaan Allah.
(63-77) Allah memperkenankan permintaan penghuni syurga sekiranya penghuni syurga inginkan isterinya ketika di dunia menemaninya. Keindahan syurga dihiasi dengan para isteri solehah yang jauh lebih cantik dari paras bidadari dan mereka ini sentiasa memberi penghormatan pada ahli syurga.        

Nota:7 lapisan bumi itu pembohong kata Ust Shamsuri. 

No comments:

Post a Comment