kuliah Bahrulmazi 3 dalil doa qunut 26/1/2011 Sahih Muslim Abu HurairahRA sabda NabiSAW ketika Allah menunjukkan padaku keindahan syurga, aku terdengar tapak kasut Bilal bin RabbahRA di depanku lalu aku bertanya pada Bilal apa amalannya sehingga begitu besar pahala tersebut. Jawab Bilal tiada apa yang dibuat kecuali solat-solat sunat dan wuduk yang cukup sempurna yang disuruh Allah.
Qunut bukan sentiasa dibaca zaman NabiSAW. Hadis Hassan Lagi Sahih AtTarmizi dari AnAbi Malek AlAshja'e' dari bapanya sahabat NabiSAW yang pernah solat yang diimamkan oleh NabiSAW dan para khulafa arRashidin: Sabda NabiSAW ketika setelah aku wafat nanti maka ikutilah para Khulafa ArRashidin yang telah mendapat hidayah Allah.
Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Wednesday, January 26, 2011
Amin Malaikat (Aa 2 harkat meen 2/4/6 harkat)
kuliah Bahrulmazi 3 dalil doa qunut 26/1/2011
Dari Ulamak Mujtahid Suffian AsSauri sesiapa memilih baca qunut itu bagus dan tak baca qunut pun itu juga bagus tapi aku memilih untuk tidak baca. BACA TAK SALAH TAK BACA PUN TAK SALAH YANG BERSALAH IALAH YANG BERTENGKAR MEWUJUDKAN PERBALAHAN.
Dari Sahih Bukhari, Musnad Imam Ahmad, Sunan Ibnu Majah, Sahih Muslim dan sebagainya. Dari Anaz bin MalekRA. Sejarah Qunut dibaca NabiSAW bagi membinasakan kaum bani Sulain, suku Re'il dan puak Zakuan apabila 70 Sahabat Hafiz yang dihantar NabiSAW berdakwah telah dibunuh mereka.
Monday, January 17, 2011
Bersatu atas nama Al-Quran dan Sunnah bukan atas parti atau ideologi
Musnad Imam Ahmad bin Hambal dari AutsarRA khutbah Saidina AbuBakarRA AsSiddiq sabda NabiSAW Tidak ada satu pun yang lebih penting di dunia ini pada orang Islam kecuali Keampunan Allah. Siapa yang JUJUR dan BENAR kedua-dua ini SYURGA. Di dunia ini Jangan Bohong dan Dusta kerana itu JAHAT. JANGAN sampai berlaku berdengki, bermusuh dan putus silaturahim sesama Islam. Sepertimana perintah AllahSWT maka turutilah ia.
Musnad Imam Ahmad dari Muaz bin Rifaah dari bapanya khutbah AbuBakarRA di atas MIMBAR 3 ANAK TANGGA Mimbar RasulullahSAW Sabda NabiSAW Mintalah keampunan, keselamatan, keteguhan dan keyakinan hati pada Allah, Muhammad dan Islam maka selamat kamu dunia akhirat.
Apabila amaran khutbah AbuBakarRA tidak dihiraukan umat Islam masa kini, orang bukan Islam terang-terang berani kritik Azan berkumandang di masjid kerana sesama orang Islam sekarang bertengkar sesama sendiri. Ini menunjukkan bukti tiada kekuatan, kemuliaan dan kehormatan Islam. Bersatu atas Islam ialah Al-Quran dan Hadis BUKAN bersatu atas parti atau ideologi kerana parti ada betul ada tak betul. Parti apa sekalipun atas jalan Islam tetapi sekarang orang Islam tidak ada sikap itu malah ada satu perangai mencari gaduh sesama Islam.
Tuesday, January 11, 2011
Imam-Imam Ulung Hadis
Para ulama itu pewaris Nabi |
Kitab Bahrulmazi
merupakan himpunan hadis At-Tirmizi.
4 Imam
Ulung terdiri dari Imam Mazhab seperti Hanafi, Malek, Syafie, Ahmad bin Hambal.
6 Imam Hadis Sahih seperti Bukhari, Muslim, Abu Daud, AnNasa’e’ , AtTirmizi dan
IbnuMajah timbul pada zaman Imam Ahmad bin Hambal
Dari Abi
HurairahRA sabda NabiSAW menguap itu dibenci Allah maka hendaklah menutup mulut
kerana ia tawa dan mainan syaitan
Selera masing-masing terpulang
kepada ustaz yang diikuti yang penting jangan taksub dengan guru.
Islam
mewajibkan menjaga maruah orang lain dan melarang menjatuhkan maruah orang
lain. Sabda NabiSAW "Tanya diri sendiri apa yang orang suka buat pada kamu
buatlah begitu pada orang lain."
Tuesday, January 4, 2011
RasulullahSAW "Yang aku takut bukan dajjal tetapi nasib kepimpinan umatku kelak"
WAJAH NABI MUSA, NABI ISA, NABI IBRAHIM dan JIBRAIL AS
Kuliah bahrulmazi 15, Ust Shamsuri bab Harta Ikut Dajjal 4/1/11 Dari Sahih Muslim Sabda NabiSAW Sekiranya dajjal datang, Allah akan menjaga kamu dengan syarat jaga imanmu. Aku tidak takut masalah kedatangan dajjal itu yang aku takut ialah aku takut umatku mengikuti pemimpin-pemimpin yang sesat dan rosak akhlaknya seperti kaki perempuan, kaki rasuah, mencabar agama kerana mereka ini berkuasa dan boleh merosakkan kamu semua.
Sabda RasulullahSAW, Hadis Sahih dari JabirRA rupa Dajjal itu seperti Abdul Uzha bin Qatar.
diperlihatkan aku para Nabi, Nabi Musa merupakan seorang lelaki yang bersifat kelakian yang tampan dan gagah. Nabi Allah Isa AS merupakan mirip kepada Urwah bin Mas'udRA wakil dari Quraisyh semasa perjanjian Hudaibiyah ketika sehingga masuk Islam. wajah Nabi Ibrahim AS adalah mirip wajahku. Malaikat Jibrail setiap kali rupanya ketika manusia apabila berjumpaku ialah seperti JihyahRA
Ketinggian disiplin Nilai Hadis, jangan sesekali pertikai Hadis Sahih, kerana Allah sentiasa memelihara Hadis kekasihNya RasulullahSAW
Kuliah Ust
Shamsuri Muqaddimah Kitab BahrulMazi 15 Harta Ikut Dajal 4-1-2011
Hadis Sahih
Abu Daud, Dari Madinah ke Damsyik, Kasir bin KaisRA menaiki unta semata-mata merujuk AbuDardakRA untuk kesahihan hadis.
Menurut Abu
Dardak memang benar hadis itu, dari telinga aku sendiri sabda NabiSAW Barang
siapa cari jalan mencari ilmu, Allah memudahkan Jalan Ke Syurga. Sesiapa berikan
masa untuk ilmu, segala makhluk langit dan bumi sentiasa memohon keampunan
Allah pada penuntut ilmu agama.
Sabda
NabiSAW Orang yang berilmu lebih baik dari ilmu sedikit ibadat banyak. Para sahabatku
itu alim ulama mengambil ilmu terus dariku, kemudian pembawa risalah seterusnya dan seterusnya ini adalah pewarisku.
Hadis sahih Abu Daud dari AbuSaid
Al-QudriRA, Sabda NabiSAW orang miskin yang beramal soleh akan masuk syurga 500 tahun lebih
awal dari orang kaya yang soleh.
Subscribe to:
Posts (Atom)