Nota Cinta

Saturday, September 1, 2001

MANDI WAJIB

Pengajian kitab Bahrulmazi syarah Ustaz Shamsuri

BM17 ms94 Orang yang mengira dirinya sebelum matinya. “IKUT HATI MATI”

Orang bijak ialah muhasabah diri.Hasan AtTirmizi, Syaddad b Aus
Tidak bertaqwa apabila tidak mengawal nafsu. Allah tidak mustajabkan doa orang yang makan minum pakainya dari sumber haram. HR AtTirmizi, Omar Al-Khattab ra dan tabi’en Maimun b Mahran.
Sentiasalah ingat mati agar tidak hanyut keseronokan duniawi. HR AtTirmizi Abi Said Al-Qudri ra 

CAHAYA ILLAHI NUR 

Tanda Allah mengasihi seseorang hambaNya ialah hambaNya menumpukan akhirat dan sekiranya Allah memarahi hambaNya maka Allah sibukkan hambaNya mengejar duniawi. Hadis Qudsi
Allah berikan lapang dada atau nur cahaya pada hatinya yang mendapat hidayah. Tanda mereka yang mendapat hidayah ialah hatinya cenderung pada akhirat dan setiap perkara yang dilakukan bertujuan mencari keredhaan Allah. HR At Turmuzi dari Abd Mas’Ud ra.

Di antara tanda kiamat ialah ramai manusia kaya raya dan banyak berlaku jenayah akibat perebutan harta. HR Ibnu Majah

MANDI WAJIB NABI s.a.w.  Hasan Sahih At Turmuzi  Maimunah ra dan A'isyah ra 

Basuh 2 tangan sebelum celup tangan dengan niat tangan jadi cebuk. Niat mandi hadas besar kemudian menggosok basuh kemaluan depan dan belakang. Niat wuduk sebelum berwuduk dengan meratakan air seluruh kulit kepala seterusnya seluruh anggota luar badan tanpa menyentuh kemaluan depan dan belakang.

Mazhab Syafi'e, sah mandi wajib sekiranya niat mandi wajib dan wuduk ketika rendam kolam melebihi 2 kolah. 






No comments:

Post a Comment