Nota Cinta

Wednesday, June 6, 2001

SEJARAH KA'BAH

Hadis Hasan Sahih At Turmuzi A'isyah r ha. 

Ka'bah mengalami perubahan sebanyak 4 kali semenjak pertama kali mula dibina oleh para mala'ikat dengan kedudukan berbetulan dengan BaitulMakmur Arasyh Allah. BaitulMakmur ditawaf oleh 70,000 mala'ikat setiap detik masa. Selepas banjir besar Nabi Nuh as yang menengelamkan dunia, ka'bah telah musnah dan Nabi Ibrahim as dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk meletakkan batu asas bagi membina kembali ka'bah. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, ka'bah mengalami keruntuhan dan ia dibina kembali oleh Quraisyh Mekah. Suku-suku Quraisyh memilih Muhammad saw yang belum menjadi nabi ketika itu berumur 35 tahun untuk membimbing meletakkan hajarul aswad supaya setiap suku tidak bertelagah. Muhammad Al-Amin atau Muhammad yang Amanah menebarkan kain serban baginda dan wakil-wakil puak diminta berkongsi memegang kain tersebut bagi meletakkan kembali hajarul aswad.
Setelah Muhammad bin Abdullah menjadi Rasulullah saw, baginda mendapat wahyu akan bentuk sebenar ka'bah yang dibina Nabi Ibrahim as. Tetapi baginda sendiri tidak berani mengubah ka'bah kembali seperti yang dibina Nabi Ibrahim as kerana khuatir disalah faham oleh penduduk Mekah yang ketika itu ramai baru memeluk Islam. 


Setelah kewafatan Rasulullah saw, Abdullah bin Zubair Al-Awwam meruntuhkan ka'bah untuk membina ka'bah impian Rasulullah saw iaitu bentuk seperti yang dibina Ibrahim as. Perbuatan Ibnu Zubair mengundang kemarahan gabenor Iraq ketika itu iaitu Hajjaj dan berlakulah peristiwa Iraq menyerang Mekah. Ibnu Zubair dihukum bunuh dan ka'bah akhirnya didirikan kembali seperti di zaman Rasulullah saw sebelum baginda menjadi Nabi. 


Bahrulmazi jilid 6 ms 140 Solat dalam Hijr Ismail  solat dibelakang syarah Dato’ Shamsuri Hj Ahmad. 

No comments:

Post a Comment