Nota Cinta

Tuesday, April 14, 2009

Maksud Ilmu yang Dihilangkan

Pengajian Bahrulmazi jilid 19 ust Shamsuri 14-4-09

Riwayat AtTirmizi dari Abdillah bin Amru bin Al-Az sabda NabiSAW di dalam khutbahnya ketika baginda menunaikan haji sekali seumur hidupnya. "Allah tidak angkat ilmu dalam bentuk cabut keluar atau dihilangkan dari dada manusia. Yang dimaksudkan Allah mengambil ilmu dengan mencabut nyawa para alim ulama. Selagi mana terdapat alim yang mengajar, maka tidak akan berlaku kiamat."

Riwayat At Tirmizi dari Abi Dardak radiallahu anhu ketika NabiSAW bersama ramai di kalangan kami sabda NabiSAW sambil merenung jauh ke langit seolah-olah terdapat komunikasi antara baginda dan Allah "sudah sampai masanya Allah mengambil kembali ilmuNya."

Kiamat amat sangat hampir

Muqaddimah sebelum pengajian kitab Bahrulmazi jilid 19 ust Shamsuri 14-4-09

Sunan AtTirmizi dari Abu Musa radiallahu anhu Sabda NabiSAW "Kiamat sangat amat hampir apabila nisbah 1 lelaki 40 perempuan"
Sahih Bukhari dari Aisyah Radiallahu Anha bertanya ketika semua isteri RasulullahSAW berkumpul sabda NabiSAW "Saudahlah merupakan isteri yang mula-mula berjumpaku kerana dia oang yang kuat bersedekah."

Bercakaplah hanya perkara baik

Muqaddimah sebelum pengajian kitab Bahrulmazi jilid 19 ust Shamsuri 14-4-09

Sahih Bukhari dari Adi bin Hakim radiallahu anhu sabda NabiSAW kes samun dan kemiskinan ini masalah kecil kerana menjelang kiamat semua manusia menjadi kaya. Masalahnya apabila hari akhirat nanti, Allah berkomunikasi dengan kita secara terus dengan bertanya kemanakah kamu membelanjakan setiap sen dari harta kamu dan adakah kamu mengetahui ajaran Rasul. Serentak itu setiap seorang manusia dikelilingi api. Jadi pesanku, takutlah dengan azab api neraka itu dan bercakaplah hanya perkara baik kerana ia kebajikan bekalan kamu nanti.

Monday, April 13, 2009

Riwayat periwayat Hadis “Anaz bin Malek Riduanullah Alaihim Ajmain”

gambar hiasan "ibu"
Muqaddimah Al-Waaqi’ah 1-26 Ust Shamsuri 13-04-09 Riwayat Anaz bin MalekRA yang menjadi khadam sukarelawan kepada RasulullahSAW selama 10 tahun. Ibunya Umu Sulaim memeluk Islam dan bapanya mati sebelum memeluk Islam dalam sebuah kes rompakan. Kemudian Umu Sulaim bernikah dengan dengan Abu Talhah dengan syarat mas kahwin Abu Talhah memeluk Islam. Abu Talhah Radiallahu Anhu salah seorang 10 sahabat dijamin syurga merupakan penjual arak atau perahan anggur yang diperam kerana  ketika itu arak belum diharamkan. Apabila turun ayat Al-Quran mengharamkan arak, dengan segera Abu Talhah yang baru memeluk Islam memusnahkan perniagaan araknya. Anaz turut membantu bapa angkatnya memusnahkan segala stok penyimpanan arak. Bumi Madinah digenangi anak sungai arak yang dibuang oleh penduduknya. Sebahagian penduduk amat menyesal kerana sehari sebelum perintah itu mereka terminum arak lalu Allah Maha Mengasihani penduduk Madinah kemudian menurunkan ayat 96 surah Al-Ma’idah mententeramkan para sahabat yang rasa bersalah bahawa mereka yang terminum sebelum turun ayat ini tidak berdosa.
Kenangan Anaz bin Malek selama 10 tahun bersama RasulullahSAW sentiasa di ulangi Anaz dalam siri kuliah ceramahnya kepada anak-anak muridnya. Seorang alim ulama besar yang hebat ini memberitahu RasulullahSAW tidak pernah sekalipun meninggikan suara padanya sepanjang beliau menjadi khadam sukarelawan. Umu Sulaim meminta NabiSAW supaya mendoakan keberkatan dunia akhirat untuk Anaz sahaja. Selepas RasulullahSAW wafat, Anaz bin Malek Radiallahu anhu menjadi seorang yang kaya raya di kalangan hartawan Ansar dan mempunyai anak seramai 120 orang dan beliau mati ketika usianya 100 tahun sewaktu pemerintahan Khalifah Bani Umaiyah.  

Tuesday, April 7, 2009

Menjelangnya Kiamat


Pengajian Bahrulmazi bab 15 fitnah part 3 bertarikh 7April09 ust Shamsuri.

Sahih AtTirmizi dari UdaisahRA sabda NabiSAW berpesan apabila peperangan sesama muslim tidak dapat dielakkan, jangan sesekali membawa senjata tajam atau yang boleh membunuh. Hadis Hassan lagi Sahih AtTirmizi dan Sahih Bukhari Kitabul Ilmi dari Anaz bin MalekRA sabda NabiSAW Menjelang kiamat akan semakin ramai orang alim agama yang mati dan semakin ramai manusia jahil di dunia. Zina berleluasa. Arak dan daun ketum berleluasa. Nisbah 50 perempuan bersamaan 1 lelaki pasti berlaku.

AKIBAT MENYAKITKAN HATI ORANG LAIN @ DI AKHIRAT ALLAH MEMBALAS DENGAN MENZALIMI PENZALIM YANG MENZALIMI ORANG LAIN KETIKA DI DUNIA. SESUNGGUHNYA BALASAN AZAB ALLAH KEPADA PENZALIM AMATLAH PEDIH DAN DASYAT.

Muqaddimah bahrulmazi bab15 fitnah 7/04/09 ust Shamsuri. Sahih Bukhari dari AbiHurairahRA sabda NabiSAW "Allah akan mengambil pahala amalan kebajikan penzalim yang menzalimi orang lain samada melibatkan maruah, sakitkan hati, mengata, mengumpat atau mengambil hak yang dizalimi untuk diberikan kepada mereka yang dizalimi. Dosa orang yang dizalimi ini pula akan diambil untuk diberikan kepada penzalim. Orang yang dizalimi akan masuk syurga dan Orang yang menganiayai orang lain dalam erti kata mengumpat, menyakitkan hati atau menjatuhkan maruah ini kemudian dicampakkan Allah dan dihinakan di Neraka. nauzubillah.

Monday, April 6, 2009

7 Golongan mendapat Payung di Padang mahsyar

Pengajian tafsir Al-Quran Nurul Ihsan surah Yusof ayat 30-38 Ust Shamsuri 6-4-09
Sahih Bukhari, Abu Daud dan Ibnu Majah sabda NabiSAW, 7 golongan di padang mahsyar akan mendapat payung Allah:- 
  1. Pemerintah alim, adil dan tidak tidur lena sehingga rakyatnya tidur lena.
  2. Seorang budak kecil yang taat perintah Allah sehingga akhir hayatnya.
  3. Seorang yang hatinya sentiasa di masjid atau tempat solatnya.
  4. 2 orang bertemu atau berkawan atau bercinta dan berpisah kerana Allah
  5. Seorang yang ikhlas sedekahnya kerana Allah
  6. Seorang pemuda yang menolak godaan perempuan cantik sambil berkata "Aku takut kepada Allah"
  7. Seorang yang mengalirkan air matanya apabila mengenangkan dosa-dosanya.

Ketampanan Nabi Yusof Alaihis Salam

Pengajian tafsir Al-Quran Nurul Ihsan surah Yusof ayat 30-38 Ust Shamsuri 6-4-09 (30)Kisah Zulaikha terpikat Yusof mendapat liputan meluas sehingga seluruh perempuan di bandar Mesir menghina Zulaikha kerana terpikat dengan hamba peliharaannya. (31)Zulaikha menyediakan majlis menjemput para isteri pembesar-pembesar di Mesir yang mencacinya dengan menghidangkan buah-buahan berkulit beserta sebilah pisau setiap pinggan para tetamu. Ketika kesemuanya sedang asyik menjamu selera, Zulaikha memanggil Yusof masuk ke majlis. Para jemputan terpegun dengan ketampanan Yusof yang kelihatan seolah-olah malaikat baru turun ke dunia sehingga masing-masing tidak menyedari telah mengupas jari sendiri. (32)Kini barulah mereka sedar akan peristiwa kegilaan Zulaikha dan mereka menasihati Yusof supaya menuruti segala kehendak Zulaikha selaku isteri pembesar kanan Mesir. (32)Yusof tetap dengan pendirian ketaqwaannya pada Allah dan baginda lebih rela dirinya dipenjara. (33-35)Hukum dunia, walaupun Yusof dibuktikan tidak bersalah tetapi baginda tetap dipenjarakan bagi membersihkan nama isteri kepada pembesar kanan. (36)Yusof dipenjarakan bersama 2 orang pelayan istana iaitu tukang buat minuman dan tukang masak yang dituduh cuba meracuni raja. (37)Di penjara, Yusof memperkenalkan dirinya sebagai seorang yang mempunyai mukjizat tafsir mimpi. (38)Yusof berdakwah kepada mereka tentang agama mentauhidkan Allah sejak dari zaman bapanya Ya'kob, datuknya Ishak dan moyangnya Ibrahim.

NabiSAW benci Pergaduhan sesama Muslim

Muqadimah Nurul Ihsan surah Yusof30-38 Ust Shamsuri 6-4-09.  

Sahih Bukhari dari KaapRA sabda NabiSAW, Sekiranya penghutang dalam kesusahan tidak mampu bayar hutang, kurangkanlah hutang dan sekiranya telah dikurangkan ke tahap kemampuan maka ia wajib dibayar.

Sahih Bukhari dari Omar Al-KhattabRA sabda NabiSAW, Quran diturunkan 7 cara bacaan maka bacalah ikut keselesaan dan kemudahan lidah masing-masing. Jangan disebabkan perbezaan ini menyebabkan saling bertengkar.


Saturday, April 4, 2009

SABILILLAH ialah Niat Jihad semata-mata mencari redha Allah


Muqaddimah Bahrulmazi bab 15 Fitnah 4April09 Ust Shamsuri. Sahih Muttafakun Alai sabda NabiSAW Berjihad kerana kehebatan keberanian atau menjaga status keluarga atau membalas dendam atau mencari kebendaan dunia tidak akan mendapat apa-apa dari Allah.