Nota Cinta

Tuesday, January 20, 2009

Cara Rasulullah SAW hormat Warga Tua dan Kasih Kanak-Kanak

masjid Nabawi Madinah bandar Rasulullah SAW
Pengajian kitab Bahrulmazi syarahan Ust Shamsuri bab 13 topik Menghormati Orang Tua dan Hubungan Silaturahim part 1 of 7 tarikh kuliah 20 Januari 2009.
Sunan At-Tirmizi dari Anaz bin MalekRA, Nabi SAW menegur qariah Masjid ketika sedang menjadi katib membaca khutbah supaya qariah yang ditegur bangun solat sunat tahyatul masjid bukan tujuan memalukannya di khalayak ramai. Baginda juga menegur para jemaah memberi laluan pada orang tua yang sedang masuk ke masjid ketika dalam khutbahnya kemudian menyambung khutbah dengan bersabda sesiapa yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihi kanak-kanak maka dia bukan kalangan umatku. Rasulullah SAW kebiasaannya mengusap kepala, gosok lembut belakang sambil berbual mesra bertujuan menyukakan hatinya dengan topik yang mengambil berat. Baginda menimang dan meribakan kanak-kanak kecil seolah-olah seperti anaknya sendiri. Sahih AtTirmizi dari Amru bin SyuaibRA dari bapa dari neneknya. Sekiranya datang orang tua, Rasulullah SAW bangun berdiri hormat, menyambut dan mengucup tangannya. NabiSAW mendahulukan tempat duduk orang tua dan meminta izin bercakap terlebih dahulu. Sahih AtTirmizi dari Ibni Abbas RA, sabda NabiSAW mereka bukan kalangan muslim sekiranya tidak kasihkan kanak-kanak, tidak hormat orang tua dan tidak menegah mungkar di depan mata. Dari Imam Ghazali dari kesimpulan hadis kitab Ihya'. Setiap kali Rasulullah SAW balik dari musafir, baginda mengembirakan kanak-kanak dengan mendukung disamping meletakkan atas unta. Baginda menyuruh sahabat-sahabat lain membawa sebahagian kanak-kanak menaiki unta. Kanak-kanak yang menaiki unta Rasulullah SAW merasa bangga berbanding yang naik unta para sahabat. Ramai para sahabat membawa anak-anak mereka memohon keberkatan dari Rasulullah SAW sehingga NabiSAW membiarkan ada kanak-kanak kencing di atas ribanya. Sahih Muslim dari AisyahRA, NabiSAW suka berlumba lari sesama mereka berdua dan mandi junub bersama dalam bilik air.    

Monday, January 19, 2009

Pemerintah Soleh

Pemerintah soleh sentiasa zikrullah
AnNisa 56-63 UsShamsuri 19/1/09/ AnNisa59 Kita perlu taat kepada pemerintah selagi mana pemerintah itu taat perintah Allah dan Rasul. Kita boleh menyanggahi pemerintah sekiranya sebaliknya. Sekiranya bersilih pendapat, rujuk pendapat yang kembali kepada Allah dan Rasul. Sahih Muslim dari Abu Hurairah RA sabda NabiSAW apabila selepas kewafatanku, taatlah pemerintah selagi mana mereka menurut kebenaran. 

Wednesday, January 7, 2009

Surah Ar Rahman

Setiap ciptaan makhluk Allah ada kegunaannya
Tafsier ArRahman UsShamsuri berdasarkan kitab Nurul Ihsan 7-1-09, 9-2-09 & 9-3-09. 

Sahih AtTirmizi dari Nukhala Al AsbiRA sabda NabiSAW “Kebanyakan orang kaya sikit amal melainkan dia dipilih Allah kerana sifatnya pemurah dan dermawan kepada mereka yang memerlukan.” Sedekah jariah seperti selagi mana kipas yang dipasangnya di surau itu digunakan selagi itu pahalanya berjalan. Selagi mana ilmu yang menyebabkan hidayah mereka itu membuat kebaikan selagi itu pahalanya berjalan. 



(Ar Rahman 55:1-4) Allah mengajar manusia rahsia langit dan bumi melalui nikmat Al-Quran supaya manusia dapat berkomunikasi disamping mengenali siapa dirinya dan siapa Penciptanya. 
(5-6) Allah ciptakan sistem dan menundukkan semua makhluk termasuk matahari, pohon kayu-kayan supaya dapat dimanfaatkan manusia. 
(7-9) Diciptakan sistem 7 lapisan langit dan 1 lapisan bumi menurut syariat Al-Quran menerusi huraian Hadis RasulNya supaya manusia tidak melanggar dan melampaui batas peraturan. Hukuman dalam Al-Quran itu adil dan setimpal tanpa perlu dipersoal 
(10-13) Setiap ciptaan itu tidak sia-sia dan banyak nikmat serta kegunaannya. 
(ArRahman 55:14-15) Dijadikan Adam/Manusia dari tanah basah yang dibakar api menjadi kering dan terbahagi 4 unsur iaitu Tanah, Air, Api dan Angin. Unsur tubuh daripada tanah, unsur roh dan akal daripada air, unsur marah dan berani daripada api dan unsur pergerakan dari angin. Manakala jin dari percikan api tetapi syaitan dari api. 
(16-22)Allah bertanya sebanyak 31x dalam surah ini kenapa masih mendustakan nikmatNya? sedangkan Allah menciptakan 2 musim iaitu panas dan sejuk, pertemuan dan sempadan air tawar dan masin serta dikeluarkan mutiara sebagai tanda nikmat kebesaranNya. 
(23-27)Allah menundukkan kenderaan menurut kehendak manusia. NabiSAW mengakhiri amalan doa naik kenderaan dengan senyum ke langit. "Subhanallazi sakhralana haza wamakunnalahu mukhrinin". Semua ciptaanNya termasuk kenderaan harta benda akan binasa kecuali Allah. 
(28-33)Doa minta Ampun pada Allah yang paling utama dan Allah Maha Melihat setiap perilaku makhlukNya. Tiada daya setiap makhlukNya mampu lari dari KekuasaanNya. 
(34-41) Apabila api menambat penghuni Mahsyar yang bangun dari kubur, kesemua mereka berkumpul. Kemudian para malaikat pengawal muncul selepas langit menjadi merah. Anggota badan jin dan manusia menjadi saksi dan mulut kesemua mereka dikunci. Mereka yang kafir dan kufur mempunyai tanda tidak beriman. 
(42-45)Inilah balasan azab seksa yang amat dasyat sehingga tidak dapat ditanggung oleh mana-mana makhluk ciptaan Allah.  
(ArRahman 55:46-61)Allah hanya meminta manusia takut kepadaNya ketika di dunia kerana 2 taman syurga untuk penghuni syurga itu terdapat segala jenis pokok-pokok, buah-buahan yang ada atau tiada di dunia tetapi ada di syurga disamping dilayani bidadari dan wildan(khadam lelaki) yang sedia memberi khidmat. Kemasan permaidani syurga itu diperbuat dari sutera halus dan tenggelam lembut apabila dipijak. Penghuni syurga dapat memetik buah-buahan sambil baring di atas permaidani. Bidadari penghuni syurga menumpukan sepenuh perhatiannya dengan sehabis baik layanan. 
(62)Selain 2 syurga itu ada 2 syurga lagi nikmat untuk penghuni syurga yang infiniti iaitu Keredhaan Allah.
(63-77) Allah memperkenankan permintaan penghuni syurga sekiranya penghuni syurga inginkan isterinya ketika di dunia menemaninya. Keindahan syurga dihiasi dengan para isteri solehah yang jauh lebih cantik dari paras bidadari dan mereka ini sentiasa memberi penghormatan pada ahli syurga.        

Nota:7 lapisan bumi itu pembohong kata Ust Shamsuri. 

Tuesday, January 6, 2009

Bergaduh sesama Islam menyebabkan kafir

BM15 Fitnah 6Jan09 Ust Shamsuri. Himpunan Hadis Sahih menceritakan Negeri Syam zaman Rasulullah SAW adalah himpunan Syria, Jordan, Palestin dan Lebanon yang kini telah dipecahkan menjadi 4 Negara. Sahih membuktikan Allah memilih Syam untuk munculnya Imam Mahdi. Hassan lagi Sahih AtTirmizi dari Ibnu Omar, Abdillah bin Hawanah, Zaid bin Sabit dan lain-lain, Sabda NabiSAW "Sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang saudara Islam yang lain, maka orang Arab atau seagama Islam itu sendiri adalah hina dan bukan Islam! Walaupun Syam ini mulia tetapi sekiranya kamu orang Arab ini tidak menolong saudara seagama Islam maka kamu wahai orang Arab bukan mulia! Tetapi akan ada satu puak dari ramai umatku yang akan sentiasa dijaga Allah dan mendapat pertolongan Allah sehingga berdiri Kiamat bahawa puak ini sentiasa menang dan sentiasa maju."

Sahih Muslim dan Sahih dari Muhammad bin Ismail dari perkampungan Bukhari atau Imam Al Bukhari, Sabda NabiSAW "Mereka yang dijanjikan menang olehku ialah As habul Hadiz iaitu mereka yang setia pada Hadisku." Dari Ibnu AbbasRA pesan NabiSAW dalam khutbah jemaah haji di Mekah " Haram berkelahi sesama muslim kerana ia menyebabkan murtad."

Monday, January 5, 2009

72 puak muslim ke neraka hanya 1 puak muslim ke syurga

Pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 2 surah Hud ayat 114 ms231 bab Solat 5 waktu  Ustaz Shamsuri 5-01-09. Sahih Muslim sabda NabiSAW Turun ayat (Hud 114)merujuk peristiwa seorang pemuda yang hampir berzina dan seterusnya untuk seluruh umat Islam sehingga akhir zaman bahawa Allah akan menghapuskan dosa kecil melalui amalan kebaikan. (Hud 115)Sabar merangkumi ujian beribadah, kemewahan, kemiskinan, kedudukan dan dugaan kehidupan. (Hud 116)Allah merasa kesal sepatutnya orang yang Aku beri kuasa, ilmu , wang, harta dan pangkat melaksanakannya ke jalanKu sebaliknya mereka kejar dunia. Mereka menzalimi diri sendiri kerana tenggelam dengan keseronokan sedangkan mereka tidak sedar mereka golongan berdosa. (Hud 117)Balasan azab kepada mana-mana negara akibat dosa mereka.(Hud 118)Sedangkan Aku boleh jadikan seluruh manusia di dunia beragama Islam tetapi Aku tidak buat begitu kerana telahKu beri pilihan melalui anugerah akal fikiran. (Hud 119)Sabda NabiSAW "Yahudi berpecah 71 puak. Nasrani berpecah 72 puak, Islam berpecah 73 puak dan dalam kalangan setiap agama hanya 1 puak dari tiap agama yang masuk syurga iaitu mereka yang benar-benar dengan agama samawi yang tidak meminda agama Allah. Bagi Islam, muslim yang beramal dengan jalanKu dan jalan para sahabatKu iaitu Al-Quran dan Hadis akan masuk syurga dan muslim yang lain masuk neraka melainkan mereka yang dikasihi Allah dengan jalan lurus agama Islam sebenar. Aku bersumpah dengan namaku sendiri Allah! akan penuhi nerakaKu dikalangan jin dan manusia. (Hud 120)Quran berita sebenar sebagai peringatan untuk yang beriman. (Hud 121)Yang tidak beriman, kejarlah dunia, akhirat nanti sama-sama kita lihat (Hud 122)Di akhirat akan terbukti siapa yang mendapat balasan bahagia dan siapa yang mendapat balasan celaka (123)Allah mengetahui segalanya.

Solat 5 waktu, Allah padam dosanya dan diteduhkan di Padang Mahsyar

Muqaddimah sebelum kuliah tafsir Al-Quran kitab Nurul Ihsan jilid 2 surah Hud ayat 114 Ustaz Shamsuri 5-01-09. Sahih Muslim dari Abi Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW "Istiqamah tidak terlepas menunaikan solat 5 waktu setiap hari, Allah akan memadam segala dosanya." Riwayat Imam Ahmad sabda NabiSAW setiap muslim yang solat sunat 2 rakaat selepas buat dosa, Allah ampunkan dosanya. Tafsir ibnu Qasir, sabda NabiSAW sambil mengambil ranting yang luruh dedaun kering. "begitulah wuduk menggugurkan dosa."Sahih Muslim sabda NabiSAW, "Istiqamah solat 5 waktu antara Jumaat ke Jumaat dan antara Ramadhan ke Ramadhan dapat mengkifaratkan dosanya." Sabda NabiSAW mereka yang hatinya sentiasa rindukan solat 5 waktu dari waktu ke waktu solat merupakan salah satu golongan yang akan mendapat tempat teduh di padang mahsyar." Sahih Imam Ahmad sabda NabiSAW, minta ampun kepada orang yang dizaliminya akan dikifaratkan dosa terhadap oang yang dizalimi tersebut."