AKAN BERLAKU PERTUMPAHAN DARAH DI KALANGAN UMATKU
25-01-05 Sahih Muslim dari Amir bin Saad Abi Waqas ra. Allah
meluluskan 2 doaku iaitu tidak ditimpakan banjir ke atas umatku seperti zaman
Nabi Nuh as dan kemarau panjang yang menghabiskan seluruh umatku seperti
kemarau zaman Nabi Yusof as. Allah tidak meluluskan permohonan doaku yang lagi
1 iaitu akan berlaku pertumpahan darah sesama umatku.
3 GOLONGAN SUKAR KE SYURGA
Pengajian Kitab
Muhimmah 3 golongan sukar ke syurga 1) menyakiti hati ibubapa 2) dayus membiarkan isterinya buat maksiat
dan 3) menyeru jalan maksiat
18 GOLONGAN DIMURKAI ALLAH KERANA DOSA BESAR (TAUBAT NASUHA)
- Pembunuh tanpa sebab
- Bomoh syirik
- Pengukir patung
- Pemabuk arak, daun ketum, dadah dan segala yang memabukkan
- Penzina
- Saksi tipu
- Terlibat sihir
- Ramalan ghaib
- Batu api
- Penuduh fitnah
- Pengumpat
- Pemeras ugut selain pemerintah yang memungut cukai
- Peniaga yang menipu dan makan riba
- Benci salah seorang sahabat Nabi saw.
- Bergaya bertujuan sombong
- Judi dan pertaruhan
- Pemuzik gendang
- Pemuzik biola dan serunai (Hadis 17 & 18 merupakan hadis daif tidak boleh berhujah dan kalau boleh dijauhkan kecuali mendekatkan diri kepada mengingati Allah)
Sahih Bukhari Muslim sabda
Nabi saw. Yang paling dasyat azab seksaan akhirat dikenakan kepada yang meniru
ciptaan Allah. Pengukir patung akan di suruh Allah memberi nyawa kepada patung
yang dibuat.
BERSIHKAN TEMPAT SOLAT
22-03-05 Sahih Muttafakun Alai dari Anaz bin Malek ra. Nabi
saw marah apabila tempat sujud solat didapati kotor seperti terdapat hingus dan
ludah. Nabi saw pernah menyuruh sahabat keluar membasuh mulut yang busuk
sebelum kembali ke masjid. Sabda Nabi saw. Antara kiblat dan solat dihadapan
itu Allah. Jangan meludah sisa makanan di dalam mulut mengarah kiblat melainkan
sebelah kiri yang tiada makmum.
NABI SAW MARAH YANG LUAR BIASA KERANA PEMIMPIN MEMBERATKAN
MAKMUM
Sahih Muttafakun Alai dari
Abi Mas’Ud ra yang tidak pernah melihat Rasulullah saw teramat marah tentang
kes memberatkan makmum, sabda Nabi saw. Sebahagian dari kita ada sikap buruk
yang menyebabkan orang benci dan lari dari agama Islam. Siapa yang menjadi imam
solat maka hendaklah ringkaskan solatnya kerana ada makmum yang uzur,
kanak-kanak yang tidak tahan lama dan ada yang mempunyai urusan segera.
SALURAN SYAHWAT YANG HALAL ANUGERAH PAHALA
Muhimmah ms 24 faedah
kahwin 1)Saluran halal menyalurkan syahwat. Nabi saw sebagai kapasiti
manusia biasa pernah diransang syahwat apabila terlihat wanita muda dan
kemudian bergegas pulang mendapatkan isterinya Zainab ra untuk melepaskan
hajat. Ibnu Abbas ra “Sebaik-baik orang ialah
yang ramai isteri. “ Imam Al-Ghazali.
“Sekiranya ingin syahwat maka wajib baginya berkahwin”.
RAJA SULAIMAN MENDAPAT ANAK CACAT APABILA TIDAK MENYEBUT
INSYA’ALLAH
Sahih Muslim sabda Nabi saw.
Raja Nabi Sulaiman as pernah bersetubuh sehingga 70 isterinya demi melahirkan
pejuang fisabillah. Malaikat yang menjadi sahabat Nabi Sulaiman as menasihati
baginda agar katakanlah Insya’allah sebelum menyebut ayat setiap keinginan.
Akibat tidak menyebut Insya’allah. 70 isterinya yang ditidurinya melahirkan
anak cacat.
SEJAHAT-JAHAT MUSLIM TETAPI TIDAK DAPAT
MENOLAK
KEPERCAYAANNYA PADA ALLAH
24-05-05 Sahih Bukhari dari Jabir bin Abdillah ra. Anak kepada
Abdullah bin Ubai bin Salul iaitu Abdullah bin Abdullah bin Ubai bin Salul
merayu kepada Rasulullah saw supaya memakaikan kain jenazah dari jubah yang
dipakai kena kulit Rasulullah. Mengenangkan
jasa Abdullah bin Ubai bin Salul pada bapa saudaranya Abbas ra, Nabi saw pun
memperkenankan permohonan anak Abdullah bin Ubai bin Salul. Kata Abu Hurairah
ra, Nabi saw memakai 2 helai jubah ketika itu.
AZAB HIMPIT KUBUR
Sahih Bukhari Selepas nabi
saw tidur dengan sekujur tubuh baginda di dalam liang kubur, baginda kemudian
naik kembali sambil bersabda. “Mudah-mudahan Allah menyelamatkan Fatimah bt Asad isteri kepada
Abu Talib ini dari azab himpit kubur.”
AZAB KUBUR TIDAK JAGA KENCING
Sahih Bukhari dari Ibnu
Abbas ra sabda Nabi saw. Kedua-dua penghuni kubur ini sedang diazab. Mereka
yang sedang diseksa keras ini menganggap perkara kecil itu dosa biasa seperti tidak
menyembunyikan diri ketika kencing. Dan ada
kencingnya kena kain ketika dibawa bersolat. Seorang
lagi berbual berita tidak benar disamping melagakan orang lain supaya tidak
suka kepada seseorang. Kubur ini adalah permulaan alam akhirat. Mudah-mudahan
Allah meringankan azab kepada penghuni kubur ini selagi pelepah kurma yang aku cacak
ini basah.
MEMPERTAHANKAN KEHARMONIAN RUMAHTANGGA
Pengajian Muhimmah ms
26 faedah kahwin Manusia sekiranya berakal akan: 1)Sentiasa berdoa kebaikan dari Allah, 2)Menghitung
dosa pahala diri 3)Beri ruang menikmati keseronokan yang tidak melanggar
syarak. 4)Keseronokan berkongsi hidup.
5)Memerangi nafsu melainkan hak wajib isteri 6)Mempelajari menangani dan mentarbiahkan
anak isteri.
Dari saidina Abdullah bin Al-Ahbad
sabda Nabi saw. Bapa yang menjaga suruhan agama. Sehari sama ibadah
selama 70 tahun. Menjaga anak isteri seperti berperang fisabilillah. Berbelanja
anak isteri lebih besar dari berbelanja perang sabilillah.
“Bapa pukul ini kerana kesilapan
anak melanggari arahan bapa dan peraturan agama Islam. Bizmillah dan pukul
selain muka.” Jangan cakap sesuatu yang buruk
4 PERKARA manusia tidak dapat lari dan perlu tangani dengan:
1)mensyukuri NIKMAT, 3) sabar dengan UJIAN, 3) TAAT perintah Allah itu anugerah
Allah & 4) hindari suka buat MAKSIAT.
Sabda Nabi saw Siapa yang bagus
solatnya, ramai anaknya, sedikit hartanya serta tidak mengumpat, nescaya dia di
syurga bersamaku. Sekiranya hambaNya mempunyai dosa kesilapan lampau maka akan
diuji dengan dukacita sebab keluarganya. Sabar dengan ujian tersebut, Allah batalkan
dosanya yang lampau.
ANUGERAH PAHALA JAUH LEBIH BAIK DARI KAYA DUIT RINGGIT
26-07-05 Al-Qasas 79-80 Firman Allah Apabila ramai melihat
Qarun sepupu Nabi Musa as berkata ya Tuhan, Alangkah baiknya kalau aku kaya
seperti Qarun. Kemudian ditegur oleh para ilmuan, sesungguhnya anugerah pahala
di sisi Allah itu jauh lebih baik dari kaya seperti Qarun. IMAN dan AMAL SOLEH adalah segala-galanya
hidup di dunia.
KEBULURAN SEMASA PERSEDIAAN PERANG KHANDAK
Sahih Muttafakun Alai dari
Jabir ra. Ketika persediaan perang Khandak penduduk Madinah dilanda kebuluran
selama 3 hari. Nabi saw sendiri mengorek parit bersama para sahabat. Ketika
baginda bangun untuk memecahkan batu besar yang menghalang kerja penggalian. Beberapa
sahabat ternampak sendalan batu pada perut baginda Rasulullah saw yang
kelaparan. Setelah meminta izin, Jabir segera pulang ke rumah menyiapkan saki
baki makanan yang ada untuk menjamu baginda. Setelah siap, dia kembali untuk mengajak
Rasulullah saw makan di rumahnya. Baginda
menyuruh Jabir bersedia di rumahnya sambil mengajak 3000 Ansar dan Muhajirin ke
rumah Jabir untuk menjamu selera. Jabir mati akal kerana makanan tersebut cukup
sekadar 2-3 orang. Dengan keberkatan Allah, Nabi saw melakukan pembahagian
makanan sehingga kesemuanya kenyang dan lebihan tersebut dibahagi kepada
jiran-jiran yang kebuluran.
CIRI-CIRI BAKAL ISTERI
Muhimmah ms 29 ciri-ciri
sunat wanita bakal dikahwini menurut hadis
1)Beragama & Takut Allah. 2)Cantik pada pandangan bakal suami
sesuai dengan paras suami supaya suami tidak liar mata disamping beragama
supaya menjaga kehormatan dirinya. Pilihlah yang beragama dan takut Allah
kerana cantik dan harta tiada agama boleh merosakkan bakal suami.
Elakkan : 1)Al-annanah – Banyak mengeluh dan merungut 2)Al-mannanah
–Suka Mengungkit 3)Al-hannanah- Mencitakan lelaki lain 4)Al-haddaqah – Memberatkan suami untuk
membeli sesuatu yang diberkenannya. 5)Al-baraqqah – Suka bersiap diri untuk
tarikan pandangan umum 6)Al-Salaqah- Suka bercakap dan berleter
KELEPASAN DOSA & NERAKA
27-09-05 HR AtTirmizi dari Uqbah bin Amir ra sabda Nabi saw.
Kelepasan pertama dari dosa neraka itu ialah menjaga lidah kerana lidah boleh
menyebabkan sakit hati, marah, hilang akal, bergaduh, bunuh, bermusuh, rosak
masyarakat dan binasa negara.
Kelepasan kedua ialah rumah yang luas kerana rumah sempit
punca anak tidak selesa di rumah dan mengambil jalan keluar untuk bebas
sehingga rosak akhlak.
Kelepasan ketiga ialah menangis menyesali kesilapannya dari
mengulangi kesilapan tersebut. Hati-hati jangan terlampau banyak silap kerana
ia akan sarat dengan dosa.
SIFAT BAKAL ISTERI SOLEHAH
Muhimmah ms31 sifat-sifat
sunat wanita bakal dikahwini menurut hadis
Himpunan Hadis Isteri
Solehah boleh menjadi penasihat agama Islam dalam rumah tangga dan antara
sifatnya:
- Sombong pada lelaki umum selain dari suaminya
- Kecantikan disertai takut Allah
- Muka bersifat keibuan
- Mas kahwin rendah itu wanita yang baik dan lagi cepat kahwin lagi baik dengan menyegerakan dapat anak. Mas kahwin Rasulullah saw ialah satu penggiling tepung, satu tempayan dan satu bantal. Mas kahwin sahabat ialah sebutir emas sebesar biji buah kurma
- Pilih perempuan adik beradik ramai
- Sunat memilih anak dara.
- Keturunan yang baik dari segi latar belakang beragama seperti anak cucu orang soleh dan orang alim.
- Jangan kahwini jalur keluarga terdekat kerana anak menjadi lemah tubuhnya.
- Ibubapa wajib memilih suami yang tidak jahat perangai atau jahat rupa parasnya disamping tidak jahil agama. Memberi anaknya kahwin semata-mata kaya, berharta, pangkat besar walaupun tahu bakal suami anaknya jahat maka ia seperti memutuskan silaturahim. Ibubapa anak perempuan tersebut mengharamkan dirinya masuk syurga. Kata ulama, pilihlah menantu lelaki yang takutkan Allah.
POLIGAMI
Berlaku adil semua aspek dalam keadaan zahir atau batin
walaupun hati lebih berat kepada satu pihak lain seperti Rasulullah saw.
Baginda berkahwin ramai isteri atas dakwah islamiah perintah Allah walaupun
hatinya berat cinta kepada Aisyah dan Khadijah.
Tidak adil Poligami.
HR AtTirmizi dan Hakim sabda Nabi saw. Tidak
adil dalam poligami akan didatangkan hari kiamat dibangkitkan dalam keadaan
bahu tubuh badan jasadnya yang gugur.
DERHAKA SUAMI SEKALIGUS DERHAKA ALLAH WALAUPUN SEKETIKA
Gugur giliran
- Derhaka suami atau menyakitkan hati suami.
- Keluar rumah tidak minta izin
- Tutup pintu tidak memberikan suami masuk. Allah SWT perintahkan Nabi saw menceraikan salah seorang isterinya yang tidak membenarkan baginda masuk rumah.
- Tidak mahu bersetubuh walaupun dalam keadaan bukan uzur.
- Menyibukkan diri apabila suami meminta.
HR Ahmad & Tabarani.
Sabda Nabi saw. Diharamkan tidak bertutur sesama muslim lebih dari 3 hari.
Makna Darurat
ialah sekiranya tidak buat boleh menyebabkan kematian.