Nota Cinta

Tuesday, August 16, 2005

Surah Saba YANG BAIK DARI ALLAH, YANG BURUK DARI HAMBA ALLAH



16-08-05 surah Saba diturunkan dari Mekah atau Maqiah 1-14 tafsir Nurul Ihsan jilid 3 ms 275 syarah Ust Shamsuri

MENGUMPAT

HR Abu Daud dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw ketika peristiwa di Sidratul Muntaha. Mereka yang mencakar diri dengan kuku tembaga itu ketika di dunia suka mengata, mengumpat dan mengaibkan orang lain.
Firman Allah Al-Hujarat ayat 12 Mengumpat itu makan mayat rakan sendiri

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Mengumpat ialah menceritakan keburukan orang lain. Fitnah pula mengatakan benda yang belum tentu benar. 

HR Abu Daud & AtTirmizi dari Aisyah ra sabda Nabi saw. Satu kalimah mengumpat boleh menyebabkan busuk seluruh lautan. Memanjangkan aib orang itu menzalimi diri sendiri. 


KAUM SABA

Kaum Saba merupakan salah satu kabilah Arab di negeri Yaman dan mereka berjaya membina empangan Ma’rif di mana kawasan sekitarnya makmur dan subur serta membawa keuntungan besar. Kemakmuran dan kesenangan yang membawa lupa kepada Allah itu lumrah ujian pada manusia. 

ALLAH TAHU SEMUA LINTASAN HATI SERENTAK MANUSIA SATU DUNIA

(34:1)Semua isi alam semesta milik Allah 2)Allah Maha Mengetahui serentak semua isi lintasan hati manusia di dunia dalam 1 masa 3)Sekiranya manusia yakin azab kubur, manusia tidak buat jahat  4)Allah memakbulkan permintaan hamba yang benar-benar taat perintahNya. 5)Azab bersangatan sakit kepada yang tidak percaya ayat Quran dan Hadis. 6)Sebahagian ulama kitab Taurat seperti Abdullah bin Salam dan rakan-rakannya yang memeluk Islam itu beroleh kejayaan. 7-8)Allah sangat murka apabila mereka mengejek kekasihNya iaitu Nabi Muhammad saw. 9)Apakah manusia tidak berfikir akan tanda kebesaran Allah? Kalau Kami mahu, Kami runtuhkan langit hempap ke atas manusia! AYAT AMARAN ALLAH UNTUK SEMUA MANUSIA PENDUDUK BUMI 


NABI DAUD AS

10)Nabi Daud as dipilih menjadi Nabi itu anugerah dari Kami. Kami turunkan kitab zabur sebagai penghormatan kepada Daud as. Allah memerintah kepada gunung-ganang bukit-bukau dan burung-burung, supaya berzikir sekiranya Nabi Allah Daud as berzikir memuji Allah. Nabi Allah Daud itu melenturkan besi seperti mana manusia memintal benang. 

11)Allah anugerahkan Nabi Daud as kepakaran membuat baju besi dan diperintahkan Daud supaya taat kepada perintah Allah. Allah Maha Melihat semua makhluk ciptaanNya termasuk manusia setiap detik setiap saat. 

NABI SULAIMAN AS

12)Allah tundukkan angin sebagai kemudahan pergerakan perjalanan Nabi Allah Sulaiman as. Kami anugerahkan dari perut bumi keluar tembaga cair untuk dibentuk pelbagai benda oleh Nabi Sulaiman as. Kami jadikan jin sebagai taat akan perintah Nabi Sulaiman as. Sekiranya ada jin yang bantah arahan Sulaiman maka mereka diseksa oleh malaikat. 

13)Di antara arahan Nabi Sulaiman ialah pembinaan-pembinaan gergasi seperti bangunan, kawah, periuk, pinggan, patung-patungan dan gambar para anbia menurut syariat Nabi Sulaiman as pada zaman itu. Bersyukurlah keluarga Sulaiman dan Daud atas anugerah nikmat Allah ini. 

14)Setelah Kami mematikan Nabi Sulaiman wafat dalam keadaan berdiri memegang tongkat.  Para Jin baru tersedar akan kewaafatan Sulaiman setelah baginda tongkat habis dimakan anai-anai. 

20-09-05 surah Saba diturunkan dari Mekah atau Maqiah 15-26 tafsir Nurul Ihsan jilid 3 ms 279 syarah Ust Shamsuri

HR AtTirmizi. Seorang mukmin kaya memberitahu kawan baiknya seorang mukmin miskin di syurga akan betapa sengsaranya ketika di tahanan padang mahsyar kerana setiap harta dihitung maka sebab itulah dia sangat terlewat masuk syurga. 

(34:15)Negeri Saba yang didalamnya ada Baitulmaqdiz ini adalah negeri subur yang tiada serangga perosak. Sayangnya penduduknya menolak Nabi Sulaiman as. Empangan Ma’rif kebanggaan mereka dipecahkan Allah menerusi gigitan tikus pada sistem empangan. Mereka menyifatkan itu masalah teknikal.  16)Kami tukar kebun manis menjadi pahit  

17)Demikian balasan pada manusia kufur 18)Kami pernah jadikan nikmat sistem perhubungan Negeri Saba dengan memudahkan mempercepatkan laluan antara Yaman dan Syam 19)Sayangnya mereka tidak bersyukur malah sombong dengan meminta supaya dibatalkan kemudahan tersebut 20)Mereka inilah tertipu dengan hasutan Iblis 

21)Allah sentiasa melihat niat hati manusia setiap detik setiap saat 22)Wahai Muhammad, ikhtibarkan kisah Sulaiman ini kepada para penyembah selainKu itu. 23)Manusia tidak tahan derita sengsara padang mahsyar dan masing-masing mengharapkan syafaat yang belum pasti 24)Allah bertanya siapa benar siapa sesat? 25)Memilih kafir atau ingkar perintah Allah itu pilihan sendiri 26)Itulah tanda manusia menzalimi diri mereka sendiri 

21-02-06 surah Saba diturunkan dari Mekah atau Maqiah 40-54 tafsir Nurul Ihsan jilid 3 ms 285 syarah Ust Shamsuri
JENAZAH YANG SELAMAT

Sahih Muslim dari Abi Qatadah ra sabda Nabi saw. Yang beriman, mati lega dari kesusahan dunia manakala sekiranya yang mati itu jahat, maka lega bagi orang lain.
Sahih Muslim dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw. Sekiranya 40 orang yang solat jenazah itu berakhlak baik dan memahami apa yang dibaca dalam solat jenazahnya. Jenazah tersebut akan peroleh syafaat hari akhirat.
Sahih Muslim dari Aus bin Malek ra, bacaan solat jenazah Nabi saw.
Allah hummagfirlahu Warhamhu Wa'afihi Waghfu'anhu.  Ya Allah, Ampunilah Rahmatilah Lindungilah Maafkanlah dia.

Firman Allah melalui sabda Nabi saw.
(34:40-41) Para malaikat, Nabi Isa as dan benda-benda yang disembah menjawab pertanyaan Allah, "Maha Suci Allah, kami tidak minta mereka sembah kami, Kristian itu sebenarnya sembah jin syaitan yang berjaya menyesatkan mereka."
42) Para paderi Kristian yang menolak Muhammad wajib kekal neraka.
43-44) Kafir mengatakan Quran itu rekaan Muhammad. Hakikatnya, mereka telah membuat pindaan Injil dengan campuran adat budaya. 45) Umat terdahulu yang gagah perkasa mudah Kami musnahkan, inikan pula kaum yang amat biasa.
46) Beritahu mereka wahai Muhammad, jangan mengikut perasaan, tenangkan hati dan fikirkan akan akhlak dan peribadi Nabi Muhammad saw. 
47) Rasulullah saw dakwah atas ikhlas tanpa upah.
48) Allah saja Mengetahui segalanya bukan manusia.
49) Mekah terselamat dari unsur kekafiran.
50) Sabda Nabi saw."yang tidak baik itu dariku dan semua yang baik itu dari Allah."
51) Sengsara mahsyar itu sangat tidak tertahan.
52) Akhirat bukan tempat beramal tetapi tempat penerima balasan.
53-54) Sayangnya, semasa di dunia, ingkar Quran dan Rasul. Keinginan kembali ke dunia untuk beramal bertaubat itu tiada lagi sampai bila-bila tanpa batasan masa.









Tuesday, August 9, 2005

Jenazah 2004/2005 Ustaz Shamsuri



JENAZAH 2004/2005 terjemahan kitab Mazhab Syafi’e Bahrulmazi bab 7 oleh Ustaz Shamsuri

Wasiat

13-01-04 Sahih Muslim Bukhari AtTirmizi  dari Ibnu Omar Al-Khattab Radiallahu Anhu sabda NabiSAW disunatkan segerakan wasiat dalam keadaan sihat dan dikemaskini mengikut kesesuaian dari masa ke semasa.

Hasan AtTirmizi dari Saad Abi Waqaz sabda NabiSAW. wasiatkan sekadar 1/10 untuk sabilillah dan selebihnya menjadi pusaka walaupun anak-anak kategori orang kaya. Sekiranya tetap mahu jumlah yang banyak maka diinfakkan tidak melebihi 1/3.

12-07-05 Sahih Muttafakun Alai sabda NabiSAW. “Demi Allah, Aku tidak takut kalau kamu semua jadi fakir miskin tetapi aku takut apabila kamu diuji kemewahan seperti umat terdahulu, akhirnya mereka mengejar dunia sehingga dibinasakan Allah.” Sahih Muttafakun Alai sabda NabiSAW. “Aku paling takut di ketika Allah buka keindahan hiasan dunia kepada umat akhir zaman.”

Hari ini duit segala-galanya, orang Islam sendiri tidak takut rasuah, maksiat dan disebabkan banyak duit, dia dimuliakan. Allah berfirman inilah saat kemusnahan manusia bukan sahaja di dunia, di akhirat lebih teruk bagi mereka.

10-02-04 Ketika nazak

Sahih Bukhari dari AisyahRA ketika sakarat RasulullahSAW sebelum wafat, sabda NabiSAW sesungguhnya sakarat itu mabuk kesakitan sebelum kematian dan ketika itu ucapkanlah kalimah “La ila ha illallah.”

10-05-05 Sahih Muttafakun Alai sabda NabiSAW, ucapan “La ila ha illallah Muhammadur rasulullah” yang diredhai Allah diharamkan neraka ke atasnya dan kita dihidupkan oleh Allah disuruh berdakwah bukan menghukum.

Sahih Bukhari dari Usamah bin Zaid bin Harithah sabda NabiSAW "Yang penting ialah sabar apabila ahli keluarga meninggal dunia kerana Allah mengambil balik hakNya, sedih mengalirkan air mata ialah rahmat Allah dan meraung menangis tidak dapat menerima takdir kematian itu dimarahi Allah

Riwayat AtTirmizi dari Abdullah bin Mas’Ud dari NabiSAW. Mukmin juga akan sakit apabila sakaratul maut sehingga keluar peluh dari dahinya.

Menurut Mazhab Syafi’e.
Dengkur di kerongkong berbunyi apabila nyawa ditarik ke penghujung nyawa dan wajah berubah pucat tanah seperti asal kejadian manusia. Apabila tertegak anak mata, bibir mulut mengecut, lidah tersentak menjadi pendek ditarik ke pangkal dan setiap hujung jari berubah warna hijau. Dimulai sejuk dua belah kaki diikuti betis, kemudian peha menuju ke halkum. Seterusnya putus pemandangan dunia walaupun mata celik dan tertutup pintu taubat.
Riwayat AtTirmizi dari Buraidah radiallahu anhu sabda NabiSAW seringan-ringan kesakitan kematian umpama bulu kain baldu yang keluar ketika berjalan di kawasan berduri. (Ibarat isi yang dicarik keluar dari seluruh tubuh.)

Sahih Qudsi. Sangka baik dengan Allah, Allah sangka baik padanya dan begitulah sebaliknya. Maka baik sangka dengan Allah dengan kesakitan sakaratul dapat meluruhkan dosa.

Riwayat Ibnu Majah dari AbuHurairah dan sabda NabiSAW kata malaikat sambil mencabut nyawa dalam 2 keadaan:
Wahai nyawa yang baik, keluarlah dalam keadaan terpuji, bergembiralah kamu dengan wangi-wangian yang nyaman dan keluarlah kamu dalam keadaan Tuhan tidak marah kepada kamu sekiranya manusia sentiasa taat Allah & RasulNya. Malaikat menjaga langit menyambut “Selamat Datang & Masuklah Rahmat Allah”
Sekiranya manusia Ingkar dan langgar perintah Allah Wahai roh yang keji, keluarlah dari tubuh badan yang jahat, Keluarlah dalam keadaan terhina di sisi Allah. Keluar kamu! Dalam keadaan disambut Air Panas dan dengan nanah busuk penghuni Neraka.”
Malaikat penjaga langit “Padan dengan dia di dunia dahulu dalam tubuh yang keji, Baliklah kembali ke dunia kerana pintu langit tidak akan dibuka untuknya” maka baliklah roh tersebut ke kuburnya di dunia kembali.” 

Sahih Bukhari Muslim. Malaikat maut serba putih duduk di sebelah kanan membawa berita gembira tetapi sekiranya malaikat tersebut serba hitam dan duduk dsebelah kiri, perjalanan akhirat akan datang terlalu perit dan sangat menyusahkan.  Ketika ini sudah terlalu lewat untuk bertaubat dan Allah tidak akan melayani permohonan kita. Tatkala fikiran mulut terkunci, kita tidak dapat menceritakan kepada saudara mara terdekat disebelah.

09-03-04 Prosedur menguruskan mayat

Sahih AtTirmizi dari Huzaifah bin Yaman selaku Penyimpan Rahsia NabiSAW sabda NabiSAW menegah mengabarkan kematian dengan tujuan bermegah.  
Sahih AtTirmizi dari Anaz bin Malek sabda NabiSAW, sabar apabila menerima musibah.
Riwayat Aisyah radiallahu anha NabiSAW mengucup dahi ahli keluarga yang masih hidup dan dahi jenazah.

Menurut mazhab Syafi’e
Perkara pertama apabila seseorang meninggal dunia, lurutkan kening matanya dengan lembut supaya mata mayat pejam. Mengulangi berkali-kali melipat lembut jari-jemari, lengannya,  kedua pehanya dan kedua kakinya supaya memudahkan memandikan mayat bagi mengeluarkan najis kotoran dari badan. Gantikan pakaiannya dan letakkan pemberat pada perutnya. Tudungkan kain di atas mayatnya.  

1)Mandi jenazah wanita

Riwayat Ummu Atiyah radiallahu anha, NabiSAW memesan supaya memandikan jenazah puteri baginda Zainab binti MuhammadSAW dengan bilangan ganjil samada jirusan air 3x atau 5x atau lebih mengikut kesesuaian dimulai sebelah kanan diakhiri sebelah kiri sehingga bersih. Sekiranya najis seperti darah tetap mengalir maka dimaafkan. Kemudian diakhiri dengan jirusan dengan air campuran bidara dan kapur barus.

NabiSAW menanti diluar sementara menunggu selesai memandikan jenazah puteri baginda. NabiSAW kemudian memberi kain yang dipakainya kepada para sahabat wanita untuk mengafankan anaknya dengan lapisan pertama di kulit anaknya. Rambut Zainab diikat 3 dandanan dan dilepaskan kemas ke belakang.

Mandi jenazah tertutup hanya tukang mandi dan pembantu
13-04-09 Menurut mazhab Syafi’e
Mengulangi melembut sendi-sendi dengan menutup kain basah pada aurat mayat. Mandi mayat di tempat tertutup melainkan tukang mandi dan pembantu. Elak memandang secara melampau dan tengok di tempat perlu. Gunakan sarung tangan. Didudukan mayat sedikit 45% dengan lemah lembut dan urut perutnya dengan lembut supaya keluar najis. Gunakan sarung tangan yang lain untuk mencuci giginya dengan menggunakan jari dan pada bibirnya. Buka sedikit mulut sekadar menyuci giginya dengan sedikit jirusan air. Lubang hidung juga dicuci sehingga bersih. Diambil wuduk pada jenazah. Guna sikat bergigi jarang menyikat janggut dan misai serta rambutnya.

Jirusan air 3x dimulai sebelah kanan anggota diikuti kiri. Keluarkan daki celahan jari dan kotoran kuku. Setiap mandian ditekan sedikit pada perutnya. Mengalih mayat sebelah kiri dan dibasuh pangkal leher sehingga betis. Basuh tapak kakinya dan dua belah kemaluannya. Pastikan kesemuanya dibasuh. Tuang akan air mutlak dengan diakhiri kapur barus mengelakkan mayat cepat berbau. Diulangi lagi kemudian sunat dilapkan dengan tuala supaya kering tubuhnya sebelum difakankan.

Menurut mazhab Syafi’e Lebih Afdal kaum perempuan untuk perempuan dan lelaki untuk lelaki. Sepakat Imam Mujtahid, Isteri lebih utama memandikan mayat suami. Suami lebih utama memandikan mayat isteri diikuti mahramnya. Emak perempuan memandikan jenazah perempuan mengikut mahram perempuannya. Sunat diperasapkan kemian bagi menghilangkan bau mayat.  Setelah dikafankan sekiranya keluar najis, tidak perlu dimandikan semula. Wajib tayamum bagi mayat yang susah dimandikan seperti akibat kebakaran dan lemas terendam dalam sungai dalam tempoh yang lama.

2) Kafan dan bau-bauan

11-05-04
Harus diwangikan kain kafan sebelum diguna mengafan. Sahih AtTirmizi dari Abu Said Al-Qudri sabda NabiSAW sebaik-baik bauan itu kasturi. Hasan AtTirmizi dari Abi Hurairah disunatkan mandi selepas memandikan dan sunat wuduk setelah mengusung mayat. Imam Nawawi dari kitab Majmuk harta si mati didahulukan pengurusan jenazah sebelum mebayar hutang. Menurut mazhab Syafie, Ahmad dan Ishak kain kafan bagi lelaki 3 helai dan perempuan 5 helai.

Sahih AtTirmizi dari Ibni Abbas radiallahu anhu sabda NabiSAW kafan guna kain putih bersih. Sunnah Riwayat Aisyah radiallahu anha, jenazah NabiSAW dikafankan dengan 3 helai kain putih Yaman tanpa memakai baju dan tiada serban. Kain selimut yang dihadiahkan untuk mengafankan baginda tidak digunakan. Harus mengikut NabiSAW memberi baju dan kain solat baginda untuk mengafankan jenazah Abdullah Ubai bin Salul. Harus mengikut Riwayat AtTirmizi Jabir Abdillah radiallahu anhu NabiSAW mengafankan jenazah saidina Hamzah dengan sehelai kain berbelang.

Riwayat AtTirmizi dari Anaz bin Malek radiallahu anhu. NabiSAW mengafankan Jenazah Saidina Hamzah Abdul Muttalib dengan kain selimut buruk yang tidak cukup. NabiSAW menutup muka jenazah Hamzah dengan kain tersebut tetapi tidak mencukupi menutupi kaki Hamzah. Di zaman peperangan Islam, tentera-tentera syahid ada yang dikafankan 2 atau 3 mayat dalam satu kafan.  Syahid yang terdiri ahli Hafiz mendahului hadapan perkuburan menghadap kiblat.

Mengafankan jenazah menurut mazhab Syafi’e. Kain sutera haram mengafankan mayat lelaki. Kain dihampar 3 helai dan diwangikan sebelum meletak mayat. Balut dimulakan sebelah kanan kemudian kiri diulangi setiap balutan dan diharuskan dengan wangian. Kapas disumbatkan tempat berlubang seperti hidung, telinga dan punggung serta menggunakan kain perca sebagai penampan kapas pada celahan kedua belah peha mayat. NabiSAW mengarahkan menutup di bahagian kepala kecuali muka pada jenazah Mus’Ab bin Umai dan ditutup dengan daun di bahagian kaki kerana kain tidak mencukupi. Meninggal dunia ketika ihram di Mekah diharamkan diwangikan, menutup kepalanya, diguna kain kafan, kapur barus atau diguna pakaian berjahit. Wang pengurusan jenazah menggunakan duit si mati dan ahli keluarga si mati atau saudara mara terdekat si mati tetapi sumbangan sukarelawan tiada salah. Sekiranya tidak cukup kain kafan tiada masalah.


13-07-04 Larangan kenduri tahlil atau arwah

Hasan Sahih AtTirmizi dari ibnu Jaafar radiallahu anhu ketika syahidnya Jaafar sabda NabiSAW. Masak, hantar dan hidangkan makanan dan nasihat keluarga si mati yang dalam kesedihan itu makan.  Imam Sya’fie tidak menyuruh membuat kenduri arwah malah menyuruh melaksanakan apa saja yang disuruh baginda RasulullahSAW.

Sahih Imam Ahmad dan Ibnu Majah dari Jarir radiallahu anhu sabda NabiSAW meratap menangis jenazah dilarang.  

Menurut mazhab Syafi’e
Amalan membaca Al-Quran pada jenazah tidak salah tetapi tidak disuruh agama.

Sabda NabiSAW dalam Ayat 10 surah AnNisa. Harta anak yatim dimakan secara zalim itu seperti memakan ketulan api neraka dan dihumban ke neraka saier. (Sekiranya terdapat anaknya yang belum baligh walaupun dipersetujui semua anaknya untuk membuat kenduri arwah bapanya, ia tetap diharamkan)

10-08-04 Sedih Rahmat Allah dan larangan menjerit meraung meratapi kematian

Riwayat AtTirmizi dari Abu Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW 4 perkara amalan jahilah:- 1)Tidak redha ketentuan kematian dengan meraung menangis 2)Mencerca keturunan, darjat dan bangsa. 3)Mengatakan penyakit itu berjangkit sedangkan berjangkit itu atas kehendak Allah 4)Kepercayaan ramalan karut dan mempercayai petanda sial

Sahih Bukhari dari Usamah bin Zaid bin Harithah (dia dan bapanya anak angkat Rasulullah SAW bukan cucu angkat Rasulullah SAW) sabda NabiSAW
"Yang penting ialah sabar apabila ahli keluarga meninggal dunia kerana Allah mengambil balik hakNya, sedih mengalirkan air mata ialah rahmat Allah dan meraung menangis tidak dapat menerima takdir kematian dimarahi Allah."

14-09-04 3) Solat jenazah disegerakan

Waktu Solat Jenazah
Sahih AtTirmizi dari Ukhbar bin Amir radiallahu anhu sabda NabiSAW waktu makruh solat jenazah selepas habis Subuh sebelum bermula Duha, apabila matahari tegak sehingga selepas Zohor dan apabila senja ketika senja matahari terbenam sehingga selepas Maghrib.  Menurut mazhab Syafi’e merujuk Sahih Muttafakun Alai segerakan solat jenazah tanpa mengira waktu.

Sunat di masjid dan tetap sah di rumah
Menurut mazhab Syafi’e, solat jenazah boleh dilakukan bersendirian atau berjemaah dan di rumah atau sunnah di masjid. Hasan AtTirmizi dari Aisyah radiallahu anha, NabiSAW solat jenazah Suhai bin BaidakRA di masjid kerana ramai yang boleh solat.

Sahih AtTirmizi dari Abu HurairahRA sabda NabiSAW solat jenazah 4 takbir. Menurut mazhab Syafi’e, budak-budak menjadi imam walaupun belum baligh sah menjadi imam solat jenazah. Pastikan semua telah mengambil saf solat berdiri betul dan rapat. Niat “Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini menjadi imam, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.”

08-02-05 Menurut nas mazhab Syafi’e
1.       Sahih AtTirmizi dari IbnuAbbas radiallahu anhu. NabiSAW baca Al-Fatihah solat jenazah selepas takbir pertama (angkat tangan setiap takbir seperti solat biasa)
2.       Imam Nawawi menurut nas Syafi’e memfardukan selawat selepas takbir kedua
Allahumma salli `ala muhammad wa`ala ali Muhammad
3.       Sahih Imam Muslim dari Auf bin MalekRA, NabiSAW baca selepas takbir ketiga Allahumaghfirlahu Warhamhu Wa’afihi Waghfuanhu (jenazah wanita“ha”)
4.       Takbir ke empat salam ke kiri dan ke kanan. Imam Nawawi menurut nas Syafi’e tidak mewajibkan tetapi masih boleh berdoa “Allahumalatahrimna Ajrahu Walataftinna Baghdahu Waghfirlana Walahu”

8-03-05 Sahih AtTirmizi dari Mughirah bin Syuqbah radiallahu anhu sabda NabiSAW, jenazah kanak-kanak wajib disolatkan. Menurut Imam Syafi’e, sekiranya lebih 4 bulan setelah roh ditiupkan, kandungan yang keluar diwajibkan mandi dan ditanam tanpa dilakukan solat. Sekiranya keguguran kurang 4 bulan tidak diwajibkan mandi, kafan dan ditanam di kubur cuma ditanam di mana-mana tempat.

14-06-05 Sahih AtTirmizi dari Abu Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW. Solat jenazah akan menerima pahala sebesar bukit Uhud dan selepas itu mengiringi sehingga selesai jenazah ditanam akan diganda pahalanya menjadi 2 bukit Uhud.

14-06-05 Hadis Hasan lagi Gharib lagi Sahih Riwayat Bukhari dan AtTirmizi dari Abu Hurairah, Jabir,Abi Said,Huzaifah dan ramai sahabat riduanulla alaihim ajmain. NabiSAW solat ghaib jenazah berjemaah di Madinah sedangkan mayat Asbahah di Habsyah.

Nota: Ditegah syarak memberi duit mengupah orang datang solat jenazah dan mengambil duit upah orang yang mengupah solat jenazah kerana menyusahkan keluarga si mati.


4) Segera kebumikan Jenazah

11-01-05
Hasan gharib ari Aisyah, Abu Bakar dan Ibnu Abbas riduanulla alaihim ajmain sabda NabiSAW. “Jenazah para nabi ditanam di tempat mereka wafat.”
Hadis Hasan Ibnu Omar sabda NabiSAW sebutkan kebaikan si mati dan jangan sebut keburukan si mati.

13-10-04
Sunat Riwayat AtTirmizi dari Ibnu Omar. NabiSAW dan para sahabat berjalan dihadapan jenazah ketika mengiringi ke kubur.

Hasan AtTirmizi sabda NabiSAW “Bersopanlah kerana malaikat mulia Allah berjalan kaki bersama orang ramai mengiringi jenazah.”

Sahih AtTirmizi dari Jabir bin Samurah radiallahu anhu. NabiSAW berjalan kaki ketika rombongan jenazah Abu DahDah ke kubur dan pulang dengan menaiki kenderaan. (Makruh menaiki kenderaan mengiringi jenazah ke kubur)

Sahih Muttafakun Alai dari Abi Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW segerakan kebumikan jenazah kerana sekiranya simati soleh atau solehah, simati tidak sabar untuk dikebumikan untuk menikmati nikmat Allah dan sekiranya simati sebaliknya, segerakan tanam simati bagi melepaskan tanggungan kepada mereka yang mengurus jenazah.


12-07-05 Menanam Jenazah Menurut mazhab Syafi’e, ditanam dengan membaring mengiring sebelah rusuk kanan dan wajib keadaan dada mayat menghadap kiblat. Disunatkan menggali lubang sehingga hujung jari manusia sampai di permukaan atas bagi mengelakkan bongkaran binatang buas dan berbau. Sunat membantalkan pipi mayat dengan bata atau batu pada kepala mayat. Makruh berbantal kapas, kain, tilam, bantal dan keranda. Keranda digunakan kepada mayat hanya pada tempat yang basah.

Sunnah Riwayat Ubaidillah ketika jenazah Ummu Kalsum yang ditanam. NabiSAW mengucap “dari tanah kami wujud dan dari tanah kami kembali” sambil 3 kali menggenggam dan menabur tanah di atas mayat sebelum dikambus.

Mazhab Syafi’e Hasan gharib AtTirmizi dari Ibnu Omar Al-KhattabRA, NabiSAW menyebut “bizmillah wabilla wa’ala milatirasulillah (dengan nama Allah dengan Allah dan di atas agama Rasulullah)” ketika mayat sedang dimasukkan ke liang kubur.

Sahih AtTirmizi dari Abi Wa’il sabda NabiSAW, paras kubur tinggi tidak melebihi sejengkal.

Sahih AtTirmizi dari Jabir radiallahu anhu sabda NabiSAW menegah sebarang binaan dan tulisan nama pada kubur.   

Sahih Muslim sabda NabiSAW haram sebarang pembinaan tembok pada tanah perkuburan. 

Riwayat Abu Daud dari Saidina Osman bin Affan. Sabda RasulullahSAW yang berdiri di atas kubur “Tinggikan sedikit lebih kurang sejengkal tanah kerana mayat apabila reput akan merendahkan permukaan tanah. Mari berdoa supaya mayat dapat menjawab soalan malaikat dengan fasih.”

ADAB KUBUR masuk atau lalu kawasan, ziarah dan talkin kubur

Tidak berlaku roh pulang ke rumah. Selepas melalui sesi mungkar nangkir. Kata arwah pada malaikat , Tuan, boleh tak aku nak balik jumpa orang-orang yang ku sayang di atas dunia kerana aku nak memberitahu yang janji Allah itu betul. Kata Malaikat  “Kamu tidur seperti mana pengantin tidur”. AnNisa 172 tafsiran kitab Nurul Ihsan syarah Ustaz Shamsuri

09-08-05 Sahih Muslim dari Abi HurairahRA sabda NabiSAW adab ziarah kubur “Assalamualaikum penghuni kampung orang beriman, sesungguhnya Insya’allah suatu hari akan datang kami akan mengikut kamu semua. Aku mengenali umatku di hari akhirat melalui tanda wuduk mereka semasa dunia dan aku akan membawa mereka minum air di telagaku”

Sahih Bukhari dari Omar Al-Khattab radiallahu anhu sabda NabiSAW, sekiranya melebihi 2 orang Islam yang menyebut ikhlas tentang kebaikan kematian seseorang itu maka dia ke syurga. Imam Nawawi menjelaskan maksud keikhlasan menyebut itu adalah ilham dari Allah.

Sahih Muslim sabda NabiSAW haram sebarang pembinaan tembok pada tanah perkuburan. 

Sahih Muslim sabda NabiSAW "haram duduk di kubur, dari duduk di kubur lebih baik duduk di atas bara api sehingga terbakar isi dan kulit".

08-03-05 Talkin kubur NabiSAW sambil berdiri tidak duduk “Setiap orang yang hidup pasti mati. Hari ni allahyarham ditakdirkan mati oleh Allah, hari kita akan menyusul selepas ini. Sama-sama berdoa supaya allahyarham dapat menjawab soalan kubur dengan tenang.”
Kemudian baca penghulu doa mengakhiri talkin kubur "Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah, waqina 'aza bannar" ertinya "Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

Nota: jangan sebut arwah(banyak roh), almarhum(telah dirahmati Allah sedangkan Allah saja yang tahu) dan jangan sebut allahyarhamah

Hasan lagi Sahih AtTirmizi sabda NabiSAW "Sekiranya umatku hidup dikalangan suasana dunia bid'ah penuh kesesatan akhir zaman nanti BERPEGANG TEGUHLAH DENGAN SUNNAHKU DAN IBADAH KHULAFA AR-RASHIDIN." Ziarah kubur disuruh syarak tetapi ditegah menyiram air mawar, menabur bunga dan duduk di atas kubur membaca doa. Kekeliruan masyarakat hanya diselesaikan dari Nas Al-Quran dan Hadis.

Menurut Mazhab Syafi’e, Tujuan ziarah kubur ialah mengambil pengajaran. Kubur yang gelap akan mengalami proses pereputan mayat. Mata si mati akan cair mengeluarkan air bisa selepas 3 hari ditanam. Ulat akan keluar melalui lubang-lubang anggota tubuh dan tulang mula merekah. Maka ucapkan,  “Aku juga akan jadi seperti kamu semua. Wahai Tuhanku, berilah petunjuk amal soleh, tetapkan imanku, jauhilah aku dari apa tegah Engkau, Ampunlah dosa tuan kubur ini, ampunkan semua penghuni kubur di sini.”

SELEPAS JENAZAH DITANAM

Sahih Bukhari dari Anaz bin Malek radiallahu anhu sabda NabiSAW. Sekiranya ikhlas beriman dengan Allah dan sentiasa mencari mendengar Hadisku maka mulutnya pasti diizinkan Allah menjawab soalan kubur dan kenal aku ketika di alam kubur. Manakala Jawab mereka yang ketika di dunia tidak berusaha mencari mendengar mempelajari Hadisku. Ketika mati dinampakkan wajahku dan Allah jadikannya berkata aku tak kenal wajah ini, aku mengikut sahaja apa yang orang lain kata tentang wajah ini. Malaikat dengan nada amat marah."Kamu tidak kenal orang ini! pesan orang ini!" Dengan tongkat cemeti besi, malaikat membalun di antara kedua telinganya yang tidak pernah dengar Al-Quran Hadis Islam. Mayat menjerit dengan jeritan cukup kuat akibat tidak kenal NabiSAW sehingga semua makhluk Allah boleh mendengarnya melainkan jin dan manusia. Pengakhiran menyebut kalimah syahadah ketika nazak kematian bergantung pada kesungguhan amalan pada Allah. 

Sahih Muttafakun Alai dari Ibnu Majah sabda RasulullahSAW. Tanya Malaikat di dalam kubur “Kamu percaya Nabi Muhammad itu utusan Allah? Al-Quran itu dari Allah? Kamu pernah melihat Allah? Kata permuda beramal solleh “Tiada manusia layak melihat Allah”. Dibuka dinding hijab pandangan manusia dan ditunjukkan neraka Allah kepadanya yang api neraka itu sabung menyabung.
Itulah tempat kau jika kau tidak Islam atau tidak beriman pada Allah. Kemudian dibuka hijab ditunjukkan syurga keindahan lalu seru malaikat “Inilah tempat kau di atas keyakinan kau pada Allah tatkala nyawamu dicabut”

Apabila seseorang itu tidak teringin untuk ke masjid atau belajar majlis ilmu agama. Dibangkitkan dalam kubur dalam ketakutan mencengkam dirinya setelah berjalan pulang ahli keluarga sahabat handai dari kuburnya. Tanya malaikat “Bagaimana keadaan kau ketika mati sebentar tadi”. Matinya dalam keadaan kufur makan duit haram atau di tempat maksiat atau mabuk.  Jawabnya aku tak tahu yang aku tahu ada duit baru boleh hidup. Maka ditunjukkan syurga lalu menyeru kepada manusia kafir atau kufur tersebut, syurga itu ialah masjid, amal baik, silaturahim dan ilmu yang kamu tidak suka buat. Kemudian dibuka neraka lalu malaikat menyeru Itulah tempat kamu di atas keraguan hidup kamu di dunia dahulu.

Sahih Bukhari dari Anaz bin Malek radiallahu anhu sabda NabiSAW. Sekiranya ikhlas beriman dengan Allah dan sentiasa mencari mendengar Hadisku maka mulutnya pasti diizinkan Allah menjawab soalan kubur dan kenal aku ketika di alam kubur. Manakala Jawab mereka yang ketika di dunia tidak berusaha mencari mendengar mempelajari Hadisku. Ketika mati dinampakkan wajahku dan Allah jadikannya berkata aku tak kenal wajah ini, aku mengikut sahaja apa yang orang lain kata tentang wajah ini. 
Malaikat dengan nada amat marah."Kamu tidak kenal orang ini! pesan orang ini!" Dengan tongkat cemeti besi, malaikat membalun di antara kedua telinganya yang tidak pernah dengar Al-Quran Hadis Islam. Mayat menjerit dengan jeritan cukup kuat akibat tidak kenal NabiSAW sehingga semua makhluk Allah boleh mendengarnya melainkan jin dan manusia.  Pengakhiran menyebut kalimah syahadah ketika nazak kematian bergantung pada kesungguhan amalan pada Allah. 

Menurut mazhab Syafi’e, harus solat jenazah ghaib menghadap kiblat bagi jenazah yang jauh dan tidak mampu ke tempatnya meninggal dunia.

10-05-05 Ketika mayat emak Saidina Ali ditanam, Ketika NabiSAW tidur sementara di liang dan kemudian bersabda mayat Fatimah bt Hasan ini insan yang istimewa dirahmati Allah. Mudah-mudahan Allah ringankan azab himpit kubur ke atasnya.

Muttafakkun Alai sabda NabiSAW ketika melintas di kawasan 2 kubur pada para sahabat "Mereka berdua sedang diazab seksaan dasyat ini mengganggap dosa mereka itu kecil tetapi besar di sisi Allah. Yang seorang ini membawa berita tidak benar melagakan orang dan baginya itu perkara kecil. Yang seorang lagi cuai menjaga kebersihan air kencingnya sehingga kekotoran najis itu dibawa bersolat."

09-08-05 minit 1:07:40 tiada dalam Hadis Sahih. Meninggal dunia hari jumaat terlepas azab kubur.


Nota: sembahyang bermaksud solat bermaksud doa (diharamkan doa menadah tangan arah kubur atau membaca Al-Quran menurut Hadis Sahih sabda NabiSAW diharamkan kubur dijadikan tempat ibadah)