Tafsir Quran kitab Nurul Ihsan jilid 4 surah Muhammad diturunkan di Madinah syarah Ustaz Shamsuri
06-07-05 Surah Muhammad 1-15 ms 83
Sahih Muslim dari Abi Said Al-Qudri ra. Nabi saw seorang yang pemalu melebihi
malu seorang anak dara. Sahih Muslim dari Anaz
bin Malek ra sabda Nabi saw. Hati-hati kerana hati wanita mudah terluka. Dari Aisyah ra. Nabi saw suka pilih yang mudah
selagi ia tidak berdosa dan baginda sangat takut buat dosa. Nabi saw marah
sekiranya umatnya buat dosa dan baginda sangat tidak suka menyakiti hati orang
lain.
ADAB PEPERANGAN DALAM ISLAM
1)Syarat pahala ialah penganut Islam. 2)Nikmat
pengampunan dosa manusia ini satu nikmat paling besar tetapi hanya untuk mukmin
yang memohon keampunan. 3)Amal baik muslim dinilai dan amal baik kafir dibalas
keuntungan semasa hidup di dunia. 4)Dalam peperangan, muslim diwajibkan bunuh
kafir sehingga Islam ditegakkan. Sekiranya bilangan musuh tinggal sedikit dan hampir
kalah maka didiklah Islam pada mereka. Kemudian lepaskan tawanan atau tebus
tawanan muslim atau kekal berperang atau perjanjian gencatan senjata. Perang
berlaku sekiranya Islam digugat. Diharamkan sengaja mencari musuh. Islam
mencari kawan. Sekiranya ditakdirkan berjumpa musuh, tunggu jangan lari. 5-6)70
syuhada Uhud ini dijanjikan syurga oleh Allah
FIRMAN ALLAH: ISLAM DAN KAFIR TIDAK SAMA
7)Allah menolong muslim yang menolong agama
Allah. 8)Kafir Zimni menghormati muslim manakala kafir Harbi bencikan Islam
9)Kafir Harbi ini tiada balasan keuntungan dunia atas amal baik mereka. 10)Lawatilah peninggalan sejarah bencana Allah
sebagai pengajaran. 11)Kafir yang tidak berani menghampiri titian sirat seperti
muslim dicampakkan ke neraka. 12)Kafir yang bersedap di dunia mengikut nafsu
ini Kami sesuaikan mereka di neraka. Mereka ini sama saja dengan kerbau lembu.
Mereka tidak fikir akhirat tetapi hanya ingat kepuasan nafsu. 13)Bangsa Kaum Ad
dan kaum Samud yang jauh lebih kuat dari bangsa Arab itu mudah bagi Kami
hapuskan 14) Islam dan kafir itu tidak sama seperti malam tidak sama siang 15)Susu
dunia ini akan masam dan busuk sedangkan susu syurga itu kekal sentiasa.
03-08-05 Surah Muhammad 16-26 ms 87
Sahih Muttafakun Alai dari Al-Barra’ bin Abib ra.
Sedapnya bacaan Al-Quran oleh Nabi saw tiada tandingan manusia di zaman itu.
Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi saw
kepada Abu Musa Al-Ash’ari yang merupakan pembaca Al-Quran yang paling sedap
selepas Rasulullah saw.”Wahai Abu Musa, Allah telah anugerahkan suara kamu
sesedap seruling keluarga Daud.” Kelebihan anugerah
istimewa pada semua Nabi dan Rasul oleh Allah dilebihkan kepada RasulullahSAW.
16)Allah butakan mata hati munafik yang mengejek
selepas tamat kutbah Jumaat. Mereka ini hanya menumpukan nafsu. 17)Allah
tambahkan nur, hidayah dan taqwa sebagai jalan pelihara diri dari neraka kepada
mereka yang ikhlas menunaikan kewajipan perintah dan meninggalkan larangan. 18)Kiamat
besar kehancuran bumi dan kiamat mati itu bila-bila masa boleh datang secara
mengejut.
1)Asap kabus tebal dari perut bumi 2)Keluar
dabbah iaitu makhluk besar 4 kaki memusnahkan manusia 3)Gempa bumi Timut, 4)Barat
& 5)Semenanjung Arab 6)Kemunculan dajal 7)Matahari naik sebelah barat 8)Keluar
makhluk Yakjud Makjud, 2 tafsiran makan iman atau makan jasad manusia 9)Turun
Nabi Isa as 10)Keluar api sebelah Yaman
MULANYA BERSEMANGAT TAPI TIBA MASA, JADI PENAKUT malah ada yang mutad dan menolong musuh Islam. Pengajaran perang badar untuk semua muslim di seluruh dunia.
19)Maka
sekarang inilah masa memohon keampunan. 20)Pada mulanya kelihatan bersemangat tetapi
bila tiba masa, masing-masing tidak berani . 21)Sedangkan yang tetap pendirian
berjuang atas nama Islam itu adalah yang terbaik. 22)Allah murka pada orang
yang hanya pandai bercakap tetapi bila tiba masa jadi pengecut. 23)Perangai
sebegini dibutakan mata hati dijauhkan dari hidayah. 24)Mendalami ilmu Quran
Hadis tetapi tidak beramal seperti yang disuruh. 25)Kesesatan dan murtad itu
adalah kejayaan syaitan 26)Allah memberitahu Nabi saw akan persepakatan munafik
yang kembali murtad dalam menghancurkan Islam.
07-09-05 Surah Muhammad 27-38 ms 89
Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda NabiSAW, segala nikmat kemewahan di
dunia ini akan ditanya Allah satu persatu.
DUNIA INI HIBURAN SIA-SIA gambar sekadar hiasan |
JANGAN KEDEKUT
37)Firman Allah pada kita semua, ”Sekiranya Aku
minta semua wang dan harta, nescaya kamu semua kedekut dan marah Islam malah semua
tidak mahu jadi orang Islam. Kerana itu, Aku Tuhan kamu hanya minta sedikit
saja zakat untuk Islam.” 38)Wahai muslimin, diseru derma zakat untuk
tujuan ke jalan Allah seperti Peperangan, Masjid, Madrasah, Anak Yatim, Golongan
Miskin, Jamuan dan sebagainya. Ketahuilah
akan ada setengahnya kedekut setengahnya tidak dan kedekut itu sebenarnya
merugikan diri sendiri kerana ia simpanan kehidupan yang sebenar di akhirat
nanti.
No comments:
Post a Comment