Muqaddimah tafsir Nurul Ihsan jilid 4 surah Muhammad 1-15 syarah ustaz
Shamsuri 06-07-05
Sahih Imam Muslim dari
Jabir radiallahu anhu. Setelah NabiSAW wafat, Abu Bakar As Siddieq menjadi
khalifah dan menjadi tanggungjawab melangsaikan sebarang hutang pada rakyatnya.
Jabir berjumpa Abu Bakar dan berkata sabda NabiSAW harta rampasan tersebut ada
bahagiannya. Abu Bakar menggenggam dan memberikan harta rampasan perang pada
Jabir tetapi jumlahnya banyak. Apabila Jabir berkata kenapa jumlahnya banyak?
Abu Bakar menambah, ambil lagi dua kali ganda kerana rampasan tersebut banyak
lagi.
Sahih Muslim dari Abi
Said Al-Qudri radiallahu anhu kepada generasi para Tabi'en selepas generasi
para sahabat riduanulla alaihim ajmain. NabiSAW seorang yang sifatnya sangat
pemalu lebih pemalu berbanding seorang anak dara kampung. NabiSAW sekiranya
tidak suka sesuatu baginda tidak perlu marah dengan menepuk meja dan tinggi
suara tetapi kelihatan pada riak wajahnya.
Sahih Muslim dari Anaz
bin Malek radiallahu anhu sabda NabiSAW, hati wanita mudah retak dan sensitif
maka hati-hati menjaganya dengan elok.
Sahih Muslim dari Aisyah
radiallahu anhu. NabiSAW sekiranya diberi pilihan, baginda akan memilih yang
lebih mudah dilakukan selagi mana ia tidak membawa dosa dan baginda memarahi sesuatu
yang bertentangan suruhan Allah.
Muqaddimah tafsir Nurul Ihsan jilid 4 surah Muhammad 16-26 syarah ustaz
Shamsuri 03-08-05
Sahih Muttafakun Alai
dari ibn Mas’UdRA ketika membaca surah AnNisa, air mata RasulullahSAW mengalir
mengenangkan nasib umatnya di akhir zaman.
Sahih Muttafakun Alai
dari Al-Barra’ radiallahu anhu. Sedapnya bacaan Al-Quran oleh NabiSAW tiada
tandingan manusia di zaman itu.
Sahih Muttafakun Alai
sabda NabiSAW kepada Abu Musa Al-Ash’ari yang merupakan pembaca Al-Quran yang
paling sedap selepas RasulullahSAW.”Wahai Abu Musa, Allah telah anugerahkan
suara kamu sesedap seruling keluarga Daud.”
Kelebihan anugerah istimewa pada
semua Nabi dan Rasul oleh Allah dilebihkan kepada RasulullahSAW.
Muqaddimah tafsir Nurul Ihsan jilid 4 surah Muhammad 27-38 syarah ustaz
Shamsuri 07-09-05
Sahih AtTirmizi dari Abi
Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW kepada Abu Haisam radiallahu anhu ketika
menziarahi rumah Abu Haisam bersama Abu Bakar As Siddiq,“Demi Allah yang
nyawaku dipegangNya, nikmat kemewahan di dunia ini akan ditanya Allah. Jangan
sembelih kambing betina kerana susunya boleh diminum. Upahlah pembantu yang
solat dan buat baik padanya. Sesiapa bertahan dengan pujukan jahat, dia
terpelihara dari dosa.”