Nota Cinta

Friday, February 27, 2026

Sayang Rasulullah saw


Sahih Muslim dari Abu Ayub Al Ansari Ra, Rasulullah SAW tidak suka makan makanan yang mempunyai ramuan bawang kerana bau nya kurang menyenangkan
Sahih Bukhari dari Ibnu Abbas Ra, menurut Saidina Omar Ali Khattab Ra. Pesan Rasulullah SAW, jangan memuja baginda Nabi Muhammad SAW seperti Nasrani memuja Nabi Isa as berlebihan sehingga lama-kelamaan mereka mengatakan Isa itu anak Tuhan. 

BahrulMazi jilid 21 MS 164, 
Sahih at Tirmizi, riwayat Hamzalah. Sabda Nabi SAW, sekiranya perhiasan syurga sebesar hujung kuku dihias di dunia maka seluruh permukaan bumi akan kelihatan indah. Gelang tangan ahli syurga sekiranya diperlihatkan di dunia akan memalapkan cahaya matahari termasuk bulan dan bintang. 

Sahih Bukhari, Sabda Nabi saw, ahli syurga terakhir menerima keluasan syurga melebihi 10 kali ganda planet Bumi



Wednesday, February 11, 2026

Tanda hampir kiamat dan ramadhan

Syarahan Dato Shamsuri Hj Ahmad, masjid Abdullah Fahim, Bertam, Pulau Pinang. 

Tanda Hampir Kiamat, Riwayat Anaz b Malek Ra, Sabda Nabi saw, Allah SWT menarik keberkatan masa. 

Sahih imam Ahmad dari Abi Hurairah Ra Sabda Nabi saw. Ilmu ditarik Allah swt, manusia mahupun ustaz semakin jahil. Para ulama meninggal dunia. Fitnah berleluasa, manusia tamak, gila kuasa, sibuk kekayaan dunia, jenayah bunuh berleluasa. 

Al Isra 17:23-24 Jangan sembah selain Allah dan Taat ibubapa.  Jangan sesekali bunyi "ah" atau memarahi ibubapa. Cakap lembut dengan ibu bapa. 

Sahih Muslim Abu Hurairah Ra, Sabda Nabi saw, Allah janji penghapusan dosa bagi hambaNya yang sentiasa bersedia untuk beribadah dengan syarat tidak melakukan dosa besar. 
BahrulMazi jilid 5 Ramadhan ms35. 
Hadis At Tirmizi Riwayat Abu Hurairah Ra, Sabda Nabi saw, 

Sepanjang Ramadhan 
jin iblis syaitan berpangkat tinggi, buas dan ganas diikat(dilemahkan) Kumpulan bawahan masih mengganggu manusia kecuali mukmin yang kental keimanannya. 

Pintu2 syurga terbuka luas dan pintu neraka ditutup

Para malaikat menyeru manusia lakukan kebaikan dan tinggalkan kejahatan. 

2 wanita yang tidak tahan berpuasa ini sebenarnya telah Mengumpat sesama Muslim sehingga mereka memuntahkan darah, daging busuk dan nanah ke dalam bekas kosong ini. 

Hujurat ayat 49:12 Mengumpat adalah makan darah daging mayat saudara kamu sendiri