Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Monday, January 15, 2024
Ular jelmaan Jinn (Surah Al-Jinn 72:8-12)
LIVE-150124 : Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang pada 15 Januari 2024.
Sahih Muslim dari Abdillah b Abbas ra. Al-Jinn 72(8)Allah SWT beritahu Nabi Muhammad saw, melalui Ayat 1 surah Al-Jinn, sekumpulan jin beriman kepada kamu setelah mendengar bacaan solat berjemaah kamu.
Hasan Sahih dari Tabi'in Al-Qamah b Qais dari Abdullah b Mas'Ud ra. Ketika rombongan para sahabat bertahan dalam lukisan bulatan tanah di satu tempat misteri, Rasulullah saw hilang secara tiba-tiba dalam kegelapan malam. Setelah hampir siang, kelibat Nabi saw muncul dari arah Gua Hiraq, sabda Nabi saw. aku telah berdakwah kepada masyarakat Jin. Para sahabat terkejut apabila diteliti kawasan yang dilalui mereka, seolah-olah telah berlaku kebakaran dasyat pada malam kehilangan baginda saw.
Tafsir NURUL IHSAN jilid 4 ms 228 ayat 8 surah Al-Jinn. Sahih Muslim dari Abdillah b Abbas ra. Al-Jinn 72(8) Masyarakat Jin seringkali mencuri rahsia langit untuk dijadikan ilmu sihir di dunia. Menyedari hal tersebut, barisan pemanah mala'ikat mengawal pinggir langit dari diceroboh. Sahih Muslim, Allah tidak terima 40 hari solat hambaNya yang terlibat bomoh sihir.
Al Jinn 72:9 Kini, bangsa jin tidak dapat mencuri dengar rahsia langit akibat panahan api tentera mala'ikat
Al Jinn 72:10 Kawalan tersebut menyebabkan Berita bencana yang bakal berlaku di bumi sudah tidak dapat dicuri
Al Jinn 72:11 Di kalangan jin, ada yang baik dan ada sebaliknya, Sahih Muslim dari Ibnu Abbas, ular itu jelmaan jin dan syaitan. Sahih Muslim dari Abi Said Al-Qudri, sekiranya ular memasuki rumah, maka disuruh keluar sebanyak 3 kali dan sekiranya tidak keluar maka selepas itu boleh dibunuh. Sahih Abu Daud dari Abbas Abd Mutallib, bersihkan ular dari telaga zam-zam itu.
Al Jinn 72:12 Setiap makhluk ciptaan Allah akan dibalas dan tidak akan terlepas dari seksaNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment