Nota Cinta

Monday, January 15, 2024

Ular jelmaan Jinn (Surah Al-Jinn 72:8-12)

LIVE-150124 : Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang pada 15 Januari 2024. Sahih Muslim dari Abdillah b Abbas ra. Al-Jinn 72(8)Allah SWT beritahu Nabi Muhammad saw, melalui Ayat 1 surah Al-Jinn, sekumpulan jin beriman kepada kamu setelah mendengar bacaan solat berjemaah kamu. Hasan Sahih dari Tabi'in Al-Qamah b Qais dari Abdullah b Mas'Ud ra. Ketika rombongan para sahabat bertahan dalam lukisan bulatan tanah di satu tempat misteri, Rasulullah saw hilang secara tiba-tiba dalam kegelapan malam. Setelah hampir siang, kelibat Nabi saw muncul dari arah Gua Hiraq, sabda Nabi saw. aku telah berdakwah kepada masyarakat Jin. Para sahabat terkejut apabila diteliti kawasan yang dilalui mereka, seolah-olah telah berlaku kebakaran dasyat pada malam kehilangan baginda saw. Tafsir NURUL IHSAN jilid 4 ms 228 ayat 8 surah Al-Jinn. Sahih Muslim dari Abdillah b Abbas ra. Al-Jinn 72(8) Masyarakat Jin seringkali mencuri rahsia langit untuk dijadikan ilmu sihir di dunia. Menyedari hal tersebut, barisan pemanah mala'ikat mengawal pinggir langit dari diceroboh. Sahih Muslim, Allah tidak terima 40 hari solat hambaNya yang terlibat bomoh sihir. Al Jinn 72:9 Kini, bangsa jin tidak dapat mencuri dengar rahsia langit akibat panahan api tentera mala'ikat Al Jinn 72:10 Kawalan tersebut menyebabkan Berita bencana yang bakal berlaku di bumi sudah tidak dapat dicuri Al Jinn 72:11 Di kalangan jin, ada yang baik dan ada sebaliknya, Sahih Muslim dari Ibnu Abbas, ular itu jelmaan jin dan syaitan. Sahih Muslim dari Abi Said Al-Qudri, sekiranya ular memasuki rumah, maka disuruh keluar sebanyak 3 kali dan sekiranya tidak keluar maka selepas itu boleh dibunuh. Sahih Abu Daud dari Abbas Abd Mutallib, bersihkan ular dari telaga zam-zam itu. Al Jinn 72:12 Setiap makhluk ciptaan Allah akan dibalas dan tidak akan terlepas dari seksaNya.

Wednesday, January 10, 2024

Buat Jahat ke Neraka

100124 : Bahrul Mazi Jilid 21 (Siri 63) - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad, Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang - https://www.youtube.com/watch?v=koiwxzuuVxs Sahih Bukhari dari Jabir b Abdillah ra, Rasulullah saw bermimpi melihat Ummu Sulaim, melihat istana Omar Al-Khatab, dan bunyi tapak kaki bilal bin Rabah di syurga. Ghafir 46 Penghuni kubur akan diazab pagi dan petang, AT Taubah 101 Manusia jahat disiksa di dalam kubur dan di neraka. Ibrahim 27 Manusia Beriman akan teguh kalimahnya di dunia dan di akhirat. Hasan Sahih AtTirmizi, Abi MasUd ra, sabda Nabi s.a.w. Para syuhada di syurga memohon untuk kembali ke dunia sekali lagi bagi mendapatkan syahid