Nota Cinta

Wednesday, September 11, 2024

Manusia terakhir ke Syurga

Syarah Dato' Haji Shamsuri Haji Ahmad: Nikmat Syurga Lebih Segalanya Dari Keluasan Dunia. Masjid Abdullah Fahim 11.9.2024 | Rabu | Kuliah Maghrib Kitab Bahrul Mazi: Jilid 21 ms164 Sahih Muslim, Riwayat Aflah (hamba Abi Ayub Al-Ansari ra), Rasulullah saw tidak suka makan bawang kerana baunya boleh membuatkan orang lain tidak selesa Sahih Bukhari, Anas b Malek ra, Para sahabat menyambut rambut yang jatuh dari cukuran kepala Rasulullah saw agar tidak mencecah ke bumi. Sahih At Tirmizi, Riwayat Abi Hurairah ra menurut Rasulullah saw, ruang kecil syurga lebih baik dari seluas-luas dunia dan isinya. Sahih At Tirmizi, Riwayat Saad Abi Waqas ra menurut Rasulullah saw, sekiranya gelang di tangan ahli syurga muncul di dunia, serta merta cahaya matahari akan pudar. Sahih Bukhari Riwayat Abi Mas’Ud ra, Rasulullah saw menerangkan, (manusia terakhir terpilih) masuk syurga setelah diseksa di kalangan ahli neraka akan mendapat syurga yang luasnya 10 kali ganda luas dunia.

Monday, August 19, 2024

Surah Al-Jinn 13 hingga 19

19-08-2024 Ustaz Dato' Haji Shamsuri Haji Ahmad: Tafsir Surah Al-Jinn { ٱلۡجِنِّ } Ayat 13-17 Sahih Bukhari, Sahal b Saad ra. Bendera akan diserahkan kepada individu yang dijanjikan Allah akan kemenangan. Beliau ialah pemuda Ali bin Abi Talib ra. Sahih Imam Ahmad, A’isyah r anha. Nabi saw sangat benci pada pembohong sehingga pembohong bertaubat tidak mengulanginya lagi. Al Jinn 72:13-19 ringkasan pemahaman teks tafsir dari terjemahan 13:13 Bacaan Quran Rasulullah saw membuatkan Jin meyakini kebenaran Islam 13:14 Dikalangan jin ada muslim dan ada yang pilih kekal kafir 13:15 Yang Islam ke syurga manakala kafir ke neraka 13:16 Ketika bencana kemarau, Allah turunkan hujan lebat 13:17 Adakah pemberian itu disyukuri? Ketahuilah bahawasanya kufur nikmat itu akan diazab pedih

Wednesday, August 14, 2024

Rasulullah saw akui baginda tetap manusia biasa melakukan kesilapan walaupun dipilih menjadi hakim

Dari kuliah BM21 | 2024-08-14 | "Suara Rintihan Langit & Dahsyat Teknologi Ai" - Ustaz Shamsuri Ahmad Kuliah Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang Hadis Hasan Riwayat Abu Dzar Al-Ghifari ra sabda Nabi saw, sekiranya manusia tahu hakikat kehidupan akhirat, nescaya manusia sedikit ketawa dan banyak menangis Sahih Bukhari riwayat Ibnu Abbas r anhuma, Ketika solat, Allah menampakkan pohon anggur di syurga, sekiranya aku dapat mencapai anggur tersebut, kita dapat makan buah anggur itu dan tidak akan kehabisan seumur hidup dunia ini. Sahih Muslim Riwayat Abdillah b Mas’ud ra sabda Nabi saw, seketul neraka terdapat 70’000 tali dan tiap satu tali tersebut diheret 70’000 mala’ikat. (Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah engkau sudah penuh? " Ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?" (Qaaf 50:30) Sahih Muslim riwayat Abi Hurairah ra, memberi makan kepada fakir dan ziarah pesakit akan menempah tempat di syurga. Pengajian kitab BahrulMazi Ms163 Sahih Bukhari dari Ummu Salamah r anha, sabda Nabi saw, walaupun aku dipilih menjadi hakim tetapi aku juga manusia biasa dan mungkin silap dalam membuat keputusan. Sekiranya aku tersilap memilih yang bersalah tapi pandai bercakap ini dan aku menidakkan yang benar tetapi tidak bijak bercakap maka ingatlah yang berjaya itu telah memilih bahagiannya ke neraka. Riwayat Abdullah b Mas’ud ra sabda Nabi saw, surah Al-Imran ayat 77 Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.(A-li'Imraan 3:77) Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, Allah SWT tidak ampunkan dosa 3 golongan ini iaitu Orang tua berzina, Pemimpin menipu dan Orang miskin sombong. Sahih Muttafakun Alaigh riwayat Said b Zaid ra, sabda Nabi saw, Mengambil tanah samada menanam tumbuhan walaupun sejengkal tanpa persetujuan tuan tanah akan ditelan bumi. Said (salah seorang 10 sahabat dijamin syurga) telah dianiaya difitnah dituduh mengambil tanah secara haram dan beliau telah berdoa kepada tukang fitnah tersebut agar menjadi buta dan pengakhirannya ditelan tanah. Allah makbulkan doa tersebut. Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah 2:214)
Sahih Bukhari riwayat Khabbab b Al-Arab ra Ketika zaman awal Islam. Khabbab bertanya akan bilakah pertolongan Allah? kerana muslim ditekan teruk oleh kafir Quraish. sabda nabi saw. Umat terdahulu lagi teruk diseksa kejam disiat kulit hidup-hidup dengan kepala digergaji tetapi mereka tetap pertahankan islam sehingga akhir hayat. Islam ini agama Allah SWT dan Allah akan tetap menolong agamaNya. Islam tetap memerintah suatu hari nanti. Bersabarlah.

Sunday, April 14, 2024

Mustajab DOA hari Jumaat

Hasan Lagi Sahih At Tirmizi riwayat Ibnu Mas'Ud ra dan Abi Hurairah ra, sabda Nabi saw. Di kalangan umatku terhad 70000 sahaja ke syurga tanpa hisab dan ia menjadi rahsia Allah SWT, 1 quota telah diberikan pada Uqasha ra sebentar tadi dan yang lain antara kamu semua sahabatku terpulang pada Allah SWT. Kebanyakan kesimpulan himpunan hadis, Mustajab Doa hari Jumaat menurut pandangan ulama bersandarkan hadis, Doa antara 2 kutbah. Waktu imam turun dari mimbar. Lepas Asar menghampiri Maghrib

Sunday, February 18, 2024

Sakaratul Maut Kematian

18 Februari 2024© : Al-Fadhil Dato' Ustaz Shamsuri Bin Haji Ahmad Masjid Al-Hakim, Pengkalan Renggam, Kg. Kandang, Melaka. Ahad : 18 Februari 2024© (08 Syaaban 1445H-Selepas Solat Subuh) Hasan Sahih Ibnu Majah dari Abi Hurairah ra, sabda Nabi s.a.w. Umur umatku lingkungan 60 ke 70, tidak ramai melepasinya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Al-Jumu'ah 62:8) Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" (Qaaf 50:19 Sahih Muslim dari A'isyah r anha, kalam akhir kewafatan Nabi s.a.w. pada hari Isnin "pertemukanlahku dengan kekasihku/Allah S.W.T." Ketika itu, baginda melihat atap rumah dan menahan sakit sakaratul maut. Setiap Nabi dinampakkan syurga ketika sakaratul maut dan diberi pilihan samada meneruskan kehidupan atau teruskan wafat. Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun. (Al-Kahfi 18:49)

Wednesday, February 14, 2024

Tiada Pengampunan ke syurga buat manusia tidak berdamai

LIVE-140224 : Bahrul Mazi Jilid 21 (Siri 64) muka surat 161 (kitab jawi) Kuliah Maghrib Ustaz Dato Ustaz Shamsuri Haji Ahmad, Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra, Pintu syurga dibuka pada hari isnin dan hari khamis untuk pengampunan buat hamba Allah di neraka dengan syarat muslim dan tidak syirik Allah. Pintu ini ditutup buat mereka yang tidak berdamai. Hasan Sahih ibnu Majah, sabda Nabi saw. betapa ramai puasa dan qiamullail hanya mendapat lapar tanpa pahala. Hassan Abu Daud, baca 3 xQul sebagai pendinding diri dari keburukan Hasan Sahih At Tirmizi, "Bismillahilazi La Yadurru Maasmihi Shaiun Fil Ardi Wa La Fis Samaaie, Wahuwas Samiul Alim" amalan 3 kali pagi dan 3 kali petang akan dilindungi musibah Bahrul Mazi muka surat 161(kitab jawi) Sahih An'Nasa'i & Surah Al-maarij ayat 18, riwayat Abdillah b Mas'Ud ra, sabda Nabi saw. Ular gergasi membelit menelan manusia yang tidak bayar zakat.

Monday, January 15, 2024

Ular jelmaan Jinn (Surah Al-Jinn 72:8-12)

LIVE-150124 : Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang pada 15 Januari 2024. Sahih Muslim dari Abdillah b Abbas ra. Al-Jinn 72(8)Allah SWT beritahu Nabi Muhammad saw, melalui Ayat 1 surah Al-Jinn, sekumpulan jin beriman kepada kamu setelah mendengar bacaan solat berjemaah kamu. Hasan Sahih dari Tabi'in Al-Qamah b Qais dari Abdullah b Mas'Ud ra. Ketika rombongan para sahabat bertahan dalam lukisan bulatan tanah di satu tempat misteri, Rasulullah saw hilang secara tiba-tiba dalam kegelapan malam. Setelah hampir siang, kelibat Nabi saw muncul dari arah Gua Hiraq, sabda Nabi saw. aku telah berdakwah kepada masyarakat Jin. Para sahabat terkejut apabila diteliti kawasan yang dilalui mereka, seolah-olah telah berlaku kebakaran dasyat pada malam kehilangan baginda saw. Tafsir NURUL IHSAN jilid 4 ms 228 ayat 8 surah Al-Jinn. Sahih Muslim dari Abdillah b Abbas ra. Al-Jinn 72(8) Masyarakat Jin seringkali mencuri rahsia langit untuk dijadikan ilmu sihir di dunia. Menyedari hal tersebut, barisan pemanah mala'ikat mengawal pinggir langit dari diceroboh. Sahih Muslim, Allah tidak terima 40 hari solat hambaNya yang terlibat bomoh sihir. Al Jinn 72:9 Kini, bangsa jin tidak dapat mencuri dengar rahsia langit akibat panahan api tentera mala'ikat Al Jinn 72:10 Kawalan tersebut menyebabkan Berita bencana yang bakal berlaku di bumi sudah tidak dapat dicuri Al Jinn 72:11 Di kalangan jin, ada yang baik dan ada sebaliknya, Sahih Muslim dari Ibnu Abbas, ular itu jelmaan jin dan syaitan. Sahih Muslim dari Abi Said Al-Qudri, sekiranya ular memasuki rumah, maka disuruh keluar sebanyak 3 kali dan sekiranya tidak keluar maka selepas itu boleh dibunuh. Sahih Abu Daud dari Abbas Abd Mutallib, bersihkan ular dari telaga zam-zam itu. Al Jinn 72:12 Setiap makhluk ciptaan Allah akan dibalas dan tidak akan terlepas dari seksaNya.

Wednesday, January 10, 2024

Buat Jahat ke Neraka

100124 : Bahrul Mazi Jilid 21 (Siri 63) - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad, Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang - https://www.youtube.com/watch?v=koiwxzuuVxs Sahih Bukhari dari Jabir b Abdillah ra, Rasulullah saw bermimpi melihat Ummu Sulaim, melihat istana Omar Al-Khatab, dan bunyi tapak kaki bilal bin Rabah di syurga. Ghafir 46 Penghuni kubur akan diazab pagi dan petang, AT Taubah 101 Manusia jahat disiksa di dalam kubur dan di neraka. Ibrahim 27 Manusia Beriman akan teguh kalimahnya di dunia dan di akhirat. Hasan Sahih AtTirmizi, Abi MasUd ra, sabda Nabi s.a.w. Para syuhada di syurga memohon untuk kembali ke dunia sekali lagi bagi mendapatkan syahid