Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Monday, September 18, 2023
Romantisnya Rasulullah saw dan baginda sangat baik pada para isterinya.
Pengajian Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 ms 226 surah Nuh 71:21 syarah Dato' Shamsuri Haji Ahmad
Sahih At Tirmizi, anak cucu dan harta adalah ujian dari Allah
Sahih Bukhari, mala'ikat Jibril kirim salam kepada Saidatina A'isyah ra.
Sahih Imam ahmad, Rasulullah saw berkongsi minum dari bekas minuman isterinya.
Sahih Bukhari, Rasulullah saw mengulangi hafazan Quran baginda sambil baring atas riba isterinya.
Sahih At Tirmizi, lelaki terbaik ialah sangat baik pada isterinya, jangan cerita keburukan jenazah.
Saba 34:34-35 Golongan kaya merasakan diri mereka terselamat dari neraka kerana mereka rajin bersedekah, hakikatnya sumber yang disedekahkan tersebut dari jalan yang haram.
Al-Qasas 28:79, Masyarakat pada zaman itu teruja dan kagum dengan golongan kaya seperti kekayaan Qarun
Nuh 71:21: Nuh mengadu kepada Allah yang pengikutnya terpedaya di bawah pengaruh kekuasaan golongan berharta.
Nuh 71:22: Ramai telah disogok kemewahan sehingga melupakan seruan baginda.
Nuh 71:23: Golongan kaya mempengaruhi masyarakat agar setia menyembah ukiran ulama terdahulu.
Nuh 71:24: Selepas 950 tahun berdakwah akhirnya Nuh berputus asa lalu berdoa memohon pembalasan dari Allah SWT.
Nuh 71:25: Allah mewahyukan kepada Nuh agar membina bahtera untuk pengikutnya yang beriman dan yang menolak seruannya akan dikaramkan melalui banjir besar. Mereka yang tenggelam ini akan dibalas azab di akhirat kelak. Tiada siapa yang terselamat dari azab Allah.
Nuh 71:26: Doa Nuh "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!
Nuh 71:27: Kerana sekiranya dibiarkan hidup, keturunan pendosa ini akan berterusan merosakkan yang lain.
Nuh 71:28: Nuh berdoa agar pengikutnya yang masih beriman diberi keampunan dan yang kafir dibinasakan.
Wednesday, September 13, 2023
Mati dunia akan kekal di alam barzakh sehingga kiamat
Sahih Muslim, Iman manusia tidak konsisten.
Sahih Imam Ahmad, Jibril turun dengan misi kata dua samada Nabi Muhammad saw ingin menjadi seperti Raja Sulaiman atau sebaliknya. Seru Jibril, "Tawadduk kamu wahai Rasulullah!" "Rendahkan diri kamu dengan ALLAH", jawab Rasulullah saw, baginda memilih menjadi pemimpin bersifat hamba kepada Allah.
At-Takaathur, Manusia kini sibuk cari kekayaan dunia. Jangan begitu, depan kamu sekarang, Api Neraka Marak Menyala.
Pengajian Bahrulmazi jilid 21 syarah Dato'Shamsuri Hj Ahmad, Hasan Gharib At Tirmizi, wahai Jabir, bapa kamu istimewa, Allah berbual berdepan dengan para syuhada dan bapa kamu berbual kepada Allah SWT agar beliau dihidupkan kembali ke dunia untuk mati syahid sekali lagi akibat tersangat terlalu gembira dengan hadiah pemberian Allah di syurga. (NOTIS: ALLAH TIDAK SAMA DENGAN MAKHLUK-DILARANG TAKWIL GUNA AKAL FIKIRAN!) Allah berfirman; "Mati manusia tidak kembali ke dunia."
Al-Qiyamah 23-24, Kemuncak nikmat Ahli Syurga ialah melihat Allah SWT
Al-Mukminun 99-100, kafir memohon kembali ke dunia untuk memeluk Islam tetapi didindingi Barzakh sehingga hari kiamat.
Al-Haqqah 44-47, Wahai Muhammad, sekiranya kamu membuat kenyataan rekaan tentang Islam, Allah akan cabut nyawa kamu serta-merta.
https://www.youtube.com/watch?v=XcuGeYMFJbg
Subscribe to:
Posts (Atom)