Nota Cinta

Sunday, September 18, 2022

Umat Muhammad saksi NABI NOAH as.

https://www.youtube.com/watch?v=2YKFsfp4o3g

SHAMSURI HAJI AHMAD : KITAB TAFSIR NURUL IHSAN JILID 4


Muqaddmah
Sahih Bukhari, Abdullah b Abbas r anhuma. Sabda Nabi Muhammad saw, Syaitan membisikkan agar manusia mengukir patung bagi memperingati jasa orang soleh yang telah mati. Generasi terkemudian disesatkan sehingga menyembah patung tersebut. 

Sahih Bukhari sabda Nabi Muhammad saw. Umat Nabi Nuh as menipu di mahkamah akhirat nanti dengan mengatakan Nuh tidak menyampaikan dakwah Islamiah. Nabi Nuh as mengatakan umat Nabi Muhammad saw menjadi saksi kerana mereka membaca Al-Quran. 

Pengajian tafsir Al-Quran kitab Nurul Ihsan surah Nuh 71:1-28 ms223 
71:1-14 & Hud 11:41-46 
ombak


Seruan Nabi Nuh a.s. Sesungguhnya
ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG


Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil".

(Hud 11:46)

Wednesday, September 14, 2022

Hidayah Omar & Wahshyi. Kisah 3 sahabat syahid meminta air

BM21 Siri 55 | 140922 | "Hidayah Unpredictable & Kisah Lah Keldai" - Ustaz Shamsuri Ahmad

Teks Muqaddimah - Ketika zaman awal Permulaan ISLAM


Sahih Muslim, sabda Rasulullah saw. kata-kata melaknat menuduh menyesatkan seseorang akan kena kembali kepada diri sendiri.
Hasan Abu Daud dari Abu Bakr As Siddiq sabda Rasulullah saw, para malaikat yang mempertahankan kamu ketika kamu tidak menjawab pertuduhan tersebut telah beredar ketika kamu bangkit mempertahankan diri. Segerombolan kumpulan syaitan pula datang menggantikan tempat mereka.

Ikrimah b Abi Jahal ingin membalas dendam dengan menyerang hendap rombongan Rasulullah saw tetapi digagalkan oleh Khalid Al-Walid. Apabila pembukaan Kota Mekah, beliau memeluk Islam apabila terpesona dengan keperibadian mulia Rasulullah saw. beliau langsung tidak mempedulikan kata-kata orang ramai yang mengatakan Rasulullah saw sebaliknya. Ikrimah mengamuk ingin menghancurkan musuh Islam lalu meluru berseorangan menuju ke pasukan musuh. 

Selesai perang Yarmuk, ketika Ikrimah,  Ayaj b Rabiah, Al Haris b Hisyam cedera parah meminta air. Sahabat membawa air mengutamakan Ikrimah tetapi Ikrimah menyuruh memberi air kepada Ayaj dan Al-Haris tetapi masing-masing menyuruh memberikan kepada yang memerlukan. Akhirnya ketiga-tiga sahabat syahid sebelum meminum air yang dibawa...