Nota Cinta

Monday, January 17, 2022

Takrir Sunnah ketika Rasulullah saw masih hidup

Kuliah Ustaz Shamsuri Ahmad menggunakan Kitab Tafsir Nurul Ehsan Jilid 4 berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang. pada 17hb Januari 2022 https://www.youtube.com/watch?v=FS87f5bmFT4


Sahih Abu Yaqla ra sabda Nabi saw, bermula kebinasaan umat apabila manusia berzina di jalanan. 
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. manusia sukar terselamat dari zina mata, zina pendengaran, zina lidah, zina tangan, zina kaki(menuju lokasi), zina hati (keinginan) dan akhirnya bakal diputuskan oleh zina kemaluan

Tafsir Nurul Ihsan jilid 4, surah 70: Al-Maa'rij ms 222 
gambar sekadar hiasan




Al-Maarij 70:31 Berzina melampaui batas
70:32 Ciri orang "beriman" ialah Amanah. Al-Ahzab 33:72 Ketika langit, bumi dan gunung-ganang takut memikul "beban amanah" sebaliknya manusia pula yang berkeinginan memikul "beban amanah" dan ketahuilah kebanyakan manusia itu jahil dan menzalimi diri mereka sendiri.
70:34 Dan mereka yang Jaga Solat Ibrahim 14:37 Ketika Nabi Ibrahim as berada di tanah usang di Mekah, baginda berdoa "Ya Tuhanku, jadikan isteri dan anakku mendirikan solat, jadikan hati manusia tertarik kepada Mekah. Limpahkan hasil tanaman buah-buahan disini..." Sahih Muslim dari Ibnu Omar sabda Nabi saw kepada yang membaca (Allah hu akbar kabira Walham dulillah hi kasira WasubhanAllahibuqrataw wa asila), "aku melihat terbuka pintu-pintu langit" (Takrir Sunnah hanya ketika Rasulullah saw masih hidup)
70:35 Mereka yang demikian ditempatkan di Syurga ( 1) Jaga solat 2) Zakat 3) Percaya hari pembalasan 4) takut azab Allah 5) Jaga kemaluan 6) Amanah 7) Saksi Benar 8) Jaga Solat ) "2 kali Allah ulang JAGA SOLAT" *jangan menunjuk/jangan riak ketika solat*
70:36 Menentang Nabi Muhammad saw menyebabkan menjadi kufur
70:37 berpura-pura membenarkan Nabi Muhammad saw adalah 
70:38 tidak beriman kerana manusia tidak boleh sombong. Ini kerana
70:39 Manusia berasal dari titisan mani yang hina mustahil boleh masuk syurga
70:40 Allah bersumpah dengan diriNya sendiri, Tuhan yang Menguasai Bulan, Bintang, Mahatahari dan Alam Semesta bahawasanya Allah Maha BerKuasa !
70:41 Manusia tidak boleh sombong kerana Allah mudah binasakan semua manusia dengan menggantikan makhluk yang lain 

Wednesday, January 12, 2022

DEBAT ISLAM VS KRISTIAN

120122 : Pengajian kitab Bahrul Mazi Jilid 21 ms 136 (Siri 51) - Syarah oleh Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad  Kuliah Maghrib di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang.

https://www.youtube.com/watch?v=XaOeBzBHi0g #Zonkuliah #UstazShamsuri #KuliahAgama

Muqaddimah "3 Tanda Bahagia Manusia"

Sahih Imam Ahmad dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. "3 tanda bahagia manusia ialah isteri solehah, rumah luas dan kenderaan berkualiti. 3 tanda sengsara manusia ialah leteran isteri, rumah sempit dan kenderaan uzur. Jangan melihat golongan atasan kerana lihat golongan bawahan akan merasa syukur kepada Allah s.w.t."

Al-Munafiqun ayat 9, Jangan rosak akibat anak-anak dan harta benda

Sahih Imam Muslim, Hilal bin Umaiyyah ra sumpah Li'an 5 kali menuduh isterinya zina da isterina sumpah menafikan tuduhan juga 5 kali. Setelah bayi lahir dari kandungan hasil hubungan intim yang dituduh zina, Rasulullah saw mengesahkan bayi tersebut hasil zina. Wanita yang bersalah tidak direjam sampai mati tetapi hukuman menanti di akhirat.

DEBAT ISLAM vs KRISTIAN

Hujah Rasulullah s.a.w. tentang pertikaian penganut Nasrani@(kini Kristian) Surah Ali Imran ayat 59 Allah s.w.t boleh jadikan Nabi Adam s.a.w. dilahirkan tiada ibu bapa, dan mudah bagi Allah menjadikan Isa itu lahir ke dunia tanpa bapa. 
Surah Ali Imran ayat 61, Panggil mereka bermubahalah sumpah laknat dan Allah s.w.t menjadi saksi hakim bagi membuktikan kebenaran. 
HR At Tirmizi dari Saad Abi Waqas ra, Rasulullah saw mewujudkan majlis bermubahalah sumpah laknat dengan memanggil ahli keluarga terdekat "ahlul bait/keluarga isi rumah" baginda, Fatimah, Hasan, Husin dan Ali untuk mencabar utusan wakil kumpulan Nasrani@kini Kristian. Para paderi Kristian mengakui kebenaran Nabi Muhammad saw dalam kitab injil mereka, tetapi mereka tetap menolak hujah Rasulullah saw dan tetap mengatakan Nabi Isa itu anak Tuhan. Setelah ketua paderi meneliti wajah-wajah ahlul bait Rasulullah saw, ketua paderi takut dengan kuasa Allah yang akan mengabulkan doa Nabi Muhammad saw untuk menghancurkan Nasrani@Kristian lalu menolak majlis cabaran sumpah laknat tersebut. 

Sabda Rasulullah saw. "Sekiranya kamu menolak cabaran ini bermakna kamu memeluk Islam. Sekiranya kamu tidak mahu memeluk Islam, maka sekiranya kita bertemu lagi akan datang, kami istihar peperangan." Balas Ketua paderi pula, "tak perlulah berperang, elok kita berdamai, kamu ikut agama kamu, jangan larang kami ikut agama kami dan kami sanggup bayar cukai kepada muslim."

* ahli keluarga Ahlul Bait, Nabi Muhammad saw, semua anak-anak Rasulullah saw, keturunan Bani hashim dan bani Abdul Muttalib. * ahlul bait tidak boleh menerima zakat. 
Sahal b Saad ra, Saidina Ali Abi Talib sangat disukai dipanggil "Abu Turat/bapa tanah debu" kerana gelaran tersebut diberi oleh Rasulullah saw. 
Sahih Bukhari dari A'isyah r anha sabda Rasulullah saw. Allah swt telah melantik anakku Fatimah menjadi penghulu muslimah di akhirat
Sahih Bukhari dari Al-Barraq b Aziq ra. sabda Rasulullah saw, " sayangilah cucuku sepertimana daku menyayangi mereka.. "