Nota Cinta

Monday, February 17, 2020

ISLAM beri peluang "BERUBAH"

https://www.youtube.com/watch?v=7oV4YHZLGls Kuliah Ustaz Shamsuri Ahmad menggunakan Kitab Tafsir Nurul Ehsan Jilid 4 berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang.

Sahih Imam Ahmad b Hambal, Abu Umamah ra Seorang pemuda berjumpa rasulullah saw untuk meminta izin berzina Sabda Nabi saw. Wahai pemuda yang minta izin untuk berzina, mahukah kamu benarkan orang lain berzina dengan ibu kamu / anak perempuan kamu / kakak kamu / adik perempuan kamu. Begitulah juga dengan orang lain yang tidak benarkan ahli keluarga perempuan mereka berzina dengan kamu. Rasulullah saw meletakkan tangannya ke atas dada pemuda tersebut sambil berdoa. Ya Allah, bersihkanlah hati pemuda ini dari gangguan syaitan, ampunilah dia dari ingatan kotornya, sucikanlah kemaluan pemuda ini, jangan sampai pemuda ini berzina. Setelah kejadian tersebut, pemuda itu langsung tidak berfikir untuk berzina lagi.
gambar sekadar hiasan

Sahih At Tirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, Seseorang tidak akan berzina mahupun mencuri sekiranya iman ada didadanya ketika itu.

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Sekiranya cukup saksi, kesalahan zina ialah sebat tetapi jangan mencela, memaki dan menghina pesalah tersebut.

Sahih Muslim A'isyah r anha sabda Nabi saw. Islam memberi peluang kepada pesalah untuk berubah maka janganlah mencerca dan membuang mereka.

Sahih Bukhari, Anas ra sabda Nabi saw, Kiamat akan terjadi apabila wujud muslim yang kejahilan/tidak tahu Islam. "Contoh Jahil Muraqab, Ayat Quran ni zaman nabi saja boleh, sekarang 2020 ni lain"

70:29 Dan mereka yang menjaga kehormatannya, 
70:30 Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela;
70:31 Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
70:32 Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
70:33 Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);
70:34 Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
70:35 Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.

Wednesday, February 12, 2020

Beza Abu Lahab dan Abu Jahal

https://www.youtube.com/watch?v=bKOqxQ46P90&t=4248s
120220 : BM21 "Dewa Bukit Siguntang" - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad, Kuliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad menggunakan kitab Bahrul Mazi Jilid 21 berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang

Fiqad Imam Ahmad (Hadis Fiqad/Dipercayai) AL Malek 
gambar hiasan
Khalifah Omar Al Khattab ra pecat Khalid Al Walid ra dan menghantar Abu Ubaidah Al-Jarrah ra untuk menggantikan Khalid sebagai Governor Sham. Khalid menerima Abu Ubaidah sebagai govenor menggantikannya sambil melaungkan kepada khalayak umum, " Demi Allah, aku mendengar Nabi saw bersabda, Abu Ubaidah Al Jarrah merupakan Pemegang Amanah Umat. " Balas Abu Ubaidah, " Wahai Sekalian Muslimin, aku mendengar sabda Nabi saw. Khalid Al Walid adalah Pedang dari pedang-pedang Allah."

Sahih Muslim ibni Omar sabda Nabi saw.
Sesiapa mempertikai Usamah b Zaid b Haritah sebagai pemimpin maka dia mempertikaikan keputusanku kerana Usama b Zaid ni kesayanganku. 

Bahrulmazi jilid 21 Ms120, Perang Badar. Perang Pertama ISLAM Perang Pertama Bulan Ramadan
313 muslim serba kekurangan vs 1000 kafir lengkap bersenjata. Badar AlQubra / Perang bantuan ALLAH

Sahih Bukhari, Zaid b Arqam ra, Nabi saw 19 kali turun Medan berperang. Sabda Nabi saw, jangan sampai melakukan sesuatu yang dimurkai Rasulullah saw kerana kamu tidak akan selamat dari kemurkaan Allah. 

BEZA ABU LAHAB & ABU JAHAL 
Abu Lahab - Abdul Uzza b Abd Muttalib @Bapa Saudara Rasulullah saw.  Abdul Mutalib gelarkan Abu Lahab kerana wajahnya bersinar kononnya kelihatan orang yang baik-baik. 
Abu Jahal - Amru b Hisyam Al Muqhirah @Abul Haqam/Bapa Kebijaksanaan. Oleh kerana kejahatannya menyula Sumaiyah dengan besi panas maka Rasulullah saw menyebutnya Abu Jahal.

Rumusan isu Sajat, Hadis Nabi saw melaknat umrah orang sebegini, antara dia dengan Allah (fullstop). 

Rombongan Jaafar Abi Talib ra berjumpa Raja Najashi, Kami tidak sujud kepada makhluk kerana kami hanya sujud kepada Allah iaitu Tuhan kapada tuanku dan Tuhan yang anugerahkan kerajaan ini kepada tuanku. 16-22 Surah Mariam, Kebesaran Kekuasaan ALLAH, Nabi Isa as lahir dari rahim Mariam tanpa persetubuhan lelaki. Raja Najashi dan para rahibnya menangis akan kebenaran ayat Quran yang dibacakan Jaafar.