Nota Cinta

Saturday, January 25, 2020

Hebbatus Sauda


Sahih Bukhari Ibnu Abbas ra ditahmid Rasulullah saw. “Allahumma Alimmul Qitab” 
Tafsir Quran Surah An-Nasr 110:1 dari terjemahan ‘Apabila tiba pertolongan Allah, berjaya’ jawab Ibnu Abbas, Makna ayat Quran tersebut ialah Rasulullah saw sudah hampir ajalnya kerana tugas baginda telah selesai. 

Bahrulmazi jilid 14 ms57 Hebbatus Sauda @jintan hitam
Sahih At Tirmizi dari Ibnu Omar ra, Sabda Nabi saw biasakan makan Hebbatus Sauda kerana ia penyembuh segala penyakit kecuali mati. 

Syarah Muslim Imam Nawawi, Goreng hebbatus sauda tanpa minyak sehingga panas kemudian balut dengen kain menjadi bunjut untuk dicium bagi penyakit selsema dan resdung.
Rebus hebbatus sauda dan kumur airnya sehingga hilang sakit gigi. 

Sahih At Tirmizi, Anaz b Malek ra. Nabi saw mengharuskan bani urainah minum susu dan air kencing unta bagi mengubati demam.

QISAS / Hukum Balas (Surah Al-Baqarah 2:178) (Surah Al-Ma'idah: 45) 
Sahih Muslim, Anaz b Malek ra. 8 orang bani Urainah dihukum qisas dikorek biji mata, kaki kanan tangan kiri/ kaki kiri tangan kanan dipotong sepertimana penjenayah samun tersebut mencacatkan mangsa iaitu pengembala unta zakat yang mereka bunuh secara zalim. Setelah diqisas, penjenayah dilempar di tengah panas sehingga mati. 

Imam Syafi’e, air kencing semuanya najis, kecuali diharuskan untuk perubatan. 

Monday, January 20, 2020

Al-Maarij 70:19

Muqaddimah, Hadis Hasan Imam Ahmad, dari Abi Burdah dari Abi Musa@Abdullah b Qais ra sabda Nabi saw. Segerakan kebumikan jenazah, jangan ada asap kemenyan, jangan ada keranda atau halangan jenazah dengan tanah, jangan ada binaan atas kubur dan jangan ada yang meratap tangis.

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Segala amalan tidak deiterima apabila Matahari terbit dari Barat, Keluarnya Dajal dan Keluarnya makhluk Dabbhatul Ardhi. 

Sahih Ibnu Majah, Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Ketawa terlalu banyak akan menyebabkan hati mati. Bercakap banyak tanpa zikir akan menyebabkan hati menjadi keras. 

Tafsir Nurul Ihsan jilid 4, ms 221 surah Al-Maa'rij ayat 70:19-30 syarah Ustaz Shamsuri

gambar hiasan - tidak bayar zakat
70:19 Manusia diciptakan gelisah
70:20 Apabila diuji kesusahan
70:21 Tetapi manusia bila senang menjadi kedekut
70:22 Kecuali mereka yang solat 
70:23 iaitu yang menjaga solat ( Sahih Bukhari sabda Nabi saw, Mala'ikat saling tukar shif di waktu solat Asar dan Subuh untuk melaporkan kepada Allah sebagai formaliti ) 
70:24 dan membayar zakat ( Sahih An'Nasai- Ab.Mas'Ud sabda Nabi saw, ular Sujjaq Al-Aqra membelit leher mereka yang tidak bayar zakat semasa hidup di dunia )
70:25 zakat untuk golongan miskin 
70:26 dan percaya hari pembalasan
70:27 dan takut pada azab Allah
70:28 kerana azab Allah tiada siapa boleh melepasinya
70:29 dan mereka yang memelihara kehormatan diri dari berzina
70:30 kecuali jalan halal

Wednesday, January 8, 2020

Adab sebelum masuk rumah

AnNur 27, Jangan masuk rumah tanpa minta izin

Sahih At Tirmizi dari Qaladah b Hambal ra sabda Nabi saw. Beri salam dan minta izin untuk berjumpa atau jangan datang ke rumah.

Sahih Abu Daud, Abdullah b Busr. Nabi saw sentiasa memberi salam sambil berdiri di kanan atau kiri mana-mana pintu masuk rumah.

Sahih Muslim, Saad Abi Waqaz sabda Nabi saw. Syaitan takut Omar Al-Khattab ra sehingga mereka mengelak dari melalui laluan Saidina Omar.

Hasan At Tirmizi, Ibni Abbas ra sabda Nabi saw. Hati-hati bila memetik hadisku. Sengaja membohongi hadisku maka siap tempatnya di neraka.

Bahrulmazi jilid 21 ms116 syarah Ustaz Shamsuri


Tafsir Quran dijelaskan dalam Hadis seperti fardu solat 5 waktu. Tiada beza muslim dengan kafir melainkan solat 5 waktu. Ayat Quran ada 2 jenis iaitu ayat muhkamad dan mutasyabihah kerana Allah menguji manusia sepertimana Allah jadikan manusia kafir dan manusia muslim. Al-Maidah 48 Sekiranya Allah mahu, seluruh umat manusia beragama Islam.