Nota Cinta

Tuesday, April 3, 2018

Denda Ramadhan dan Hadis pemimpin

3/4/18 Masjid Sultanah Bahiyah BM12 Bahagian daging kesukaan Nabi s.a.w. 

Sahih Bukhari dari Abu Hurairah r.a. sabda Nabi s.a.w. 

Denda hubungan seks siang hari bulan Ramadhan mengikut kemampuan ialah 
1) Merdekakan hamba atau
2) Puasa 2 bulan setiap hari tanpa tertinggal atau
3) Beri makan kepada 60 orang miskin atau
4) Bagi makan kepada keluarga kamu. 

Rasulullah s.a.w. membayar hutang rakyatnya yang mati meninggalkan hutang demi kelaparan dan kelangsungan hidup. 

Sahih Musim
Sabda Nabi s.a.w. kepada Abd Rahman b Samurah ra. Jangan meminta jawatan kerana ia risiko kemudaratan kecuali didesak kerana ia akan dibantu Allah. Pemimpin yang mati menipu rakyatnya akan diharamkan syurga ke atasnya

Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 12 ms 229.
Hasan lagi Sahih At Tirmizi dari A'isyah r anha,
Nabi saw suka makanan bahagian lengan kambing. Sabda Nabi saw, cuka juga sejenis lauk.
Hasan Gharib dari A'isyah r anha, Nabi saw makan termbikai dan kurma masak.

Monday, April 2, 2018

Pembunuhan Nabi Zakaria as

2/4/2018, Masjid Simpang Empat syarah Ustaz Shamsuri.

gambar hiasan
Sahih Bukhari dari Anaz b Malek ra. Abu Jahal menuntut kebenaran Quran agar diturunkan azab ke atasnya. Allah menangguhkan azab kerana dikalangan mereka ada Rasulullah s.a.w. dan selagi ada manusia yang beristigfar kepadaNya. 

Akibat kesombongan, Qarun, harta dan keluarganya ditelan bumi. Firaun, penasihatnya Haman dan tenteranya ditenggelami laut. 

Pengajian tafsir Nurul Ihsan jilid 2 ms 326 Surah Al-Isra ayat 5
  1. Sebagai pembalasan atas kesalahan Bani Israel membunuh Nabi Zakaria as dan cubaan membunuh Nabi Yahaya as, Kami hantar bala tentera pimpinan Jalut ke Baitulmaqdis. 
  1. Setelah itu, Kami utuskan pasukan tentera raja Talut dan Nabi Daud as bagi membebaskan kembali Baitulmaqdis dari kekejaman Jalut. Kami berikan bani Israel kekayaan harta benda dan dikembangkan komuniti mereka. 
NABI ZAKARIA AS DAN ANAKNYA NABI YAHYA AS DIBUNUH
Riwayat Wahab b Munabbih - Tafsir Ibnu Katsir, (status hadis-Marfu' / hadis yang diangkat disandarkan kepada nabi Muhammad saw) Ketika sekumpulan Bani Israil mengejar untuk membunuh Nabi Zakaria as, baginda Zakaria berlari menuju ke sebuah pokok yang besar dan tiba-tiba pokok tersebut terbuka dan baginda masuk ke dalamnya lalu pokok tersebut menutup kembali. Bani Israil mengetahui yang Nabi Zakaria bersembunyi di dalam pokok tersebut lalu menggergajinya hingga terbelah dua. Apabila gergaji mengenai badan baginda Nabi Zakaria as, baginda merintih kesakitan..."Allah SWT tidak tahan mendengar rintihan Nabi kesayanganNya lalu berfirman, " Wahai Zakaria, sekiranya kamu terus merintih begini, Aku akan ambil tindakan terbalikkan bumi tempat umat kamu ini. Baginda Zakaria as merayu "ya Allah, janganlah Kamu apa-apakan umatku. Akhirnya Nabi Zakaria as wafat sehingga badannya terputus dua.