Nota Cinta

Wednesday, March 14, 2018

Rekod Amalan Akhirat

14-3-2018 Masjid Abdullah Fahim syarah Ust Shamsuri

Sahih Bukhari dari Usamah b Zaid r anhuma sabda Nabi s.a.w., fitnah berlaku di dalam rumah.
Riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah r a, sabda Nabi s.a.w. yang jahat tetap ke neraka. 

Riwayat Buraidah ra sada Nabi s.a.w. Pahala taubat Maiz ra yang mahukan dirinya direjam sampai mati akibat dosa zina itu boleh dibahagikan kepada seluruh penduduk Madinah. 

Sabda Nabi s.a.w. Hudud itu hukuman Allah wajib dilaksanakan walaupun penzina terlalu uzur

Bahrulmazi bab 21 Allah Mengetahui baik dan jahat

Kahfi 49. Di akhirat, catatan rekod amalan dibentangkan dengan terperinci walaupun sekecil perkara. 
Wajib makan makanan halal dan dari sumber yang halal.

Salman Al Farisi ra sabda Nabi s.a.w. jangan melampau hal Islam. 


Monday, March 5, 2018

Penyesalan @Taubat

5/3/2018, Masjid Simpang Empat syarah Ustaz Shamsuri

Sahih Imam Ahmad dari Ibnu Abbas r anhuma sabda Nabi s.a.w. Solat 5 waktu dan buat baik boleh memadamkan dosa. 

Sahih Ibnu Majah dari Abullah bin Maqqill b. Muqarrim berjumpa Ibnu Mas'Ud ra sabda Nabi s.a.w. Menyesal itu taubat

Sahih Muslim dari Abi Dzar ra sabda Nabi s.a.w. Jawatan itu amanah dan sekiranya tidak memenuhi amanah maka akan dihina di akhirat. 

Pengajian tafsir Nurul Ihsan bab 2 Surah Al-Isra ayat 2


  1. Peringatan kepada bani Israil agar tidak menolak petunjuk kitab Taurat dan Nabi Musa as. 
  2. Peringatan kepada kaum Nabi Nuh as agar taat kepada baginda kerana Nuh adalah hamba Kami yang sangat bersyukur kepada Kami. 
  3. Kesombongan besar kesalahan pertama bani Israil ialah membunuh Nabi Zakaria as dan kedua membunuh anak nabi Zakaria@nabi Yahya as. Sesungguhnya Kami akan terbalikkan bumi sekiranya Zakaria merintih kesakitan akibat digergaji oleh kamu semua tetapi baginda menahan kesakitan kerana sayang kepada kamu semua.