Ustaz Dato' Shamsuri Hj. Ahmad - BahrulMazi jilid 21 Bab Syaitan Ugut Anak Adam, Masjid Abdullah Fahim 10.1.2018
Hadis Hassan Imam Ahmad dari Abdillah Amru b Al-Az r.a.
Sabda Nabi s.a.w. "Kubur boleh jadi samada taman syurga atau lubang neraka. Manusia di dalam kubur dikurniakan akal berfikir." Bisik Omar Al-Khattab r.a. "celakalah aku".

Hadis Hasan Ibnu Majah dari Bashir r.a.
Sabda Nabi s.a.w. Untung bagi yang mati muslim manakala rugi bagi yang mati kafir. Tanggalkan selipar ketika berjalan di kawasan kubur.

Sahih Muslim, sabda Nabi s.a.w. Mayat di dalam kubur mendengar bunyi tapak kasut manusia berjalan.
KETEGUHAN KEPERCAYAAN SAHABAT RASULULLAH S.A.W
Isteri Abu Dzar r.a. menangis kerana tidak mampu menguruskan jenazah suaminya seorang diri. Kata Abu Dzar yang sedang nazak, Demi Allah, sabda Nabi s.a.w. dikalangan sahabatku dimana sahabat baginda yang terakhir akan meninggal dunia di tempat terpencil dan akan diuruskan sekumpulan mukmin. Akhirnya sekumpulan pemuda mukmin yang kebetulan lalu disitu menguruskan jenazah Abu Dzar Al-Ghifari r.a.

Al-Hadid ayat 20.
Dunia hanya keseronokan, kemegahan dan perhiasan sementara yang menipu daya tetapi ingat wahai manusia, Akhirat adalah kesudahan kehidupan manusia samada ke neraka atau diredhai Allah.

Bahrulmazi bab 21 SYAITAN BISIK HATI MANUSIA UGUT ELAK BUAT BAIK.
Abd b Kais@Abu Musa r.a. sabda Nabi s.a.w. Hati manusia dinamakan Kalbu kerana sentiasa berubah pendirian dan tidak tetap.
Nuqman b. Basyir r.a. sabda Nabi s.a.w. Dalam badan manusia ada segumpal darah dipanggil hati dimana sekiranya baik maka baik perbuatan manusia. Jika hati jahat maka jahatlah manusia.

Al-Imran 137 Melanconglah untuk ambil pengajaran akan lokasi yang ditimpa bencana kesan dari kemurkaan Allah.
Bukhari (Hadis Sahih). 2 sahabat Ansar cuba beredar apabila ternampak Rasulullah s.a.w. bersama seorang wanita di kawasan gelap malam. Nabi s.a.w. memanggil mereka berdua sambil memberitahu yang wanita bersamanya itu adalah Safiyah bt.Huyai atau isteri baginda sendiri. 2 sahabat Ansar memberitahu bahawa mereka tidak fikir negatif. Sabda Nabi s.a.w. Syaitan berjalan dalam salur darah manusia. Ditakuti syaitan ini akan menipudaya kamu berdua agar berfikiran negatif terhadapku.
Al-Kahfi 50, Allah perintahkan jin dan mala'ikat supaya hormat pada manusia tetapi ditolak oleh sekumpulan kaum dalam komuniti jin sambil mencekak pinggang. Akibat bantahan tersebut, kelompok ini dipanggil Iblis@putus rahmat Allah. Adakah manusia mahu ikut Iblis sedangkan Iblis itu musuh manusia. Sangat buruk apabila manusia memilih iblis sebagai ikutan. Allah membenarkan permintaan Iblis akan penangguhan kematian mereka sejak zaman Nabi Adam a.s. sehingga tiupan sangkakala pertama.