Ust Shamsuri syarah kitab Bahrulmazi
bab 21 Ahlul Sufah Masjid Ab Fahim 8-3-2017
Sahih At Tirmizi Anaz b
Malik ra. Seorang abang mengeluh adiknya tidak bekerja sedangkan dia
sehari suntuk cari rezeki. Sabda Nabi s.a.w. Jangan kamu mengeluh dan mengata
adik kamu kerana rezeki kamu disebabkan adik kamu yang setiap hari belajar
Islam di masjid.
Sahih Bukhari sabda Nabi s.a.w.
kepada Saad Abi Waqaz ra. Kadang kala rezeki yang diperolehi adalah
berkat dari doa orang lain.
Al-Anfal 33 Allah tangguhkan azab
kerana Rasulullah s.a.w. berada
dikalangan umat tersebut.
Pengajian kitab Bahrulmazi syarah Dato’
Ustaz Shamsuri bab 21 Ahlul Sufah ms 90
Ahlul Sufah adalah fakir miskin yang menumpang di
masjid Rasulullah s.a.w. kerana tiada rumah. Mereka menerima ilmu islam secara
bersemuka dari Nabi s.a.w. Sekiranya lapar, mereka akan memakan gantungan tandan
kurma hasil sedekah dari masyarakat setempat. Ada dikalangan penduduk
bersedekah buah kurma yang buruk lagi tidak elok.
HR At Tirmizi Al-Barraq ra sabda
Nabi s.a.w. Sedekah barangan tidak
elok adalah pernghinaan.
Sahih Bukhari Anaz b
Malek ra Rasulullah s.a.w. takjub dengan Abu Talhah ra yang mewakafkan kerbun kurma demi saham akhirat
. Baginda Nabi s.a.w. membalas, dahulukan
adik beradik saudara mara
. Abu Talhah kemudiannya mengagihkan 70 orang
kerabatnya dengan setiap seorang mendapat 200 batang pokok kurma.
Sahih Muslim dari
Asma’ bt Abi Baqh sabda Nabi s.a.w. Sedekahlah ikut kemampuan tetapi jangan
berkira dengan Allah kerana dikhuatiri Allah berkira dengan kita.
Hasan Sahih At Turmuzi Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Sedekah
terbaik ialah ketika sihat, ketika tengah sayang duit, ketika takut jadi miskin
dan ketika sedang angan-angan menjadi kaya. Jangan menangguhkan sehingga nyawa
di halkum.
Barangsiapa mendengar dan mengamalkan hadis-hadisku maka dia
orang yang baik lagi beruntung. Setelah para sahabat mendengar saranan
Rasulullah s.a.w. maka tiada lagi sedekah ya
ng tidak elok.