Ustaz Shamsuri - BM 14 Bab Ubat Yang
Dikhabarkan Oleh Syarak,Masjid Muttaqin Jitra 15.11.2016
Zaman kanak-kanak Ibnu Zubair Al-Awwam, beliau telah bersumpah taat setia pada Rasulullah s.a.w. semasa usia kanak-kanak.
Ibnu Zubair Al-Awwam r anhuma minum darah bekam Rasulullah s.a.w.
Hadis Hasan dari Amir ibni Abdillah r anhuma dari Abu Asim dari Abu Salamah ra. Rasulullah s.a.w. memerintahkan ibnu Zubair membuang darah bekam baginda sebaliknya ibnu Zubair secara sembunyi meminum darah tersebut. Setelah Nabi s.a.w. mendapat tahu, baginda bersabda "Celakalah kamu ibnu Zubair dengan orang dan celakalah orang dengan kamu."
Ibnu Zubair Al-Awwam r anhuma minum darah bekam Rasulullah s.a.w.
Hadis Hasan dari Amir ibni Abdillah r anhuma dari Abu Asim dari Abu Salamah ra. Rasulullah s.a.w. memerintahkan ibnu Zubair membuang darah bekam baginda sebaliknya ibnu Zubair secara sembunyi meminum darah tersebut. Setelah Nabi s.a.w. mendapat tahu, baginda bersabda "Celakalah kamu ibnu Zubair dengan orang dan celakalah orang dengan kamu."
Zaman remaja Ibnu Zubair Al-Awwam disegani Khalifah yang menawan 2/3 dunia.
Ketika Omar Al-Khattab menjadi khalifah, ramai kanak-kanak melarikan diri apabila terserempak dengan Omar kecuali ibnu Zubair Al-Awwam. Omar bertanya, kenapa kamu tidak lari seperti budak-budak lain? Jawab Ibnu Zubair, kenapa perlu takut sedangkan aku tidak buat salah. Omar membalas. kamu bakal menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti.
Zaman kegemilangan Ibnu Zubair Al-Awwam
Selepas zaman khulafa ArRasyidin. Abdullah bin Zubair berjaya menewaskan khalifah Malek bin Marwan untuk menguasai Mekah bagi merobohkan ka'bah lama untuk digantikan dengan ka'bah baru impian Rasulullah s.a.w. mirip binaan Nabi Ibrahim as seperti yang diberitahu A'isyah r anha. Berita Mekah ditawan Ibnu Zubair dan rakan-rakannya mengundang kemarahan gabenor Iraq ketika itu iaitu Hajjaj As Saqafi. Hajjaj menubuhkan pasukan bala tentera sehingga berlakunya peristiwa Iraq menyerang Mekah. Ibnu Zubair ditawan, dihukum bunuh dengan mayatnya disula dan disalib. Ka'bah impian Rasulullah s.a.w. yang sedang dalam pembinaan dirobohkan dan akhirnya ka'bah kembali dibina seperti bentuk asal sehingga hari ini.
Ramai para sahabat berpendapat, kekuatan Ibnu Zubair ini berpunca dari minum darah bekam Nabi s.a.w.
Hukum makan darah dan bangkai adalah haram @Sepakat Jumhur Ulama
Minum darah Nabi s.a.w. dilarang tetapi ada diantara beberapa sahabat yang melakukan demikian demi perasaan sayang terhadap Nabi s.a.w. melebihi keadaan.
Sepakat ulama, hujung rambut sehingga hujung kaki Nabi s.a.w. ada keberkatan. Keberkatan ini hanya ada pada tubuh Rasulullah s.a.w. tiada pada manusia lain selain baginda.
Sahih Muslim dari Anaz b Malek ra, ibuku Ummu
Sulaim r anha menadah peluh Rasulullah s.a.w. untuk dijadikan minyak wangi dan
Nabi s.a.w. membenarkan akan keberkatan peluh baginda.
CELAK PAKAI UNTUK TIDUR
Hadis Hasan Gharib At Tirmizi
dari Abbad ibni Mansur ra. Sunnah Nabi s.a.w. memakai celak dengan 3 calitan
kiri dan 3 clitan kanan ketika hendak tidur.
Hasan lagi Sahih At Tirmizi dari Imran b
Husein ra. Nabi s.a.w. menegah Imran dari berubat buasirnya dengan guna besi
panas.
Hasan lagi Gharib At Turmuzi
dari Anas b Malek ra. Nabi s.a.w. telah menggunakan besi panas untuk mengubati
penyakit tulang belakang As Ad b Zurarah ra.
Hasan lagi Gharib At Turmuzi
dari Jabir b Abdillah ra Nabi s.a.w.pernah mengubati Ubai b Kaap ra menggunakan
besi panas.
Nabi s.a.w. menggunakan besi panas untuk mengubati para sahabat atas kapasiti penyakit tertentu yang dihidapi tetapi baginda menegah keras penggunaan besi panas ini.