Nota Cinta

Tuesday, October 25, 2016

Imam baca surah pendek atau panjang?

Ustaz Shamsuri, Masjid Padang Temusu 25.10.2016

HR Ibnu Majah sabda Nabi s.a.w. Jumaat merupakan hari Nabi Adam as dikeluarkan dari syurga dan hari baginda diwafatkan. Jumaat juga merupakan hari mustajab doa dan hari bermula kiamat. Seluruh makhluk gunung-ganang bukit-bukau lautan luas gentar akan kemuliaan hari Jumaat maka kerana itu, Jumaat adalah penghulu segala hari.



Pengajian kitab Bahrulmazi  jilid 2 ms222 Bacaan imam solat Subuh

Hasan lagi Sahih AtTurmuzi dari Jabir b Samurah ra sabda Nabi s.a.w. Sunnah baca surah panjang bagi meraikan kesempatan makmum menyertai berjemaah manakala sunnah memendekkan surah sekiranya terdapat makmum yang mempunyai urusan penting kehidupan. 

Saturday, October 22, 2016

Pencetus Ummah

Ustaz Shamsuri - Bicara Perdana,Huffaz Perjana Masyarakat Ke Arah Rahmatun,Masjid Bandar Perda 22.10.2016

Kaap b Malek ra, sabda Nabi s.a.w. Barang siapa menuntut ilmu bertujuan untuk mencari populariti atau berdebat dengan ulama atau memperbodohkan orang yang kurang ilmu maka dia akan dibawa ke neraka.

Sahih Bukhari dari Abdullah bin Kais ra. sabda Nabi s.a.w. Dakwahlah dengan mesej mudah faham dan khabarkan berita gembira akan peluang keampunan untuk mendapatkan syurga Allah.

Syarah Fathul bhari sahih Bukhari syarah dari Imam As Syafie. Mengejar populariti Selebriti Dakwah akan memusnahkan diri.

Sahih Bukhari Yazid Umarah ra. dari Muaz b Jabbal ra. sabda Nabi s,a,w, Ilmu dan Iman berkedudukan istimewa yang memerlukan usaha kuat dalam menempuhi laluan sukar.
.
Umat Islam akhir zaman ibarat buih yang hanyut iaitu ramai tetapi miskin, lemah dan dipandang rendah oleh bukan Islam. Ini kerana muslim terpesona mengejar dunia disamping tidak mengendahkan kematian.
A'isyah r anha doa Nabi s.a.w. Ya Allah, pemimpin terpilih dikalangan umatku yang memudahkan rakyat maka mudahkan hidupnya manakala sekiranya sebaliknya maka susahkan hidupnya.

Sahih Muslim dari Abdillah b Mas'Ud ra sabda Nabi s.a.w. Tidak masuk syurga sesiapa yang ada sifat takabur iaitu menolak kebenaran disamping memandang hina orang lain.

Sahih Bukhari dari Ummu Habibah@Ramlah bt Abu Suffian. aku tidak boleh menikahi adik dan kakak sekaligus kerana ia menyalahi syariah.

Sahih Imam Ahmad Nabi s.a.w. Wahai Zahir, walaupun kamu langsung tidak dikenali masyarakat tetapi kamu mahsyur di sisi Allah dan Rasul.

Surah TaHa 124-127 Hari ini (akhirat) Aku butakan mata kamu kerana kamu tidak mengendahkan Quran Hadis semasa kamu masih hidup di dunia. Demikianlah azab kepada mereka yang melampau batas iaitu yang berpaling dari peringatan Quran Hadis. Sesungguhnya azab Allah amat dasyat. 


Tuesday, October 18, 2016

Harus sekiranya tiada ubat yang halal

Ustaz Shamsuri - BM 14 Bab Bolehkah Berubat Dengan Benda Najis,Masjid Muttaqin Jitra 18.10.2016 Syarah pengajian kitab Bahrulmazi jilid 14 ms 63
gambar hiasan

Harus sekiranya insulin dari babi tetapi haram sekiranya ada yang halal kerana Sabda Nabi s.a.w. Allah tidak menjadikan sembuh daripada benda najis yang haram maka haram sekiranya ada ubat yang halal. 

Pendapat Imam An Nawawi dan imam As-Syafi'e, harus minum arak dalam keadaan kritikal atau sekiranya darurat yang boleh membawa maut. Sebahagian ulama mewajibkan bagi menyelamatkan nyawa dari maut. 

HR AtTirmizi dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi s.a.w. 4 Kaedah perawatan 1) Titik ubat ikut hidung 2) Titik ubat ikut mulut 3) Berbekam-Buang darah kotor 4) Makan julap - Pembersihan usus

Monday, October 17, 2016

JAUHI ARAK,JUDI,CATUR,TILIK NASIB ANAK PANAH

Syarah Ustaz Shamsuri - TN 1 Tafsir Surah Al Maidah Ayat 90-92 [17.10.2016] Pengajian kitab Nurul Ihsan

Sahih Bukhari sabda Nabi s.a.w. pada akhir zaman nanti, ramai manusia alim meninggal dunia, zina terang-terangan, arak bebas diminum, nisbah 1 lelaki 50 perempuan.

Sahih AnNasa'i sabda Nabi s.a.w. Akan lambat masuk syurga apabila mengungkit kebaikan, derhaka ibu bapa dan tidak bertaubat dari minum arak. 

gambar hiasan
Sahih AtTurmuzi dari Abdillah b Omar Al-Khattab sabda Nabi s.a.w. Allah tidak menerima solat selama 40 hari bersamaan setitik arak yang diminum.

Sahih Abu Daud sabda Nabi s.a.w. Allah melaknat sesiapa yang terlibat dengan arak. 

Anaz bin Malek ra. Bapa tiriku Abu Talhah dengan segera memusnahkan tong-tong araknya apabila turun ayat Quran mengharamkan arak. 

Nurul Ihsan ilid 1 ms 241 Surah Al-maidah ayat 5:90-92

90; Wahai mukmin, 1)arak-menutup kewarasan 2)judi-mudah dapat wang dan mudah hilang duit 3)catur-patung-patung kecil objek bernyawa/berhala 4)permainan tikam tilik nasib anak panah. Keempat-empat ini haram dan jauhilah agar mudah-mudahan syurga menjadi tempat kejayaan kita. 
91; Arak dan judi ini adalah senjata syaitan untuk mewujudkan pergaduhan dan permusuhan dikalangan manusia.
92; Taatlah Allah dan Rasul, sesungguhnya Rasul hanya penyampai. 

Hadis Sahih dari A'isyah r anha. Saad Abi Waqaz meninggal dunia di Madinah. 
BUKAN di China