FAHAM QURAN "TERJEMAH VS TAFSIR"
Khalifah Omar Al-khattab ra memanggil seorang pemuda iaitu Ibnu
Abbas untuk menyertai mesyuarat para
senior para sahabat yang semuanya telah berusia. Abdur Rahman bin Auf ra membantah
kerana Ibnu Abbas adalah masih budak muda. Saidina Omar Al-Khattab memerintahkan
siapa yang dapat mentafsirkan surah An Nasr, semua para sahabat menterjemah “apabila
datang pertolongan Allah maka kemenangan bagi umat islam.” tetapi jawab Ibnu Abbas ra. Apabila turun ayat tersebut maka ajal Nabi
s.a.w. telah sampai. Khalifah Omar Al-Khattab menegaskan, itulah maksud sebenar
kefahaman ayat Quran tersebut.
KELEBIHAN HEBBATUS SAUDA
Hasan lagi Sahih AtTurmuzi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Biasakan makan hebbatus sauda kerana ia penyembuh segala penyakit kecuali mati.
MINUM AIR KENCING UNTA APABILA MUDARAT SAKIT
Hasan lagi Sahih AtTurmuzi dari Ibnu Abbas ra. Nabi s.a.w. telah menyuruh 10 pengembara bani Urainah yang sakit pergi berjumpa seorang pengembala unta agar meminta susu unta dan air kencing unta untuk diminum bagi mengubati penyakit.
Sahih Muslim. Setelah 10 pengembara bani Urainah sihat serta-merta, mereka membunuh pengembala unta tersebut kerana merasakan unta itu istimewa.
QISAS /BALAS SETIMPAL TEPAT kelakuan pemangsa pada mangsa
Sahih Muslim. 10 pengembara bani Urainah yang menyamun dan membunuh tersebut berjaya ditangkap sepasukan muslim arahan Nabi s.a.w. Mereka dibawa ke depan Nabi s.a.w. untuk diQisas@Hukum Balas tepat setimpal pada mangsa dikenakan pada pemangsa. Penjenayah telah dipotong tangan kanan dan kaki kiri mengikut ARAHAN ALLAH SWT serta mata mereka dikorek seperti mana mereka korek biji mata pengembala unta yang mereka bunuh. Penjenayah 10 bani Urainah akhirnya dilemparkan di tengah panas sehingga mati.
SEGALA BENTUK NAJIS HARAM DIJADIKAN UBAT
Sahih Abu Daud dari Ummu Sulaim r anha. sabda Nabi s.a.w. Allah mengharamkan apa-apa saja benda najis menjadi ubat kepada muslim.
Nota Tambahan:
Pendapat jumhur ulama. Sekiranya terdesak atau keadaan darurat dan tiada pilihan maka hukumnya harus.
No comments:
Post a Comment