Nota Cinta

Tuesday, October 28, 2014

Sujud Solat Rasulullah s.a.w.

23 Sujud bagi kena dahi hidung & 28-10-14 Masjid Padang Temusu BM2 Kedudukan tangan semasa sujud SYARAH Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Sahih Bukhari dari Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Setiap pergerakan solat mesti ada tenang atau tamaqninah.

gambar hiasan
Sahih Bukhari dari Ibnu Abi Laila (Tabi’e) dari Ummu Haniq binti Abu Talib r anha kakak kepada Saidina Ali ra. Pada pagi pembukaan kota Mekah, Rasulullah s.a.w. mandi sambil dikepung kain oleh anak baginda Fatimah r anha sebelum solat sunat 8 rakaat.

Hasan Gharib AtTirmizi Al-Barraq. Nabi s.a.w. sujud solat dengan 2 tangan berhampiran telinga baginda.

Hasan Sahih AtTirmizi, Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah, Ibnu Abbas, Jabir & Abi Said Al-Qudri. sabda Nabi s.a.w. bermula 7 anggota sujud solat iaitu 1)1x Dahi Muka 2)2x tapak tangan 3)2x lulut 4)2x Hujung kaki dilipat menghadap kiblat.


Sahih Muslim dari Ibnu Abbas, lelaki berambut panjang mengikat sanggul umpama solat dengan tangan diikat.

Thursday, October 23, 2014

Sujud solat Rasulullah s.a.w.

23-10-14 Al-Fajr ayat 2 Demi waktu Subuh 10 malam (Majoriti ulama 1-10 Zulhijah), ada sumpah di dalamnya. Sahih At Tirmizi Said b Jubair (tabi’in) sabda Nabi s.a.w. Allah sangat suka amal soleh 10 hari bermula 1-10 Zulhijjah kerana pahalanya lebih besar dari hari-hari lain.

Sahih AnNasai Hunaidah b Khalid ra dari Aisyah sabda Nabi s.a.w. Allah membebaskan hamba-hamba terpilih dari neraka pada hari Arafah.
gambar sekadar hiasan
Quran- Allah tidak mahukan daging korban tetapi ialah ikhlas taqwa amalan korban itu sendiri.
SUJUD NABI S.A.W. 
Hasan lagi Sahih At Tirmizi Abi Humaid As-Sa’idi ra Nabi s.a.w. sujud dengan dahi, hidung menyentuh lantai, 2 siku direnggangkan, dua tapak tangan berbetulan 2 bahu.

Sahih Abu Daud dari Abi Said Al-Qudri ra. Nabi s.a.w. sujud solat dengan memakai sandal, kemudian meletakkan kasut di sisi kiri ketika sedang sujud solat kerana terdapat najis setelah diberitahu mala’ikat Jibril as. Zaman Rasulullah s.a.w. Masjid berlantaikan tanah. 

Tuesday, October 21, 2014

Daripada isu Anjing lebih baik berZikir

21-10-14 Masjid Bandar Darul Aman BM14 ms 30 syarah Ust Shamsuri
ZIKRULLAH
Sahih Muslim Muawiyah Abu Sufian ra. Sabda Nabi s.a.w. Majlis zikir adalah kebanggaan Allah dihadapan mala’ikatNya.
Sahih Muslim Sabda Nabi s.a.w. zikir subhanallah wabihamdih x100 setiap hari pagi petang akan mendapat pengiktirafan Allah di hari kiamat.
Sahih Muslim Sabda Nabi s.a.w. “La ila ha illallah huwahdahu la syarikalah lahulmulku walahulhamdu wahua ala kullisyai in qadir x10.” Allah anugerahkan pahala memerdekakan 4 orang dari keturunan Nabi Ismail as.

HADIS BERKAITAN ANJING
Sebaik-baik petunjuk ialah Quran dan perinciannya adalah hadis. 

Sahih Muslim Abi Hurairah ra, sabda Nabi s.a.w. memelihara anjing tujuan binatang kesayangan bukan tujuan berburu akan ditolak pahala sebanyak dua kali ganda bukit Uhud.
Sahih Muslim Maimunah r anha. Sabda Nabi s.a.w. Mala’ikat rahmat tidak masuk ke rumah yang dipelihara anjing.
Sahih Muslim Jabir ra. Nabi s.a.w. mengarahkan para sahabat membunuh anjing yang mempunyai 2 titik putih kerana ia adalah jelmaan syaitan.
Anjing, binatang yang dijadikan Allah untuk kegunaan berburu 
Sahih Muslim sabda Nabi s.a.w. Seorang pelacur telah memberi minuman pada anjing yang terjelir sangat dahaga dan Allah ampunkan dosanya. (Hadis ini bukan dalil untuk selfie)
Sahih Muslim sabda Nabi s.a.w. Bekas jilatan anjing akan kembali bersih setelah 7 kali basuhan air dengan pertama sekali basuhan air tanah. 


Hasan Sahih AtTirmizi Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. dibuka pintu syurga setiap Isnin dan Khamis. Setiap manusia akan dapat pengampunan dan masuk ke pintu syurga kecuali manusia yang menduakan Allah dan tidak berdamai dalam pergaduhan. 

Monday, October 13, 2014

Hari ini Allah lupakan manusia (Al-Qalam 68:34-43)

Sabda Nabi s.a.w. kepada sekumpulan pemuda yang tidak puas hati dengan pembahagian harta rampasan perang. Tujuan dilebihkan pada Puak Quraisyh kerana mereka baru memeluk Islam sedangkan Ansar bawa pulang aku iaitu seorang Nabi Allah yang jauh istimewa berbanding harta. Bersabarlah walau apapun yang terjadi kerana yang bersabar akan jumpaku di telagaku di hari akhirat.
kata Anaz b Malek ra. hari ini manusia tetap tidak bersabar.

Al-Qalam 68:34-43 Tafsir Quran pengajian kitab Nurul Ihsan syarah Ut Shamsuri
gambar sekadar hiasan
68:34 Muttaqin (mukmin bertaqwa) akan dijanjikan syurga Naim.
68:35 Adakah muslim dan tidak muslim itu sama? 
68:36 Sudah tentu tidak kerana tidak muslim akan ke neraka.
68:37 Tanya mereka wahai Muhammad kenapa mereka berfikiran akan dapat layanan lebih baik dari orang Islam sedangkan Quran memansuhkan kitab-kitab terdahulu dari langit. 
68:38-39 Adakah kitab yang mereka pilih beritahu bahawa mereka dijamin masuk syurga
68:40 Bawakan penjamin kebenaran mereka sekiranya kafir mengatakan mereka benar
68:41 Buktikannya di Akhirat!
68:42 Mahkamah mahsyar akan mengadili, bukankah diberi penglihatan pendengaran dan berbagai kemudahan lagi. 
68:43 Berapa kali manusia mendengar Quran HadisKu?
Akhirnya manusia mengakui kesilapan diri. Kata Allah: "Hari ini Aku lupakan kamu kerana semasa di dunia kamu lupakan Aku."