Pengajian bahrulmazi syarah ust Shamsuri
5/2/13 Sahih
AtTirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Orang yang beriman pada
akhir zaman itu mimpinya benar melalui nisbah 1/46 dari mimpi Rasulullah saw. Mimpi
terdiri dari 3 iaitu mimpi benar seperi mimpi berjumpa ahli keluarga yang telah
meninggal berpakaian putih dan suasana di syurga itu petanda kebahagiaan. Mimpi
mainan syaitan adalah mimpi yang pelik-pelik seperti mimpi hantu, kena cekik,
tiba-tiba berubah dari dewasa ke kanak-kanak seterusnya jadi binatang dan
sebagainya. Mimpi ketiga seperti mimpi perkara yang asyik sibuk berfikir
tentangnya. Mimpi berjumpa dan mencium tangan Rasulullah saw ialah anugerah
Allah yang tidak ternilai. Mimpi diikat dalam suasana baik itu membawa kebaikan
dan diikat dalam suasana cemas itu membawa keburukan. Mimpi tangan dibelenggu
di leher itu tidak baik. Mimpi baik dari Allah mimpi buruk dari syaitan dan
ludah kiri 3 kali minta perlindungan dari Allah dan jangan ceritakan mimpi pada
orang lain kecuali warak atau yang boleh dipercayai.
No comments:
Post a Comment