Nota Cinta

Wednesday, February 27, 2013

SOLEHAH


Para
isteri SOLEHAH Rasulullah saw
–Nabi saw gentar dan cemas apabila Firman Allah Al-Ahzab 28-29 “Wahai Muhammad, katakan kepada para isterimu. Sekiranya mahu menjadi isteri seorang Nabi dengan  berhajat hidup selesa di dunia. Cerai dengan cara baik.”
Tetapi jawab mereka, “aku pilih ALLAH DAN RASUL  dan rela hidup susah miskin di dunia.” (SAHIH MUSLIM terjemahan Nabi saw surah Al-Ahzab 28) Pengajian tarikh 01-09-04 muqaddimah sebelum syarah kitab Nurul Ihsan jilid surah At Jaatsiyah 21-26 syarah ustaz Shamsuri.

21-09-04 Nurul Ihsan jilid 3 tafsir Al-Ahzab 28-37 syarah ustaz Shamsuri

Nota Cinta yang dibalas dari Allah



Muqaddimah sebelum pengajian kitab bahrulmazi jilid 11 bab Kurban syarah ustaz Shamsuri,

Sahih Muslim dari Anaz bin Malek radiallahu anhu sabda Nabi Salallahu Alahi Wasalam tentang 3 ciri kemanisan iman.
  1. Cintanya pada Allah dan Rasul melebihi segalanya.
  2. Sayangnya persahabatan rakan dan percintaan pasangannya kerana Allah.
  3. Tidak akan kembali ke sifat kejahilannya ketika jauhnya dari Allah.

Wednesday, February 20, 2013

Lintasan Syaitan vs Ikhlas Malaikat

Gambar sekadar hiasan
Kuliah pengajian bahrulmazi jilid 19 ILMU syarahan Ustaz Shamsuri. 

Syaitan akan sentiasa berusaha tidak mengenal jemu untuk mempengaruhi manusia ke lembah kesesatan manakala Malaikat setiap detik taat perintah Allah dengan ikhlas tanpa membantah. Hendaklah jangan berputus asa bermujahadah mendapatkan keikhlasan seperti para Malaikat dengan menentang hasutan bisikan syaitan kerana syaitan setiap detik setiap masa sentiasa berusaha mempengaruhi manusia melakukan larangan Allah dan Rasul.

Yahudi Nasrani memeluk Islam sekiranya mereka beriman dengan Injil dan Taurat

Riwayat At Tirmizi dari Abi Dardak radiallahu anhu kepada Ziat bin Labit Al-Ansari sabda NabiSAW "sudah sampai masanya Allah mengambil kembali ilmuNya dan tiada siapa dapat menghalangnya."
Kata Ziat, mustahil Allah akan mengambil ilmu kerana kita sentiasa membaca Al-Quran. Balas Abu Dardak, Apa guna sekiranya Quran itu tidak diamalkan. Sekiranya yahudi beramal dengan kitab Taurat dan nasrani beramal dengan kitab Injil nescaya mereka akan beriman dengan Al-Quran dan mereka sekarang beragama Islam kerana sudah terang diceritakan dalam Injil dan Taurat bahawa Nabi Muhammad SAW itu Rasul terakhir untuk umat akhir zaman.
Hasan lagi Gharib AtTirmizi dari Ubadah radiallahu anhu kepada Jabir radiallahu anhu sememangnya benar kata Abu Dardak seperti sabda NabiSAW tentang ilmu yang sudah mula diangkat ke langit. "bermulanya ilmu diangkat ke langit itu ialah tiada khusyuk dalam beribadah." Masyarakat kita sekarang ada yang tidak tahu dan tidak pandai membaca Al-Quran.

Monday, February 18, 2013

WUDUK wajib dan sunnah menurut Hadis


18-2-2013 Nurul Ihsan ayat 6 Al-Maidah bab wuduk syarah Ustaz Shamsuri
Sahih Abu Daud, AtTirmizi dan Ibnu Majah sabda Nabi saw. Tidak bizmillah tidak sah wuduk.
Sahih Abu Daud dari Abi Atiq bin Am dari Anaz bin Malek ra. Nabi saw wuduk setiap kali solat.
Firman Allah, tertib wuduk bermula niat, basuh seluruh muka dari tempat tumbuh rambut sehingga cuping telinga ke bawah dagu, seluruh 2 tangan ke siku, sapu kepala, sapu kaki termasuk buku lali dan basuh kaki. Pastikan kena air seluruh anggota wuduk. (Kumur, sedut air sedikit hidung, basuh telinga dan 2x hingga 3x itu sunnah Rasulullah saw.)

Bersih dari hadas buang air kecil dan besar ialah suci dari bau, warna dan rasa menurut hadis.
Mandi wajib ialah niat dan meratakan air ke seluruh anggota luaran badan menurut hadis.
Wuduk tayamum dengan tanah dari debu yang bersih ke seluruh anggota wajib wuduk menurut syarat hadis.
Wuduk kawasan anggota cedera ialah menyapu di atas balutan dengan syarat balutan tersebut hanya meliputi kawasan luka kecederaan menurut Jumhur Ulama.

Sabda Nabi saw. Islam itu mudah, siapa yang susahkannya maka wajib ke atasnya kesusahan di akhirat. Sekiranya tepat akan dapat  2 pahala dan sekiranya tidak tepat itu 1 pahala. 

Tuesday, February 5, 2013

Tafsir mimpi


Pengajian bahrulmazi syarah ust Shamsuri
5/2/13 Sahih AtTirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Orang yang beriman pada akhir zaman itu mimpinya benar melalui nisbah 1/46 dari mimpi Rasulullah saw. Mimpi terdiri dari 3 iaitu mimpi benar seperi mimpi berjumpa ahli keluarga yang telah meninggal berpakaian putih dan suasana di syurga itu petanda kebahagiaan. Mimpi mainan syaitan adalah mimpi yang pelik-pelik seperti mimpi hantu, kena cekik, tiba-tiba berubah dari dewasa ke kanak-kanak seterusnya jadi binatang dan sebagainya. Mimpi ketiga seperti mimpi perkara yang asyik sibuk berfikir tentangnya. Mimpi berjumpa dan mencium tangan Rasulullah saw ialah anugerah Allah yang tidak ternilai. Mimpi diikat dalam suasana baik itu membawa kebaikan dan diikat dalam suasana cemas itu membawa keburukan. Mimpi tangan dibelenggu di leher itu tidak baik. Mimpi baik dari Allah mimpi buruk dari syaitan dan ludah kiri 3 kali minta perlindungan dari Allah dan jangan ceritakan mimpi pada orang lain kecuali warak atau yang boleh dipercayai.  

Ibnu Omar ra anak Saidina Omar Al-Khattab


5/2/10 muqaddimah pengajian bahrulmazi bab mimpi 
Sahih Bukhari dari Ibnu Omar ra atau Abdullah bin Omar Al-Khattab merupakan seorang ahli perniagaan yang sangat kaya dan dermawan. Beliau menolak tawaran menjadi Hakim Madinah oleh saidina Osman bin Affan. Beliau merupakan alim ulama besar Madinah ditarbiah sendiri oleh Rasulullah saw semenjak usia kanak-kanaknya. Ibnu Omar juga pernah menolak tawaran menjadi khalifaf ke-4 sewaktu dicalonkan bersama Saidina Ali Karamulla Huwajha. Beliau merupakan tokoh kedua selepas Abu Hurairah ra. Ramai para sahabat berpendapat Ibnu Omar adalah seorang yang paling hebat di zamannya. Beliau meninggal dunia pada umur 80an ketika matanya buta menjelang kematiannya.

Suatu hari Ibnu Omar bermimpi dirinya dibawa malaikat yang membawa cemeti besi dan ternampak pembesar Quraisy yang digantung kaki dengan kepala ke bawah.  Sabda Nabi saw mentafsir mimpi Ibnu Omar bahawa Ibnu Omar ini seorangyang sangat baik tetapi jika disempurnakan setiap malam solat sunat, dia akan menjadi paling baik. Hadisku ini juga untuk seluruh umatku. Suatu hari Ibnu Omar bermimpi terbang dengan menaiki hamparan kain sutera menjelajah syurga. Tafsir Nabi saw, Ibnu Omar ini seorang yang soleh.