Nota Cinta

Tuesday, October 1, 2002

AnNahl 1-9 PEMBALASAN ALLAH

kuliah tafsir NurulEhsan AnNahl ayat 1-9 ust Shamsuri. Dari riwayat  Imam Ahmad, Ibnu Majah & Tafsir Ibnu Kassim bertarikh 1/10/2012 Bahrul(madu)Madzi(lautan) Sabda NabiSAW baca dan cuba hafal surah Al-Mulk sebagai perisai kehidupan permulaan alam azab kubur
Hadis Qudsi, Sabda NabiSAW Allah berfirman" Wahai manusia. bagaimana kamu nak mengatakan Aku ini lemah sedangkan Aku mencipta kamu dari air mani yang hina. Daripada kamu tiada, aku adakan kamu. Kemudian Aku memberikan kamu kekuatan dan tiba-tiba kamu menjadi sombong! kamu himpunkan harta kemudian kamu kedekut! Sehingga tika saat Aku menarik nyawa kamu, malaikat maut merentap nyawa kamu, barulah kamu berkata ya Allah, berilah aku kesempatan membuat kebaikan. Ketika itu, sudah terlewat buat kamu. 

Firman Allah surah Yassin, Tidakkah manusia lupa diri, Kami ciptakan manusia yang jadi profesor, saintis, ulamak besar, menteri, raja, billionare, president di mana asal kejadian mereka ialah dari air mani yang hina. Tiba-tiba hari ini mereka menjadi musuhKu yang nyata. Mereka kata manusia bila mati, tulang hancur mana boleh kembali hidup. Mereka kata mati itu tutup buku padahal mati itulah permulaan kehidupan sebenar. Yang akan menghidupkan kembali selepas mati itu ialah Tuhan kamu wahai manusia.

No comments:

Post a Comment