|
Gambar sekadar hiasan |
Syaharan kitab bahrulmazi karangan Syeikh Idris Al-Marbawi jilid 15 ms131 oleh Ustaz Shamsuri bab Fitnah part 7 bertarikh 3Nov2009. Tarbiah Masjid Nawabi merupakan universiti Islam zaman Rasulullah SAW dan melahirkan Tokoh Alim Ulama Besar yang terdiri dari para sahabat. Ilmu mereka tiada perakuan kertas PHD tetapi semata-mata mencari keredhaan Allah. Riwayat At-Tirmizi dari Abu HurairahRA sabda NabiSAW, bala Allah menjelang akhir zaman akan turun berturutan bermula angin ahmar diikuti gempa bumi sekiranya:
- Pemerintah tidak kongsikan harta kekayaan Negara.
- Amanah jawatan dijadikan tempat mengaut keuntungan.
- Zakat dianggap denda.
- Menuntut ilmu agama dengan niat kebendaan dunia dan kesenangan.
- Menuntut ilmu agama dengan niat untuk dihomati.
- Orang alim mencari jawatan, berlawan hujah dan menggunakan agama mencari rezeki.
- Suami turut kata Isteri membantah ibunya sehingga tidak menghiraukan ibunya.
- Melebihkan kawannya sehingga berjauhan dari bapanya.
- Meriuh rendahkan masjid sehingga mengganggu kusyuk jemaah lain.
- Pemimpin fasik.
- Orang jahat dihormati kerana takut dijahati.
- Majlis nyanyian wanita.
- Muzik yang melalaikan dari mengingati Allah.
- Arak bebas diminum dan mudah didapati di kedai-kedai.
- Umat akhir mencerca umat terdahulu.
No comments:
Post a Comment