
Wahai
ibubapa. Sekiranya hari ini anak-anak nampak agama itu kecil, ibubapalah
bertanggungjawab menjadikannya agama itu nampak besar.
Amat besar tanggungjawab
ibu bapa dalam menentukan samada anak itu syurga atau sebaliknya. Andaikata
anak itu syurga maka layaklah dia duduk dalam kategori solehin. Sebagai
renungan, adakah
anak yang ada hari ini akan
beratur berbaris memandikan kita. Diakah yang akan memandikan,
mengafankan dan mengimamkan jenazah kita.

Bayangkan seorang
anak yang menyapu air ketika memandikan jenazah ibubapanya, aib ibubapa pasti ditutup
dan jenazah dikafakankan kemas. Sebaliknya sekiranya orang selain ahli keluarga
yang mengafankan jenazah seperti melipat kain cadar,
tidak boleh salahkannya
kerana kita minta tolong padanya dan dia sibuk dengan urusan pengurusan jenazah
yang lain.
Imam solat jenazah yang
diminta tolong juga akan berkata sebelum solat “
apa kamu semua pandang dengan
ini mayat.” Tetapi sekiranya anak,
“jenazah ini ayah saya atau jenazah ini ibu kesayangan saya” dan
mustahil Allah
akan menolak doa anak yang dalam keadaan air matanya mencurah mengalir. Ketika di kubur, bayangkan anak yang
menurunkan tanah dengan cermat dan bersungguh-sungguh seolah-olah
menidurkan
jenazah ibunya di dalam kubur.
Sekiranya
agama anak itu Islam, dia akan pandu ibubapanya masuk syurga. Setiap ibubapa
kebiasaan menyuruh anak solat tetapi jenis manakah anak itu akan berakhir?
Menurut hadis Sabda NabiSAW ini sememangnya anaklah yang lebih afdal menguruskan jenazah. Andaikata
anak kita masih tidak tahu solat jenazah maka belum terlambat untuk mengajarnya.
Nabi SAW tidak pernah mengajar umatnya terlambat, sekiranya esok kiamat maka
hari ini tanamlah benih. Petikan Ust Don Danial