Nota Cinta

Tuesday, June 28, 2011

2x solat fardhu jemaah

Sahih Al-Muwattaq Abi Idris Al-Khawlani, pemuda di Damsyik yang giginya cantik menjadi tumpuan rujukan perselisihan pendapat itu ialah Muaz b Jabbal. Dari Muaz b Jabbal ra Hadis Qudsi. Siapa yang mencintai sesama muslim kerana Allah wajib disayangi Allah. Sabda Nabi saw lagi, dia akan mendapat teduhan di padang mahsyar sehingga dicemburu para Nabi, Syuhada dan Solehin.
Sahih Muslim Abi Hurairah ra, sesiapa yang disukai Allah akan disukai penduduk langit dan sesiapa yang dibenci Allah akan dibenci penduduk langit.

28-6-11 BM jilid 2 Hasan lagi Sahih AtTirmizi Solatlah fardu berjemaah walaupun telah solat fardu dari hanya duduk saja melihat kerana ia dikira sunat selepas itu.

Pendapat Imam Syafie dan Imam Malek, tidak dibenarkan jemaah lebih dari 1 dalam 1 masjid. Pendapat Ahmad Hambali, dibenarkan.

Hasan Sahih AtTirmizi Berjemaah Isyak Subuh sama seperti solat seharian. Subuh berjemaah dalam peliharaan Allah. Sahih Muslim meninggalkan solat fardu Subuh dan Isyak akan disembamkan Allah di neraka jahanam. HR AtTirmizi Gelap malam jalan kaki ke masjid akan dikurniakan cahaya sempurna di akhirat. 

Wednesday, June 22, 2011

Nabi saw solat sunat di rumah, Fatimah penghulu para isteri mukmin di akhirat

Sahih Muslim A’isyah ra sabda Nabi saw, Jibril akan turun setahun sekali membetulkan bacaan hafazan Qur’anku. Apabila Jibril turun 2 kali maknanya ajalku sudah dekat. Tidak lama selepas itu anakku Fatimah akan meninggal dunia 6 bulan kemudian. Allah telah melantik Fatimah menjadi penghulu kepada para isteri mukmin di akhirat esok.
22-6-11 Solat sunat di rumah BM3
Hasan Sahih AtTirmizi & Sahih Muslim dari Ibni Omar, Nabi saw biasanya solat sunat 2 rakaat 1 salam di rumah. Sahih Bukhari sabda Nabi saw. Akan bangkit hari akhirat muslim berkepala keldai apabila mendahului imam dalam solat.

HR AtTurmuzi Sunnah Nabi saw solat sunat ramadhan 2x (4 rakaat 1 salam) dan witir 3 rakaat di rumah. 

Sunat malam Ramadhan 8 rakaat, Witir 3 Baghdiah 3 (jumlah 3 rakaat) Penjelasan terjemahan ulama hadis.
Apabila baca hadis hendaklah ambil kira penjelasan terjemahan maksud hadis dari ulama hadis.  

Tuesday, June 21, 2011

Larangan maki/laknat/cacian

21-6-11 Pengajian bahrulmazi jilid 13 Larangan maki syarah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Sahih Imam Ahmad Abi Umair Al-Hadrami dari Abi Mas Ud ra sabda Nabi saw, kalimah cercaan yang tidak bertepatan dengan seseorang akan dihantar kembali oleh Allah pada yang berkata.  


Sahih Bukhari Abu Zar ra sabda Nabi saw, jangan menuduh seseorang fasik kerana sekiranya tidak benar maka ia dipatah balik kena pada penuduh. 

Wednesday, June 1, 2011

yang dikatakan Rezeki

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri. Merenung jauh nun di sana mereka yang hidup penuh keseronokan dan kegembiraan. Namun kita masih tidak sedar erti hakikat kebahagian yang sebenar.
Ramai orang tersalah sangka dengan mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta dan kekayaan. Walaupun itu boleh menjadi penyumbang tetapi itu bukan segalanya. Betapa ramai mempunyai rumah besar, tidur di atas katil empuk tetapi tidurnya tidak nyenyak bahkan ada orang yang lebih lena tidurnya di pondok buruk. Ada orang dihadapannya hidangan lauk pauk yang bagus dan hebat tetapi lidahnya tidak enak. Lebih enak lagi orang yang makan dengan satu dua mata lauk. Kata Hamka. Lihatlah bagaimana Allah membahagikan nikmatNya. Belum tentu rumah yang besar dan makanan yang sedap memberi ketenangan kepada kita.
Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah. Jika Allah hendak memberi kebahagian kepada seseorang, ia tidak dapat dihalang oleh sesiapapun. Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan urusan kita pada kita walaupun sekelip mata. Dunia boleh berbuat apa-apa tetapi tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah. Apa yang orang sangka tewas, Allah akan memberikan kemenangan padanya. Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberi keajaiban keuntungan melalui jalan yang tidak disangka.
Manusia apabila kehilangan sesuatu atau wang, harta, pekerjaaan, ahli keluarga, anak, isteri dan suami. Manusia seolah-olah hilang segalanya. Ketika ditimpa musibah, kita selalu mengeluh dan berkata habislah aku kali ni tetapi kita masih lagi hidup hari ini dengan menikmati kurniaan Tuhan. Ketika kita kata Ya Allah tolonglah aku. Hari ini kita lupa untuk bersyukur di atas berbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya.
Al-Imran (3): 173. Orang ramai berkata mereka semua hendak mengambil tindakan pada kamu. Kata Al-Quran. Imannya bertambah. Hasbunallah walniqmal waqil. Cukuplah bagi kami Ya Allah, Dia lah tempat sebaik-baik urusan. Orang-orang yang pernah hidup bertawakal akan mengetahui keajaiban bertawakal. Bila hati insan bulat kepada Ya Allah aku serahkan segala urusan ini kepadamu ya Allah.
Kita selalu lupa kita punyai kehidupan di akhirat. Apabila insan melihat dunia dari dimensi akhirat. Dia merasakan dunia ini sangat kecil. Kehidupan ini amat luas.
Sahih Muslim, Allah memasukkan manusia paling derita dalam dunia ke dalam syurga dan dikeluarkan lalu ditanya. “Adakah kamu rasa derita dalam hidup?” hanya sekelip mata masuk ke syurga. Manusia lupa cerita derita. Allah memasukkan pula manusia paling nikmat dalam dunia ke dalam neraka dan dikeluarkan lalu ditanya. “Pernahkah kamu merasa nikmat dalam hidup?” Hanya satu celupan ke neraka, manusia lupa kisah nikmatnya.
Kita selalunya bersyukur apabila diberi benda baru sedangkan Kita lupa apa yang telah ada ini merupakan kurniaan nikmat yang besar. Seorang hamba Allah yang tidak pernah bersyukur akan nikmat kakinya yang setiap hari dia pijak. Suatu hari Allah sakitkan kakinya. Dia berkata ya Allah sembuhkan kembali kakiku. Dan dikala itu dia berasa besarnya nikmat kaki dan nikmat sihat. Kata Hamka. Ya ada ini sudah harapan kita. Tidak salah mengharapkan yang belum ada tapi Jangan lupa yang telah ada.
Bersyukurlah wahai diri, Ramai orang boleh bersabar tetapi belum tentu dapat merasai nikmat bersyukur. Tiada ada sesiapa melainkan dari Engkau Ya Allah. Bagi Engkau kesyukuran.
Ibrahim (14) :34 Jika kamu nak menghitung nikmat Allah, kamu tidak akan mampu. Apa yang telah Allah kurniakan lebih dari harapan sebenarnya.  
Pesanan Nabi SAW buat Umatnya.  
AtTaubah (9):40 Ketika orang-orang kafir mengejar sewaktu Peristiwa Hijrah. Ketika baginda bersama Abu Bakar As Siddiq terperangkap dalam gua lalu berkata pada sahabatnya. “SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA.” Petikan kuliah Dr. Asri