9-5-2011, 13-6-11 &
11-7-11 Pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 4 ms180-182 tafsir surah Al-Mumtahanah
Madinah syarah Ust Shamsuri.
AlMumtahanah 60:1
Sahih Bukhari
Muslim Ubaidillah b Abi Rafiq ra, malaikat Jibril beritahu Rasulullah
saw ada pembelotan dikalangan muslim. Ali dan 2 sahabat diarah menyekat pembelot
yang sedang menuju ke Mekah. Setelah ditahan, dalang disebalik pembelotan
tersebut ialah seorang sahabat Badar yang dipercayai Allah. Tujuan pembelotan
untuk mengambil hati pemimpin kafir Quraisyh agar keselamatan keluarganya di
Mekah terjamin. Omar menegaskan penghianat Allah dan Rasul wajib dihukum. Nabi
saw bersabda. “Allah telah beri jaminan pengampunan pada 313 ahli Badar.”
Selepas peristiwa itu, Allah berfirman lagi, “Wahai orang-orang beriman, jangan
ambil musuhKu iaitu kafir menjadi pemimpin kamu serta bersumpah setia tolong-menolong.
Jangan kerana mengambil hati kafir, kamu merosakkan Islam.” Sahih Bukhari Muslim sabda Nabi saw, jangan sesiapa
cerca para sahabatku kerana nilai sedekah secupak sahabatku melebihi nilai
sedekah segunung emas umatku.
60:2 Allah tegas dalam memerangi kafir yang
menunjukkan tanda-tanda membenci dan memusuhi Islam kerana mereka akan memusuhi
Islam dan mengkafirkan muslim.
60:3 Ibu sekiranya
kafir dan anak sekiranya muslim pasti dipisahkan Allah di akhirat. Allah Maha
Melihat isi hati manusia.
Muqaddimah Sahih
Bukhari Ibnu Omar r anhuma sabda Nabi saw. Nabi Yusof as bin Nabi Yakob
as bin Nabi Ishak as bin Nabi Ibrahim as adalah manusia termulia di muka bumi
ini.
Sahih Muslim Ibnu
Abi Laila dari Kaap b Ujrah ra sabda Nabi saw. Salawat ke atas Rasulullah saw
ialah Allahumma Salli Ala Muhammad wa ala ali Muhammad sepertimana orang
berselawat ke atas Nabi Ibrahim as dan keluarga baginda. Nabi saw menamakan
anak baginda Ibrahim sempena hubungan rapat baginda dengan Nabi Ibrahim as.
60.4 Lakukan
seperti kaum Nabi Allah Ibrahim as kerana mereka berkata “kami dah sampaikan
risalah Allah, terpulang ikut atau tidak, boleh berkawan dengan kafir tetapi
sempadannya kami ikut Allah dan Rasul.”
60:5 Doa
Nabi Ibrahim as selepas meninggalkan anak isterinya bekalan makanan dan minuman,”Ya
Allah, selamatkanlah ahli keluargaku, jadikan Mekah negeri aman. Kekalkanlah
keimanan keluarga keturunanku. Jauhilah keturunanku dari kesesatan penyembahan
patung.
60:6 Sahih Bukhari
sabda Nabi saw. Setelah sekian lama bekalan habis, Hajar mencari air untuk
bayinya, Ismail as. Setelah berlari ulang alik dari Safa ke Marwa akhirnya Hajar
berlari kea rah tempat dimana kedengaran laungan azan. Setibanya di situ,
mala’ikat Jibril menghentakkan tumit kakinya sehingga keluar air zam-zam untuk
ibu Nabi Ismail. Sekiranya Hajar tidak mengepong air di situ, nescaya Mekah
hari ini akan dialirkan sungai. Sepasukan kabilah Jurhu menjumpai Hajar dan
Ismail lalu meminta izin untuk berkhemah sehingga berkembang menjadi sebuah
kampung.
Ismail membesar menjadi pemuda bijak dan
tumpuan rujukan penduduk. Setelah berkahwin, isteri Ismail dikunjungi seorang
tua dan isteri tersebut menceritakan kesusahan hidup mereka ketika Ismail tiada
di rumah. Sabda Nabi Ismail as pada isteri baginda setelah pulang ke rumah,
orang tua itu adalah bapaku Nabi Ibrahim as dan permintaannya menukar daun
pintu itu ialah menceraikan kamu. Sebagai mentaati Allah dan Rasul, Ismail
menceraikan isterinya dan berkahwin lain. Setelah sekian lama berkahwin, isteri
Ismail dikunjungi seorang tua lagi dan isteri baginda kali ke dua ini menceritakan
kebahagiaan dengan menyembunyikan kesusahan berumahtangga. Sabda Nabi Ismail
pada isterinya setelah pulang ke rumah bahawa itu adalah bapanya dan bapanya
meminta mengekalkan perkahwinan mereka.
Kunjungi ketiga Nabi Ibrahim as kali ini membawa
sebuah MISI PENTING atas perintah Allah iaitu MEMBINA KA’BAH!
60:7 Sahih Imam
Ahmad A’isyah r ha Nabi saw tersentak dengan perasaan rindu bercampur
belas apabila terlihat kalung milik isterinya Khatijah dijadikan bahan tebusan
anaknya Zainab untuk menebus suami yang ditawan muslim. Rasulullah saw bersabda
pada pasukan muslim, “sekiranya kamu semua rasa demi kebaikan anakku, kembalikan
kalung emaknya dan bebaskan suami anakku.” Abul Az kemudian dibebaskan dengan
syarat ceraikan Zainab. Selang 6 tahun, Abul Az memeluk Islam dan kembali
mencari Zainab. Sahih
Imam Ahmad, A’isyah ra, Khatijah merupakan isteri yang paling disayangi
Rasulullah saw dikalangan para isteri baginda kerana Khatijah manusia mula-mula
menerima dakwah Islam dan menginfakkan seluruh hartanya pada jalan Allah. Allah
beri kebenaran berkawan dengan kafir tetapi dengan syarat kafir yang tidak
pernah memusuhi Islam. Tuhan berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang
dikehendakiNya.
60:8 Setelah
pembukaan kota Mekah, ketua Quraisyh Abu Suffyan memeluk Islam. Allah
mengampuni segala dosa kafir yang memeluk Islam. Berlaku adil supaya tidak
melukakan sebelah pihak.
60:9 Yang
memerangi Islam dilarang menjadi pemimpin muslim.
60:10 Allah
batalkan perjanjian Hudaibiyah kerana kekufuran mereka memberontak. Wanita
pelarian Mekah menuju ke Madinah untuk menyerah diri diselidik kerana setiap amalan
bergantung niat.
60:11 Pasangan
berkahwin mesti Islam keduanya.
60:12 Idah
wajib 3 bulan selepas bercerai apabila salah seorang suami atau isteri bukan
Islam atau murtad. 1) Jangan syirik 2) Jangan
curi 3) Jangan zina 4) jangan bunuh 5) Jangan menipu hak, 6) Jangan derhaka Rasul
60:13 Allah
beri amaran haram kawan dengan yahudi kerana mereka kekal kufur dalam kubur.
No comments:
Post a Comment