Nota Cinta

Tuesday, May 24, 2011

Penulis Wahyu

Sahih Ibnu Majah dari Yazid b Sabit ra abang kepada Said b Sabit (penulis wahyu), sabda Nabi saw, doa keampunan jenazah paling utama apabila mati orang beriman. Nabi saw solat jenazah ghaib kepada jenazah yang sudah dikebumikan.
3855 Sahih Muslim dari hamba pada Asma’ bt Abu Bakar As Siddiq, jubbah yang pernah dipakai oleh Rasulullah saw sekiranya menyelimuti orang yang demam akan sembuh demamnya.
Sahih Muslim Seluruh juzuk tubuh Rasulullah saw mempunyai keberkatan dari Allah.
Sahih Muslim Pesan Rasulullah saw, runtuhkan mana-mana kubur yang dinaikkan lebih sejengkal.
24-5-11 BM2 kelebihan solat fardu

Hasan Sahih AtTirmizi akan digugurkan dosa selama tidak melakukan dosa besar apabila solat 5 waktu. 

Monday, May 9, 2011

Al-Mumtahanah, Peristiwa Safa Marwah, Dalil Kawan Kafir,

9-5-2011, 13-6-11 & 11-7-11 Pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 4 ms180-182 tafsir surah Al-Mumtahanah Madinah syarah Ust Shamsuri.

AlMumtahanah 60:1
Sahih Bukhari Muslim Ubaidillah b Abi Rafiq ra, malaikat Jibril beritahu Rasulullah saw ada pembelotan dikalangan muslim. Ali dan 2 sahabat diarah menyekat pembelot yang sedang menuju ke Mekah. Setelah ditahan, dalang disebalik pembelotan tersebut ialah seorang sahabat Badar yang dipercayai Allah. Tujuan pembelotan untuk mengambil hati pemimpin kafir Quraisyh agar keselamatan keluarganya di Mekah terjamin. Omar menegaskan penghianat Allah dan Rasul wajib dihukum. Nabi saw bersabda. “Allah telah beri jaminan pengampunan pada 313 ahli Badar.” Selepas peristiwa itu, Allah berfirman lagi, “Wahai orang-orang beriman, jangan ambil musuhKu iaitu kafir menjadi pemimpin kamu serta bersumpah setia tolong-menolong. Jangan kerana mengambil hati kafir, kamu merosakkan Islam.” Sahih Bukhari Muslim sabda Nabi saw, jangan sesiapa cerca para sahabatku kerana nilai sedekah secupak sahabatku melebihi nilai sedekah segunung emas umatku.

60:2 Allah tegas dalam memerangi kafir yang menunjukkan tanda-tanda membenci dan memusuhi Islam kerana mereka akan memusuhi Islam dan mengkafirkan muslim.
60:3 Ibu sekiranya kafir dan anak sekiranya muslim pasti dipisahkan Allah di akhirat. Allah Maha Melihat isi hati manusia.

Muqaddimah Sahih Bukhari Ibnu Omar r anhuma sabda Nabi saw. Nabi Yusof as bin Nabi Yakob as bin Nabi Ishak as bin Nabi Ibrahim as adalah manusia termulia di muka bumi ini.
Sahih Muslim Ibnu Abi Laila dari Kaap b Ujrah ra sabda Nabi saw. Salawat ke atas Rasulullah saw ialah Allahumma Salli Ala Muhammad wa ala ali Muhammad sepertimana orang berselawat ke atas Nabi Ibrahim as dan keluarga baginda. Nabi saw menamakan anak baginda Ibrahim sempena hubungan rapat baginda dengan Nabi Ibrahim as.

60.4 Lakukan seperti kaum Nabi Allah Ibrahim as kerana mereka berkata “kami dah sampaikan risalah Allah, terpulang ikut atau tidak, boleh berkawan dengan kafir tetapi sempadannya kami ikut Allah dan Rasul.”
60:5 Doa Nabi Ibrahim as selepas meninggalkan anak isterinya bekalan makanan dan minuman,”Ya Allah, selamatkanlah ahli keluargaku, jadikan Mekah negeri aman. Kekalkanlah keimanan keluarga keturunanku. Jauhilah keturunanku dari kesesatan penyembahan patung.

60:6 Sahih Bukhari sabda Nabi saw. Setelah sekian lama bekalan habis, Hajar mencari air untuk bayinya, Ismail as. Setelah berlari ulang alik dari Safa ke Marwa akhirnya Hajar berlari kea rah tempat dimana kedengaran laungan azan. Setibanya di situ, mala’ikat Jibril menghentakkan tumit kakinya sehingga keluar air zam-zam untuk ibu Nabi Ismail. Sekiranya Hajar tidak mengepong air di situ, nescaya Mekah hari ini akan dialirkan sungai. Sepasukan kabilah Jurhu menjumpai Hajar dan Ismail lalu meminta izin untuk berkhemah sehingga berkembang menjadi sebuah kampung.

Ismail membesar menjadi pemuda bijak dan tumpuan rujukan penduduk. Setelah berkahwin, isteri Ismail dikunjungi seorang tua dan isteri tersebut menceritakan kesusahan hidup mereka ketika Ismail tiada di rumah. Sabda Nabi Ismail as pada isteri baginda setelah pulang ke rumah, orang tua itu adalah bapaku Nabi Ibrahim as dan permintaannya menukar daun pintu itu ialah menceraikan kamu. Sebagai mentaati Allah dan Rasul, Ismail menceraikan isterinya dan berkahwin lain. Setelah sekian lama berkahwin, isteri Ismail dikunjungi seorang tua lagi dan isteri baginda kali ke dua ini menceritakan kebahagiaan dengan menyembunyikan kesusahan berumahtangga. Sabda Nabi Ismail pada isterinya setelah pulang ke rumah bahawa itu adalah bapanya dan bapanya meminta mengekalkan perkahwinan mereka.

Kunjungi ketiga Nabi Ibrahim as kali ini membawa sebuah MISI PENTING atas perintah Allah iaitu MEMBINA KA’BAH!

60:7 Sahih Imam Ahmad A’isyah r ha Nabi saw tersentak dengan perasaan rindu bercampur belas apabila terlihat kalung milik isterinya Khatijah dijadikan bahan tebusan anaknya Zainab untuk menebus suami yang ditawan muslim. Rasulullah saw bersabda pada pasukan muslim, “sekiranya kamu semua rasa demi kebaikan anakku, kembalikan kalung emaknya dan bebaskan suami anakku.” Abul Az kemudian dibebaskan dengan syarat ceraikan Zainab. Selang 6 tahun, Abul Az memeluk Islam dan kembali mencari Zainab.  Sahih Imam Ahmad, A’isyah ra, Khatijah merupakan isteri yang paling disayangi Rasulullah saw dikalangan para isteri baginda kerana Khatijah manusia mula-mula menerima dakwah Islam dan menginfakkan seluruh hartanya pada jalan Allah. Allah beri kebenaran berkawan dengan kafir tetapi dengan syarat kafir yang tidak pernah memusuhi Islam. Tuhan berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

60:8 Setelah pembukaan kota Mekah, ketua Quraisyh Abu Suffyan memeluk Islam. Allah mengampuni segala dosa kafir yang memeluk Islam. Berlaku adil supaya tidak melukakan sebelah pihak.
60:9 Yang memerangi Islam dilarang menjadi pemimpin muslim.
60:10 Allah batalkan perjanjian Hudaibiyah kerana kekufuran mereka memberontak. Wanita pelarian Mekah menuju ke Madinah untuk menyerah diri diselidik kerana setiap amalan bergantung niat.
60:11 Pasangan berkahwin mesti Islam keduanya.
60:12 Idah wajib 3 bulan selepas bercerai apabila salah seorang suami atau isteri bukan Islam atau murtad.  1) Jangan syirik 2) Jangan curi 3) Jangan zina 4) jangan bunuh 5) Jangan menipu hak, 6) Jangan derhaka Rasul

60:13 Allah beri amaran haram kawan dengan yahudi kerana mereka kekal kufur dalam kubur.