14-2-11 Muqaddimah oleh Ustaz Dato’
Hj Shamsuri bin Hj Ahmad.
HR Ibu Majah Bersihnya hati
Rasulullah saw ialah tiada langsung sifat marah di wajah baginda apabila
hidangan tetamu yang dibawa Habsah r ha sengaja dipecahkan A’isyah r ha.
HR Ahmad dari A’isyah r ha. Tiada
manusia di bumi ini seindah AKHLAK
RASULULLAH SAW. Nabi saw tiada sikap keji dan bercakap tidak elok. Dari
Ibni Abi Mulaikah, Nabi saw paling tidak suka umatnya berbohong sehingga si
pembohong bertaubat dari perbuatannya. Sabda Nabi saw, dengan berakhlak baik
akan diganjarkan pahala qiamullail sepanjang hari dan beribadah pada malam
hari.
HR AtTirmizi Ayub bin Musa
dari bapa dan datuknya sabda Nabi saw, pemberian yang tinggi nilai di sisi
Allah ialah didikan akhlak yang baik pada anak.
11-4-11 Muqaddimah oleh Ustaz Dato’
Hj Shamsuri bin Hj Ahmad.
HR Imam Ahmad dari Ibnu Omar
ra Kutbah Omar Al-Khattab ra sabda Nabi saw dalam kutbah baginda, umat Islam wajib
hormat pada para sahabat. Selepas generasi sahabat, tabi’en dan tabiq’ tabi’en,
akan berlaku zaman manusia tidak takut Allah. Bagi mengelakkan sesat akhir
zaman, sertai kumpulan yang sentiasa dengar Quran dan Sunnah kerana syaitan menerkam
yang berseorangan. Senjata paling ampuh ialah perempuan. Mukmin ialah lazat
beribadah dan sesal kesilapan dosa.
Sekiranya aku mati, pastikan pegantiku ialah:, Abu Ubaidah
Al-Jarrah disabda Rasulullah saw sebagai pemegang amanah umat Islam. Sekiranya
tiada Abu Ubaidah Al-Jarrah, Muaz bin Jabbal kerana beliau disabdakan
Rasulullah saw sebagai bangkit di mahsyar dikalangan para ulama.
Cadangan-cadanganku yang diperkenan Allah pada Rasulullah
saw antaranya makam Ibrahim dijadikan tempat solat sunat, pemakaian tudung
melabuhi dada wanita dan surah AtTahrim ayat 5 teguranku pada para isteri Nabi
saw.
Pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 4
tafsir surah Al-Hasyr
59:11 Perjanjian yahudi Bani Nadhir Madinah dan
muslim Madinah ialah bersama-sama mempertahankan Kota Madinah dari serangan
musuh. Abdullah Ubai b Salul menghasut yahudi sehingga yahudi belot bergabung kafir
Quraisyh Mekah untuk serang Madinah.
Allah
beritahu kekasihNya, munafik kononnya berjanji sehidup semati bersama yahudi.
59:12 Hakikatnya munafik akan lari jika yahudi diserang.
59:13 Yahudi dan munafik sebenarnya takut muslim
bukan takut Allah.
59:14 Yahudi pada luaran kelihatan bersatu hakikatnya
tidak.
59:15 Kekufuran Yahudi Bani Nadhir Madinah ini sama
seperti bangsa yahudi terdahulu.
59:16 Setelah berjaya bisik lakukan larangan Allah,
syaitan berkata, “aku lepas tangan dan takut Allah.”
59:17 Yang menzalimi diri sendirilah memilih sengsara
di neraka.
59:18 Takutlah Allah dengan perhatikan ibadah fardu
bermula akhir baligh.
59:19 Lupa diri atau fasik atau jahat ialah sengaja
langgar perintah Allah.
59:20 Ahli syurga ialah ingat yang taat Allah dan Rasul
manakala neraka bagi yang lupa taat.
59:21 Gunung zaman Nabi Musa as telah diberi akal
untuk memahami Quran dan oleh kerana gunung tersebut kusyuk takutkan Allah maka
ia pecah apabila ditajali Nur Allah yang Maha Kuasa sebagai pengajaran
peringatan pada manusia.
59:22 Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
menurunkan Qur’an dan Rasul supaya manusia kembali ke jalanNya.
59:23-24 Allah adalah Tuhan yang memiliki langit dan
bumi, Yang Menguasai seluruh alam, Yang Maha Suci, Yang Maha tiada kekurangan,
Yang Maha Melimpahkan Keamanan, Yang Maha Mengawasi, Yang Maha Kuasa lagi Maha
Kuat menundukkan segala-galanya. Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci
Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Yang Mencipta sekalian
makhluk, Yang Mengadakan dari yang tiada, Yang Membentuk rupa makhluk yang
dikehendakiNya, seluruh makhluk memujiNya dan Yang Maha tiada tandingan lagi
Maha Bijaksana. Sahih Bukhari dari Abi Hurairah
ra sabda Nabi saw. Barang siapa menghafaz 99 nama-nama Allah akan masuk ke
syurga.
No comments:
Post a Comment