Nota Cinta

Wednesday, April 27, 2011

Abu Turat & 2 rakaat kabliah Subuh lebih baik dari isi Dunia.

27-4-11 BM jilid 3 Sahih Bukhari Sahal b Saad Saidina Ali Abi Talib suka dipanggil Abu Turat walaupun gelaran bapa tanah itu amat biasa tetapi amat istimewa baginya kerana Rasulullah saw yang berikan gelaran tersebut.
Sahih Muslim sabda Nabi saw pada Omar Al-Khattab yang menangis apabila melihat seorang pilihan Allah tidur di atas pelepah kurma sedangkan raja-raja kafir di dalam kamar perhiasan mewah, “wahai Omar, adakah kamu tidak redha dengan ketentuan Tuhan sedangkan dunia ini persinggahan sementara dan akhirat itu kekal milik kita.”

Taufik hanya dari Allah dan hidayah dari Allah dan manusia.
Ummu Habibah r ha, nabi saw solat sunat di rumah

Sahih Bukhari Abdullah AlMuzzani sabda Nabi saw. Solatlah sunat 2 rakaat sebelum solat fardu maghrib bagi siapa yang hendak buat. Aku takut kabliah maghrib ini dianggap sunnah atau kebiasaanku.
A’isyah ra sabda Nabi saw. 2 rakaat kabliah Subuh lebih baik dari dunia dan segala isinya.

Apabila merasa tidak perlu belajar menuntut ilmu kerana rasa sudah cukup ilmu maka kita akan merasakan semuanya kita betul, maka disitulah bermula kebinasaan kita. 

Monday, April 11, 2011

Al-Hasyr / Akhlak Rasulullah saw / Mukmin vs Munafik

14-2-11 Muqaddimah oleh Ustaz Dato’ Hj Shamsuri bin Hj Ahmad.
HR Ibu Majah Bersihnya hati Rasulullah saw ialah tiada langsung sifat marah di wajah baginda apabila hidangan tetamu yang dibawa Habsah r ha sengaja dipecahkan A’isyah r ha.  
HR Ahmad dari A’isyah r ha. Tiada manusia di bumi ini seindah AKHLAK RASULULLAH SAW. Nabi saw tiada sikap keji dan bercakap tidak elok. Dari Ibni Abi Mulaikah, Nabi saw paling tidak suka umatnya berbohong sehingga si pembohong bertaubat dari perbuatannya. Sabda Nabi saw, dengan berakhlak baik akan diganjarkan pahala qiamullail sepanjang hari dan beribadah pada malam hari.
HR AtTirmizi Ayub bin Musa dari bapa dan datuknya sabda Nabi saw, pemberian yang tinggi nilai di sisi Allah ialah didikan akhlak yang baik pada anak.
11-4-11 Muqaddimah oleh Ustaz Dato’ Hj Shamsuri bin Hj Ahmad.
HR Imam Ahmad dari Ibnu Omar ra Kutbah Omar Al-Khattab ra sabda Nabi saw dalam kutbah baginda, umat Islam wajib hormat pada para sahabat. Selepas generasi sahabat, tabi’en dan tabiq’ tabi’en, akan berlaku zaman manusia tidak takut Allah. Bagi mengelakkan sesat akhir zaman, sertai kumpulan yang sentiasa dengar Quran dan Sunnah kerana syaitan menerkam yang berseorangan. Senjata paling ampuh ialah perempuan. Mukmin ialah lazat beribadah dan sesal kesilapan dosa. 
Sekiranya aku mati, pastikan pegantiku ialah:, Abu Ubaidah Al-Jarrah disabda Rasulullah saw sebagai pemegang amanah umat Islam. Sekiranya tiada Abu Ubaidah Al-Jarrah, Muaz bin Jabbal kerana beliau disabdakan Rasulullah saw sebagai bangkit di mahsyar dikalangan para ulama.
Cadangan-cadanganku yang diperkenan Allah pada Rasulullah saw antaranya makam Ibrahim dijadikan tempat solat sunat, pemakaian tudung melabuhi dada wanita dan surah AtTahrim ayat 5 teguranku pada para isteri Nabi saw. 
Pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 4 tafsir surah Al-Hasyr
59:11 Perjanjian yahudi Bani Nadhir Madinah dan muslim Madinah ialah bersama-sama mempertahankan Kota Madinah dari serangan musuh. Abdullah Ubai b Salul menghasut yahudi sehingga yahudi belot bergabung kafir Quraisyh Mekah untuk serang Madinah.
Allah beritahu kekasihNya, munafik kononnya berjanji sehidup semati bersama yahudi.
59:12 Hakikatnya munafik akan lari jika yahudi diserang.
59:13 Yahudi dan munafik sebenarnya takut muslim bukan takut Allah.
59:14 Yahudi pada luaran kelihatan bersatu hakikatnya tidak.
59:15 Kekufuran Yahudi Bani Nadhir Madinah ini sama seperti bangsa yahudi terdahulu.
59:16 Setelah berjaya bisik lakukan larangan Allah, syaitan berkata, “aku lepas tangan dan takut Allah.”
59:17 Yang menzalimi diri sendirilah memilih sengsara di neraka.
59:18 Takutlah Allah dengan perhatikan ibadah fardu bermula akhir baligh.
59:19 Lupa diri atau fasik atau jahat ialah sengaja langgar perintah Allah. 
59:20 Ahli syurga ialah ingat yang taat Allah dan Rasul manakala neraka bagi yang lupa taat.
59:21 Gunung zaman Nabi Musa as telah diberi akal untuk memahami Quran dan oleh kerana gunung tersebut kusyuk takutkan Allah maka ia pecah apabila ditajali Nur Allah yang Maha Kuasa sebagai pengajaran peringatan pada manusia.   
59:22 Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani menurunkan Qur’an dan Rasul supaya manusia kembali ke jalanNya.

59:23-24 Allah adalah Tuhan yang memiliki langit dan bumi, Yang Menguasai seluruh alam, Yang Maha Suci, Yang Maha tiada kekurangan, Yang Maha Melimpahkan Keamanan, Yang Maha Mengawasi, Yang Maha Kuasa lagi Maha Kuat menundukkan segala-galanya. Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Yang Mencipta sekalian makhluk, Yang Mengadakan dari yang tiada, Yang Membentuk rupa makhluk yang dikehendakiNya, seluruh makhluk memujiNya dan Yang Maha tiada tandingan lagi Maha Bijaksana. Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Barang siapa menghafaz 99 nama-nama Allah akan masuk ke syurga.