Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Wednesday, October 27, 2010
1 sujud dalam solat 1 kesalahan diampun Allah
Sedekah ilmu
Muqaddimah Bahrulmazi 27-10-10 ust Shamsuri
Sunan Imam At Tirmizi Abi DardakRA sabda NabiSAW, "Jadilah golongan mengajar, diajar dan hanya duduk mendengar walaupun tidak faham. Jangan sesekali jadi golongan yang tidak mahu mengajar, tidak mahu diajar dan tidak mahu mendengar." dari Ali Abi Talib "Istimewa orang berilmu dan lebih istimewa apabila menyampaikan ilmu." Sahih AtTirmizi sabda NabiSAW "Mudah-mudahan orang yang rajin mendengar Hadis akan beroleh keuntungan dengan diserikan wajahnya di akhirat nanti. Lebih beruntung bukan setakat mendengar malah menyampaikan kepada anak, isteri, keluarga, rakan dan masyarakat supaya jelas dan lebih faham dari mendengar tanpa menyampai. Sabda NabiSAW kepada Ali "Demi Allah sekiranya disebabkan kerana cakap kamu itu, orang yang mendengar kemudian dihidayahkan Allah akan beroleh kekayaan pahala. Ia lebih baik dari kekayaan harta dunia." Sabda NabiSAW "mereka yang suka mencari ilmu dan ilmunya bertambah tetapi tiada hidayah, mereka ini semakin jauh dari Allah."

Tuesday, October 26, 2010
Meniti Titian Sirat
Muqaddimah pengajian kitab Himpunan Hadis-Hadis Sahih Ulama-Ulama Muktabar oleh Imam Abu Isa At Tirmizi susunan dan huraian Syeikh Idris Al-Marbawi melalui kitab bahrulmazi 26-10-10 syarah ustaz Shamsuri. Sahih Muslim Bukhari dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu sabda Nabi Salallahu Alaihi Wasalam. Melihat Allah hari akhirat ibarat melihat matahari tanpa lindungan awan waktu siang dan melihat bulan pada malam bulan terang. Di hari akhirat nanti Allah menghimpunkan semua manusia pada satu tempat di padang Mahsyar dan berfirman kepada semua manusia yang pernah hidup di muka bumi. "Sesiapa yang sembah bulan atau kayu atau patung budha atau tokong atau berhala atau matahari atau bulan atau bintang atau anak tuhan atau dewa-dewi atau lain-lain maka pergilah ikut apa yang disembah itu." Sebahagian manusia mengikut apa yang mereka sembah ketika di dunia dan hanya tinggal muslim yang mukmin dan sebahagian muslim yang munafik. Kemudian Allah datang menyerupai sesuatu yang manusia tidak kenal sambil berfirman "Aku Tuhan kamu." jawab mukmin "kami tidak akan mengikutmu kerana kamu bukan Tuhan kami dan kami hanya tunggu Tuhan kami iaitu Allah dan kami mengenali Allah." Kemudian Allah balik dan datang lagi dengan kali ke 2 dengan rupa yang mukmin kenal "Aku Tuhan kamu". Jawab mukmin yang mengenali Allah "Betul kamulah Tuhan kami". Maka hanya mukmin yang meyakini mengenali Allah mengikut Allah. Manusia mengikut tuhan masing-masing yang mereka yakin dan mereka pasti.
Ketika melintasi titian sirat, mulut manusia dikunci kecuali para Nabi. Nabi Muhammad SAW dan umatnya mendahului segala umat terdahulu melintasi titi. sabda Nabi Muhammad SAW ketika itu "Ya Allah Ya Tuhanku, Selamatkanlah umatku itu, Selamatkanlah umatku itu." Sepanjang kiri dan kanan titi, terdapat cakuk besi tajam yang menanti mencakuk manusia. Maka melintas orang-orang beriman seperti sekelip mata, kelajuan kilat, kelajuan angin, kelajuan kuda yang paling laju dan kelajuan kuda biasa. Ada di antara mereka yang melintas itu berjaya sampai tanpa sebarang kecederaan. Ada yang berjaya tetapi luka-luka berdarah dan ada yang tidak berjaya tercampak jatuh bawah ke neraka. Ada juga yang berjaya melepasi tetapi dalam keadaan merangkak selepas luka parah.
Muslim berdosa yang rentung diazab neraka dijurus air kehidupan sehingga berubah keadaan asalnya untuk dimasukkan ke syurga. Tinggal manusia yang mati kafir ketika di dunia dan mereka itu kekal di neraka. Muslim yang berdosa pun berdoa semahu-mahunya supaya memalingkan mukanya dari mengadap neraka kerana apabila melihat, dia tidak tahan bahang kepanasan neraka. Allah berfirman "jika Aku terima doa kamu, adakah kamu ingin meminta apa-apa lagi?" muslim yang telah diazab itu berjanji tidak meminta apa-apa selain dari tidak melihat lagi neraka yang pernah didiaminya sebelum ini. Tidak dapat melihat neraka itu merupakan anugerah paling tinggi sepanjang hayatnya di akhirat kerana amat sengsara apabila melihat neraka Allah. Allah pun memalingkan pandangannya dari neraka dengan membuka pandangan syurga. Terpegun dengan keindahan syurga, muslim itu pun meminta pada Allah untuk dimasukkan ke syurga. Firman Allah murka, "Celakalah kamu manusia kerana berbuat demikian." Di singkatkan cerita, akhirnya Allah memasukkannya ke dalam syurga. Di dalam syurga Allah berfirman "Mintalah apa saja sekarang kerana permintaan yang baik itu akan Ku kabulkan".
Kubur adalah permulaan kehidupan manusia alam akhirat, Akhirat bukan bermula hari kiamat. Allah memberi Nabi Muhammad SAW mengenali muslim yang melintas titian sirat sekiranya ketika di dunia, mereka menyayangi Muhammad SAW. Malaikat yang mengawasi manusia hari akhirat hanya mengenali umat Muhammad SAW melalui tanda menjaga solat wajibnya ketika di dunia. Yang tidak menjaga solat wajib pasti dilayan seperti manusia kafir. Beramal dengan ikhlas kerana Allah dan taatlah pada Allah sepanjang kehidupan di dunia supaya akhirat kekal abadi nanti dapat diringankan azab dan dilepaskan Allah.
Gambar sekadar hiasan "Pengawas manusia yang tidak solat 5 waktu" |

Monday, October 25, 2010
Mengumpat Dosa Besar mesti ditebus taubat disamping memohon ampun orang yang diumpat
Segalanya Hak Allah dan Allah lebih berhak
Bahrulmazi jilid 11 Ust Shamsuri 25/10/2010 Sahih Al-Muwattaq Imam Malek bin Anaz Rahimahullah dari Al-Kasim bin Muhammad bin Abu Bakar As Siddiq Radiallahu Anhu. Allah lebih berhak mengambil balik hakNya iaitu ahli keluarga yang dipinjamkan ketika kehidupan sementara di dunia. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Setiap nasihat perlu kaedah yang bijaksana. Sabda NabiSAW "Apabila manusia mengingati keadaannya dalam kubur yang berkain kafan tentang persediaan dan nasib yang bakal dilalui, maka kiamat boleh berlaku."
Monday, October 18, 2010
AnNisa 127-130 Anak yatim, suami isteri, Imam Abu Bakar
Abu Bakar As Siddiq ra Sahih AnNasa’e Sahal b Saad ra. Abu Bakar As Siddiq
ra dilantik Rasulullah saw menjadi imam sekiranya ketiadaan baginda.
Sahih AnNasa’e Abdillah ra. Para Sahabat Ansar menarik
balik cadangan pemilihan khalifah apabila disergah Omar Al-Khattab ra kerana
mereka tidak berniat untuk cabar Saidina Abu Bakar As Siddiq ra.
AnNisa 127 Jangan berniat mahukan harta anak yatim. (AnNisa 4: 2&3) Berbaiklah pada anak yatim
terutama yang perempuan. QS 4:10 Makan harta
anak yatim wajib makan ketulan api neraka di neraka sa’ir sekiranya ada
dikalangan mereka yang belum cukup umur walaupun mendapat keizinan. Sabda Nabi
saw. Siapa memelihara menyayangi anak yatim seperti anaknya, dia ahli syurga.
4:128 Suami isteri mesti bertolak ansur.
4:129 Jangan berat sebelah dikalangan isteri.
4:130 Jika tiada jalan perdamaian maka bercerai cara
baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)