Muqaddimah Nurul Ihsan surah Yusof ayat 77-93 ust Shamsuri 02-11-09. (77)10 beradik masih tidak menyedari Yusof itu adik-beradik mereka lantas memarahi Bunyamin kerana buruk perangai mencuri seperti abangnya. Yusof selaku Pembesar Kanan Kanan Mesir mendengar dan hatinya berkata sesungguhnya Allah Maha Mengetahui kamu semua lebih buruk perangai. (78)10 beradik kemudian merayu supaya menahan salah seorang dari mereka kerana bapa mereka Ya'kob amat sengsara akibat kehilangan Yusof sebelum ini. (79)Yusof memberitahu "Aku berlindung dengan Allah kerana itu undang-undang hukuman yang diguna pakai di negeri kami. Kami berlaku zalim sekiranya melepaskan orang bersalah dengan menghukum yang tidak bersalah."
|
gambar hiasan salah sebuah lokasi di Mesir |
(80)Rubil bertekad kali ini dia tidak akan balik selagi BunYamin tidak dibawa pulang. (81-82)Mereka pulang tanpa Rubil dan BunYamin. (83)Setelah kembali pulang, Nabi Ya'kob tidak percaya akan peristiwa yang terjadi dan memohon doa kepada Allah supaya memulangkan semua anaknya. (84)Rentetan dari peristiwa itu, Ya'kob menjadi buta akibat menanggung kesedihan keterlaluan. (85)9 beradik cuba memujuk Ya'kob kerana tidak sanggup melihat ayah mereka menderita. (86-87)Tetapi Ya'kob tetap meminta anak-anaknya jangan putus asa dan cari jalan mendapatkan kembali saudara mereka kerana baginda yakin 3 anaknya masih hidup. (88)Apabila mereka kembali ke Mesir dengan keadaan menderita, merendah diri dan tiada daya, (89)Yusof tidak sampai hati lagi menguji mereka dan akhirnya (90)Yusof menceritakan siapa sebenarnya dirinya dan apa yang telah berlaku setelah dikhianati mereka. Yusof berkata kepada adik-beradiknya "Siapa yang bertaqwa dan sabar kepada Allah, Allah akan tidak sia-siakan kesabaran dan ketaqwaannya kepada Allah." (91)Kata abang-abangnya," Memang layaklah engkau dipilih Allah menjadi Rasul kerana kami amat bedosa dengan kamu dan kami redha dihina dihadapan kamu wahai Yusof." (92)Kata Nabi Yusof Alaihis Salam, keampunan Allah bagi kamu kerana
Allah Maha Mengasihani lagi Maha Pengampun.