Nota Cinta

Tuesday, July 21, 2009

Pertahankan maruah kawan baik disuruh RasulullahSAW

Pengajian bahrulmazi jilid 13 ms115 ust Shamsuri 21-07-09. Hadis Hasan dari Abu Dardak radiallahu anhu sabda NabiSAW sesiapa mempertahankan saudaranya dari aib yang cuba dijatuhkan akan dijanjikan Allah dan Rasul tidak disentuh neraka. Wajib mempertahankan kawan baik yang cuba diburukkan oleh orang lain. Diriwayat dari Abu Ayub Al-Ansari sabda NabiSAW haram tidak bertegur sapa sesama muslim dengan saling berpaling muka kerana persilisihan lebih dari 3 hari kecuali sudah diketahui akan salah seorang itu ahli maksiat. Menurut Mazhab Syafie, menegur melalui surat dan sms boleh menghapuskan dosa perselisihan faham sesama muslim. Sekiranya suami mengaku menghantar sms menjatuhkan talak maka sah talak itu.

RasulullahSAW pakar ortopedik 1400 tahun dahulu


Muqaddimah sebelum pengajian Bahrulmazi jilid 13 ustaz Shamsuri 21-07-09. Sahih Muslim dari Aisyah Radiallahu Anha sabda NabiSAW 1400tahun dahulu sesungguhnya dicipta tiap manusia atau anak adam itu dari 360 ruang tulang sama bilangan hari dalam setahun dan disahkan pakar Ortopedik zaman sekarang. Sahih Muttafakun Alai dari Abi Hurairah Radiallahu anhu sabda NabiSAW Setiap amalan zikir, berbuat kebaikan dan mengelak kejahatan merupakan sedekah dan akan memperolehi ganjaran seperti pahala sedekah.

Tuesday, July 14, 2009

Adat vs Petunjuk NabiSAW yang Allah Suruh

Muqaddimah sebelum pengajian kitab bahrulmazi jilid 19 ust Shamsuri 14-07-09. Ikut yang NabiSAW lebih baik dari rekaan adat turun temurun kerana Petunjuk NabiSAW adalah paling sempurna kerana ia ditunjuk sendiri oleh Allah kepada RasulNya. Sahih Bukhari dari Aisyah radiallahu anha sabda NabiSAW "Allah melaknat yahudi nasrani kerana menjadikan kubur para ambia dan ulama mereka sebagai tempat ibadah atau duduk berdoa." Sekiranya adat amalan segelintir masyarakat di kubur seperti duduk berdoa, menuang air, menabur bunga atau membina tebing batu maka ia seperti dilaknat Allah dan jika tidak tahu mungkin diringankan dosanya atau dimaafkan Allah menurut para ulama. Sahih Bukhari & Sahih Muslim Sabda NabiSAW "Bohong atas nama aku maka tempatnya telah siap di neraka". Tarawih tiada dalam hadis kecuali sunat malam Ramadhan. Berkata tarawih sabda NabiSAW akibat tidak tahu mungkin diringankan dosanya atau dimaafkan oleh Allah menurut para ulama. Hadis Sahih dari setiap 10 orang sahabat dijamin syurga sabda NabiSAW jangan buat bohong atas namaku

3 perkara manusia tidak dapat dengki

Muqaddimah sebelum pengajian kitab bahrulmazi jilid 19 ust Shamsuri 14-07-09. Sabda NabiSAW.
3 perkara yang dapat menyebabkan manusia tidak dapat berdengki dengannya iaitu :-
  1. Ikhlas semata-mata Allah seperti membersihkan tandas surau tanpa dibayar sehingga pengunjung surau merasai keharuman tandas surau dan selesa menggunakannya.
  2. Memberi nasihat atas kapasiti sebagai Ulama kepada pemerintah negeri supaya tidak menggunakan jawatan untuk kesenangan diri, membuat maksiat dan menzalimi rakyat.
  3. Berjemaah atau bermaksud duduk dalam kumpulan yang mengikut Hadisku  "

Dermawan Pemurah vs Bakhil Kedekut

Muqaddimah sebelum pengajian kitab bahrulmazi jilid 19 ust Shamsuri 14-07-09.

Sahih Muslim dari Abi Hurairah radiallahu anhu. Dermawan Pemurah umpama memakai jubah yang longgar dan selesa menderma manakala Bakhil Kedekut umpama memakai baju perisai besi ketat yang seolah-olah ketat dadanya apabila membuat baik contohnya bila menderma 10 baginya lebih baik 5, apabila menderma 5 baginya lebih baik 1 dan apabila menderma 1 baginya tidak derma pun tidak apa.

Pahala Berganda vs Dosa berganda


Muqaddimah sebelum pengajian kitab bahrulmazi jilid 19 ust Shamsuri 14-07-09.  

Sahih Muslim sabda NabiSAW, "sesiapa yang membuat kebaikan diikuti oleh orang lain akan mendapat pahala berganda tetapi awas begitu juga dengan dosa."

Monday, July 13, 2009

NabiSAW benci sifat pemalas & suka minta tolong tanpa berdikari

tiada rezeki..
Pengajian Nurul Ihsan 4 surah Al-Waaqiah(58-74) 13-07-09. Allah SWT telah memberi rezeki di bumi Malaysia dengan melimpah-ruah, sebab itu pendatang dari Indonesia sanggup datang walaupun terpaksa bersabung nyawa sehingga mati di tengah lautan. Jangan ada manusia yang hidup di malaysia tidak ada rezeki. Meniaga goreng pisang juga meraih keuntungan lumayan. Masalahnya rajin dan malas saja. Terdapat anak muda kita yang terlalu amat segan malas sampai ada yang bangun dekat tengahari. Lepas tu mengeluh susah. Memang susah la sebab malas. Maksud sabda NabiSAW tidur lepas Subuh susah mencari rezeki itu ialah NabiSAW benci kepada sifat malas. Sahih Imam Muslim dari Aus bin Malek radiallahu anhu sabda NabSAW berulang-ulang kali jangan sesekali jadi orang yang suka meminta tolong dengan orang lain. Sahih AtTirmizi dari Abi Kabsyah atau Omar bin Saad Al-Ammari Radiallahu Anhu. NabiSAW "Aku bersumpah salah 1 dari 3 perkara seperti mengharapkan pertolongan tanpa berdikari menyebabkan Allah jadikannya fakir."

Allah tanya Manusia

Pengajian Nurul Ihsan 4 surah Al-Waaqiah(58-74) 13-07-09.

(58-62)Kenapa kamu wahai manusia berkata kamu tahu buat anak dengan air mani kamu sedangkan Kami boleh merubah kamu menjadi binatang jika Kami berkehendak dan menghidupkan kamu kembali itu perkara mudah bagi Kami.
(63-67)Kamukah manusia yang menanam dan menumbuhkan sayuran buahan itu padahal Kami boleh menyebabkan kerugian dan tanaman kamu tidak berhasil.
(68-71)Adakah kamu buat air yang kamu gunakan sumber kehidupan itu sedangkan kami boleh mengekalkan semua air di dunia menjadi masin. (72-74)Api yang Kami keluarkan dari gesekan kayu untuk kamu gunakan itu sebagai peringatan api neraka maka sebutlah "Subha narabbial azim" seperti bacaan rukuk dalam solat.

Sebutan spontan pada jenazah


Muqaddimah sebelum pengajian tafsir Nurul Ihsan 4 Al-Waaqiah 13 Julai 09.

Sahih Bukhari dari Omar Al-Khattab radiallahu anhu sabda NabiSAW, sekiranya melebihi 2 orang Islam yang menyebut ikhlas tentang kebaikan kematian seseorang itu maka dia ke syurga. Imam Nawawi menjelaskan maksud keikhlasan menyebut itu adalah ilham dari Allah.

Sedih tangis vs Meraung tangis


Muqaddimah sebelum pengajian tafsir Nurul Ihsan 4 Al-Waaqiah 13 Julai 09.
Sahih Bukhari dari Usamah bin Zaid bin Harithah (dia dan bapanya anak angkat Rasulullah SAW bukan cucu angkat Rasulullah SAW) sabda NabiSAW

"Yang penting ialah sabar apabila ahli keluarga meninggal dunia kerana Allah mengambil balik hakNya, sedih mengalirkan air mata ialah rahmat Allah dan meraung menangis tidak dapat menerima takdir kematian dimarahi Allah."

Monday, July 6, 2009

Alam kubur melihat Wajah RasulullahSAW

Muqaddimah Nurul Ihsan jilid 2 ms 248 Ust Shamsuri 06-07-09 surah Yusof ayat 56-57. Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari dari Anaz bin Malek radiallahu anhu sabda NabiSAW
gambar hiasan imaginasi pemukul dengan Cemeti Besi
Sekiranya ikhlas beriman dengan Allah dan sentiasa mencari mendengar Hadisku maka mulutnya pasti diizinkan Allah menjawab soalan kubur dan kenal aku ketika di alam kubur. Manakala Jawab mereka yang ketika di dunia tidak berusaha mencari mendengar mempelajari Hadisku. Ketika mati dinampakkan wajahku dan Allah jadikannya berkata aku tak kenal wajah ini, aku mengikut sahaja apa yang orang lain kata tentang wajah ini. 
Malaikat dengan nada amat marah."Kamu tidak kenal orang ini! pesan orang ini!"
Dengan tongkat cemeti besi, malaikat membalun di antara kedua telinganya yang tidak pernah dengar Al-Quran Hadis Islam. Mayat menjerit dengan jeritan cukup kuat akibat tidak kenal NabiSAW sehingga semua makhluk Allah boleh mendengarnya melainkan jin dan manusia. 
Pengakhiran menyebut kalimah syahadah ketika nazak kematian bergantung pada kesungguhan amalan pada Allah. 

Kenapa Kafir Neraka? Takdir Baik vs Takdir Jahat

Muqaddimah Nurul Ihsan jilid 2 ms 248 Ust Shamsuri 06-07-09 surah Yusof ayat 56-57. Sahih Bukhari dari Ali Ibni Talib radiallahu anhu ketika pengalaman bersama Rasululllah SAW menghadiri pengkebumian jenazah di Baqi' Madinah. NabiSAW ditangannya ada tongkat bukan kerana tidak larat tetapi kerana sunnah baginda. Sabda NabiSAW sambil duduk dilaluan yang tidak ditanam kubur di bawahnya.
"Setiap manusia telah tertulis takdirnya samada neraka atau syurga dan baik atau jahat manusia" Seorang sahabat keliru dan bertanya "Kalau begitu, lebih baik duduk sahaja kerana segalanya ditentukan dan ditetapkan oleh Allah. Orang baik tentu tidak dapat jadi baik kerana ditakdirkan dia orang jahat" Pertanyaan tersebut seolah-olah sekiranya ditakdirkan kafir, kenapa dibuat mereka untuk diletakkan di neraka? Jawab NabiSAW "Bukan begitu, sekiranya seseorang hendak membuat baik maka Allah memudahkan pintu ke arah kebaikan dan pengakhirannya di syurga. Allah kurniakan akal fikiran, sekiranya pilihannya ke arah kejahatan maka Allah takdirkan dirinya terus ke arah kejahatan dan pengakhirannya di neraka sesuai dengan pilihannya."  Kemudian RasulullahSAW membaca surah Ah Lail ayat 5-10
Orang yang mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya kerana yakin akan pahala dan dosa azab, Allah pasti memudahkan lagi dia untuk lebih mendekati Islam dan membanyakkan menderma. Tetapi sekiranya orang yang kurang yakin akan pahala dan azab ke atasnya, maka Allah takdirkan dirinya kedekut menderma apatah lagi tidak solat.